Friday, April 10, 2020

Harga RON95, RON97 turun 5 sen, diesel turun 12 sen

Harga RON95, RON97 turun 5 sen, diesel turun 12 sen
Penurunan harga runcit produk petroleum tersebut adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19. - gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95  dan RON97 masing-masing turun 5 sen manakala diesel pula turun 12 sen berkuat kuasa 11 hingga 17 April ini.

Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan pada Jumaat, memaklumkan harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.30 seliter diturunkan kepada RM1.25 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, harga runcit bagi RON97 diturunkan kepada RM1.55 seliter yang mana sebelum ini RM1.60 seliter.

Kementerian itu juga mengumumkan penurunan harga runcit diesel yang turun daripada RM1.58 seliter kepada RM1.46 seliter.


Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Penurunan harga runcit produk petroleum tersebut adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.


Katanya lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Harga Minyak Mingguan: 11 Apr - 17 Apr 2020

RON 95
RM 1.25SELITER
  •  -0.05

RON 97
RM 1.55SELITER
  •  -0.05

DIESEL
RM 1.46SELITER
  •  -0.12

1 comment:

Anonymous said...

HIDUP KERAJAAN PN.....HEBAT DAPAT TURUNKAN MINYAK DISAAT MINYAK DUNIA TURUN...TEPUKKK HEHHEEE

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails