Sanidah (dua dari kiri) yang memiliki 13 anak termasuk tiga orang masih bersekolah berkata, sejak PKP, keluarganya hanya mengharapkan bantuan daripada pelbagai pihak bagi meneruskan kehidupan. - NSTP/Ghazali Kori
PKP: Ibu catu makanan bimbang anak dan cucu kelaparan
KEMAMAN: Seorang ibu terpaksa mencatu makanan bagi mengelak anak serta dua cucu berusia lebih setahun kebuluran akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sanidah Abd Ghani, 51, berkata sejak PKP, anak serta menantu hilang punca pendapatan berikutan majikan masing-masing tidak beroperasi kerana mematuhi perintah kawalan berkenaan.
“Sebelum ini, dua anak saya, Muhammad Azhar Abdul, 25, yang bekerja di Kuala Lumpur dan Fatin Nurfahana, 20, yang bekerja dengan pengusaha keropok di sini banyak membantu keluarga selepas suami, Abdul Ali, 58, tidak dapat bekerja kerana mengidap angin ahmar sejak dua tahun lalu.
“Sebelum ini, dua anak saya, Muhammad Azhar Abdul, 25, yang bekerja di Kuala Lumpur dan Fatin Nurfahana, 20, yang bekerja dengan pengusaha keropok di sini banyak membantu keluarga selepas suami, Abdul Ali, 58, tidak dapat bekerja kerana mengidap angin ahmar sejak dua tahun lalu.
“Saya terharu kerana dalam keadaan kami hampir kehabisan bekalan makanan, Allah datangkan rezeki kepada kami dan bersyukur dengan pemberian ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan wakil Repsol Malaysia (Repsol) Sdn Bhd yang menghulurkan bantuan rumahnya di Kampung Kuala Kemaman, di sini, hari ini.
Sebanyak 250 pek bekalan makanan keperluan asas disumbangkan kepada keluarga asnaf dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di beberapa kampung sekitar Chukai, di sini.
Sanidah yang memiliki 13 anak termasuk tiga orang masih bersekolah berkata, sejak PKP, keluarganya hanya mengharapkan bantuan daripada pelbagai pihak bagi meneruskan kehidupan.
Dia pernah menerima bantuan sebelum ini tetapi hanya mampu bertahan selama seminggu berikutan memiliki anak yang ramai serta empat cucu.
“Dua anak saya sudah berkeluarga dan tinggal berasingan, tetapi ketika PKP dilaksanakan, mereka berada di rumah saya dan tidak dapat pulang kerana akur dengan arahan kerajaan yang tidak membenarkan orang ramai keluar rumah bagi mencegah penularan wabak,” katanya.
Mengenai persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, Sanidah berkata, jika terputus bekalan, dia akan menggunakan wang bantuan kerajaan bagi membeli keperluan keluarga.
Menantu, Faizal Ahmad, 39, dan Mohammad Akif Zakwan Mohd Hafiz, 32, berkata bagi menampung perbelanjaan keluarga, mereka akan menggunakan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) termasuk persiapan Aidilfitri untuk anak-anak.
“Walaupun Aidilfitri tahun ini tidak seperti sebelum ini tetapi saya tetap membeli pakaian untuk tiga anak berusia sembilan, enam dan setahun lapan bulan,” katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berbeda antara dua kerajaan negeri dalam menangani masaalah 'kelaparan' rakyat. Ini cara bagi negeri Terangganu. Cara bagi kerajaan negeri Pulau Pinang lain pula.
Lihat berita ini..
- Bumiputera Melayu PP Mulai 'Kelaparan'. K/Negeri, ..
- PP Pentingkan 'nasib penggiat seni' Dari Rakyat Se...
Seorang penarik becak di Penang tampak kelaparan dan makan di tempat terbuka, saat social distancing dan lockdown untuk mengantisipasi penyebaran wabah virus corona (Covid-19) diberlakukan di Malaysia
Lihat juga..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..
- Bumiputera Melayu PP Mulai 'Kelaparan'. K/Negeri, ...
- PKP: K’jaan P Pinang perlu beri potongan bil air
- P.Pg Tukar Kalimat Azan Kepada 'al-Salatu fi buyut...
- Virus Corona Di Pantai Malindo, Balik Pulau, PP..
- PP Pentingkan 'nasib penggiat seni' Dari Rakyat Se...
Bersambung..
No comments:
Post a Comment