Wednesday, April 22, 2020

Isteri MB Bantu Sumbang Tenaga Jahit PPE

 Isteri Menteri Besar Terengganu, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman menyiapkan PPE di kediamannya. - Foto ihsan Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman.
Isteri Menteri Besar Terengganu, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman menyiapkan PPE di kediamannya. - Foto ihsan Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman.


KUALA TERENGGANU: Berstatus isteri kepada Menteri Besar tidak menghalang Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman, menyumbang tenaga menjahit kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) buat petugas kesihatan di negeri ini.
Lebih membanggakan, Tuan Faezah turut dibantu empat anaknya, Amirah Ahmad Samsuri, 26, Fahmi, 23, Wardah, 20 dan Jasmeen, 16.

Tuan Faezah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zah, menjelaskan tidak mahu ketinggalan dan melepaskan peluang menghadiahkan PPE kepada petugas kesihatan yang sedang bertungkus lumus merawat pesakit COVID-19.
Katanya, PPE diusahakan bersama empat anak akan disumbangkan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Inisiatif menjahit PPE untuk disumbangkan kepada petugas perubatan adalah hasil dorongan suami, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan mendapat kerjasama sukarelawan Dewan Muslimat Terengganu.
“Kerja menghasilkan PPE adalah projek Dewan Muslimat PAS negeri dan Kak Zah mengambil kesempatan untuk turut menjahit sebagai memenuhi masa terluang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Empat anak Menteri Besar Terengganu, Amirah Ahmad Samsuri (kiri), Fahmi (dua kiri), Wardah (dua kanan) dan Jasmeen (kanan) sedang menyiapkan PPE di kediamannya. - Foto Ihsan Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman. Empat anak Menteri Besar Terengganu, Amirah Ahmad Samsuri (kiri), Fahmi (dua kiri), Wardah (dua kanan) dan Jasmeen (kanan) sedang menyiapkan PPE di kediamannya. - Foto Ihsan Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman.
Tuan Faezah berkata, sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu, banyak masa terluang terutama jadual aktiviti harian dibatalkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
“Pergerakan Kak Zah juga terbatas dan dihadkan selepas beberapa program anjuran kerajaan negeri ditangguhkan berikutan PKP.
“Kak Zah juga tidak digalakkan mengikut suami yang sentiasa turun padang menyantuni rakyat di seluruh negeri,” katanya.
Menurut Tuan Faezah, kerja menjahit dan menyiapkan PPE adalah sumbangan kecil mereka kerana menyedari kelengkapan itu menjadi keperluan penting bagi barisan hadapan.
“Kami berharap usaha dilakukan dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menyumbang kemahiran dalam membantu petugas barisan hadapan yang sentiasa berdepan risiko ketika menangani wabak COVID-19,” katanya yang berjaya menyiapkan 100 PPE dalam tempoh dua minggu. (BH)

Lihat sebelum ini..
23-3-2020-dampak-lockdown-malaysia.jpg
Seorang penarik becak di Penang tampak kelaparan dan makan di tempat terbuka, saat social distancing dan lockdown untuk mengantisipasi penyebaran wabah virus corona (Covid-19) diberlakukan di Malaysia

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails