RM153.24 juta zakat diagih bantu asnaf sepanjang PKP
PUTRAJAYA: Sebanyak RM153.24 juta zakat sudah diagihkan kepada asnaf di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata bantuan zakat itu disalurkan ke institusi zakat seluruh negara bagi membantu asnaf yang terjejas dengan penularan COVID-19.
Jumlah berkenaan katanya, adalah agihan yang dibuat sepanjang tempoh PKP sahaja dan tidak termasuk pelbagai skim bantuan lain.
Jumlah berkenaan katanya, adalah agihan yang dibuat sepanjang tempoh PKP sahaja dan tidak termasuk pelbagai skim bantuan lain.
Jumlah bantuan itu akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keadaan wabak COVID-19 dan tempoh pelaksanaan PKP.
“Terima kasih kepada pembayar zakat, anda semua adalah ‘hero’ kepada asnaf.
“Sekiranya pihak kita tidak mengadakan dakwah dan seruan kepentingan berzakat sudah tentu tidak dapat mengumpul sejumlah besar itu, sekali gus dapat menyalurkan bantuan kepada pihak memerlukan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.
Setakat ini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pusat Pungutan Zakat sudah mengagihkan RM34.41 juta; Zakat Pulau Pinang (RM14.52 juta); Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang serta Pusat Pungutan Zakat Pahang (RM12.2 juta); Majlis Agama Islam Kelantan (RM12.6 juta); Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (RM14.35 juta).
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (RM20.2 juta); Lembaga Zakat Selangor (RM15 juta); Majlis Agama Islam Johor (RM7.4 juta); Lembaga Zakat Kedah (RM16.7 juta); Perbadanan Baitul Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (RM4.3 juta); Zakat Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka (RM4.26 juta).
Tabung Baitulmal Sarawak pula sudah mengagihkan RM6 juta; Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Agama Islam Sabah (RM6 juta) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (RM3.98 juta).
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah istimewanya Islam dalam membela rakyat miskin. Dalam harta orang kaya, ada hak orang miskin. Hanya puak-puak anti Islam sahaja yang 'melelong' harta pengumpulan orang Islam hingga terlepas ke tangan 'kapitalis bukan Islam' di bawah kerajaan PH yang lalu.
2 comments:
ALHAMDULILLAH PEMBAYAR ZAKAT
LEPAS NI KEMPEN BUY MUSLIM FIRST
ZAKAT PERNIAGAAN HARTA ISLAM YG TAAT
#BMF KENA KEMPEN LAGI HEBAT
#FORMULATURUNHARGA = BMF + TEPOK..!!
Alhamdulillah..
Lebih ramai muslim berjaya dalam perniagaan maka akan lebih banyaklah duit zakat, dan kalau diurus dengan betul maka lebih manfaat lah bagi ummah dan lebih barakah.
Marilah kita sama2 bantumembantu sesama muslim, jadi kuli perusahaan muslim itu sesungguhnya lebih baik dari menjadi kuli bukan muslim kerana nantinya akan terhasil perolehan zakat.
Be a muslim first always.
..................
Sedikit Peringatan.
Lantai hospital penuh dengan covid19
Terbaru dalam akhbar The Star, kajian menunjukkan bahawa lantai wad yg menempatkan pesakit covid adalah tempat paling banyak virus ini terkumpul. Ia juga mampu bertukar dari titisan air (droplets) kepada udara (airborne) selama beberapa jam. Ia juga boleh terbang sejauh 4m dari pesakit covid.
.
Dan lebih mengejutkan lagi, separuh sampel covid yang diambil dari tapak kasut staf juga adalah positif. Malah, Virus covid bleh dijumpai di tetikus komputer, tombol pintu dan juga di bahagian besi-besi katil pesakit.
http://english.astroawani.com/malaysia-news/covid-19-224-moh-healthcare-workers-infected-so-far-health-dg-237895
https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/04/11/coronavirus-found-in-air-samples-up-to-4-metres-from-patients-study-reveals
So marilah kita sama2 membantu diri kita sendiri dalam menghadapi bencana CCP Virus Covid19 - CoV2 ini, membantu keluarga, jiran dan Kerajaan yang perihatin menyangi nyawa rakyat lebih dari keegoan.
Homesweethome.
Post a Comment