Thursday, April 30, 2020

Jururawat Sayu Bila Wad Lengang, Mengapa? Allahu Akbar!!


Mereka Terawih Diketuai Imam Pesakit Tabligh’ – Jururawat Sayu Bila Wad Mula Lengang


SEHINGGA ke hari ini, wabak Covid-19 yang melanda negara kita dilihat ke arah positif apabila jumlah kes semakin menurun setiap hari. Ini menjadikan keseluruhan kes yang sedang dirawat semakin berkurang.
Di Facebook, seorang jururawat luah rasa hiba apabila wad mula lengang selepas ramai pesakit sudah mula sembuh. Menurutnya, dia rindukan suasana wad yang sering didengari bacaan ayat Al-quran dan laungan azan. Sebaknya..

Mereka muliakan agama

Bye bye memori covid 19, 16 march 2020 – 29 april 2020
Ward teratai 2c Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Sayuuu bila tengok ward kami dah lengang tiada patient pesakit covid19. Dah takde dengar suara laungan azan, ayat suci al quran dan solat berjemaah. Ward lain masih ada cuma beberapa ward sahaja ditutup disebabkan kes di pahang semakin menurun. Terkesan di hati rindu saat ade mereka yang muliakan agama mu -YA ALLAH walaupun di uji di asingkan dari keluarga dan masyarakat sekeliling.
Sebak apabila malam 4 ramadhan mereka menunaikan terawih diketuai imam pesakit tabligh dan di akhiri dengan takzirah yang terkesan di hati para pesakit dan juga kami frontliner yang bertugas. I will miss this moment. Kenangan indah menjaga pesakit covid19. kluster tabligh, adik tahfiz, UIA, TUDM. Terima kasih kerana dikurniakan pengalaman dan kenangan yang paling berharga. Semoga kite jumpa lagi di lain masa.

Semoga semuanya sihat

Maaf atas kekurangan yang ada. Semoga kite semua dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga semua ward ward lain akan clear dan dikosongkan. Masih ada lagi beberapa ward yang masih buka and di negeri lain beransur kurang pesakit covid19. Semoga covid19 zero case dan kite boleh beraya bersama family.
Thanks a lot untuk team 2c yang sukarela berjihad demi merawat patient covid. Thank you team covid 2c. Walaupun baru kenal berbeza tempat betugas sebelum ni ada yang di ward, klinik dan hospital lain. Kita sama sama bantu membantu dalam memberi perawatan pesakit covid 19. We are fighter!! Tahniah sebab kita berjaya melawan covid19. Tahniah sebab kite hampir ke bebas covid19. Dan last sekali alhamdulillah baju berlapis lapis bukan baju raya kami.

Ramai sebak


1 comment:

Oasispg said...

Semoga mereka diberi hidayah dan meninggalkan terus jemaah tabligh ini yg beraqidah lari dari ahus sunnah wal jammah. Kepada mereka yg merawat mereka ambillah iktibar bahawa kalian sebenarnya lebih bertuah tidak mengikuti program dakwah jemaah ini kerana sudah semakin banyak pembongkaran kesalahan mereka oleh Allah kepada kita semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails