Friday, April 03, 2020

Kelantan terima sumbangan TNB RM1 juta



KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini menerima sumbangan bantuan Covid-19 sebanyak RM1 juta yang disumbang Tenaga Nasional Berhad (TNB). 
Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menerima bantuan tersebut di Bilik Gerakan di Kota Darulnaim. 
Turut hadir Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhamad.
Menurut Pejabat Menteri Besar bantuan itu akan disalurkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk kegunaan menyediakan keperluan barangan dan peralatan bagi membendung penularan Covid-19.
“Penyerahan sumbangan tersebut diadakan selepas Menteri Besar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri,” katanya pada satu kenyataan di sini.
Sehingga sekarang Kelantan menyediakan peruntukan khas RM5 juta bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.
Dan semalam pula sebanyak RM20,000 lagi dilulus kepada setiap 45 Dun di negeri itu bagi membantu rakyat.- HARAKAHDAILY 2/4/2020

3 comments:

  1. Apa punya bodo la si anon 6:35, semua kerajaan didunia nih terima sumbangan korporat terutama dimasa2 samada ada kecemasan, musibah, atau keperluan tertentu termasuklah Amarika, Jepun, Britain dll.
    Kecualilah ianya kerajaan beraja berkuasa penuh dan kaya macam Brunei, Kuwait, Oman, Monaco dsb. Itu pun sekiranya ada pehak yg ingin memberi sumbangan sebagai tanda bertanggongjawab serta ingin turut menyumbang pun mereka terima. Kan itu tandanya prihatin dan cakna?

    Apa punya bodo la..

    ReplyDelete
  2. Terima sumbangan pun sakit hati kat kerajaan pas. Memang macai ni manusia tapi dikonduk oleh iblis.

    ReplyDelete
  3. RBA DA-Pigs bahlol dari dulu, kini dan selamanya kerana sibuk menyebarkan fitnah untuk memburuk-burukkan keadaan sekarang di waktu wabak covid-19 menyerang rakyat.

    Hoi RBA simpan bodoh kamu untuk keturunan kamu.

    Puak DA-Pigs hanya mementingkan agenda rasis mereka untuk berkuasa sahaja Dan mereka tidak peduli tentang penderitaan rakyat.

    ReplyDelete