ABDUL Azeez (kiri) melawat rumah pindah didiami Megat Noor Asyeqi bersama isteri dan empat anak du Kampung Air Kembai, Mukim Kupang. Foto/Ihsan Pembaca
BALING: Keluarga daif yang menghuni pondok buruk di kebun getah di Kampung Air Kembai, Kupang di sini, terpaksa menolak hasrat Ustaz Ebit Lew mencarikan rumah sewa untuk mereka.
Megat Noor Asyeqi Megat Hussin, 36, berkata ini kerana mereka sudah mengambil keputusan berpindah sementara ke rumah ibunya, Salmah Isa, 61, di Kampung Asam Jawa, Kupang.
Katanya, dia terharu dengan kehadiran Ustaz Ebit pagi tadi, yang turut berjanji membelikan tilam, katil dan perabot baharu sebaik rumah yang akan dibina Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, siap selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, dia terharu dengan kehadiran Ustaz Ebit pagi tadi, yang turut berjanji membelikan tilam, katil dan perabot baharu sebaik rumah yang akan dibina Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, siap selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Saya sedang mengemas barang sebelum terkejut mendengar Ustaz Ebit memberi salam dan berdiri di hadapan pondok kami pada jam kira-kira 10.30 pagi tadi.
"Mengikut perancangan, kami akan berpindah sementara ke rumah ibu di Kampung Asam Jawa kerana pondok akan dirobohkan hari ini," katanya ketika dihubungi.
Megat Noor berkata, keluarganya terpaksa menolak tawaran Ustaz Ebit yang mahu mencarikan rumah sewa sementara kerana kawasan itu tidak mempunyai kediaman untuk disewakan.
"Ustaz Ebit ada tawarkan kami rumah sementara, tetapi rumah sewa yang ada cuma di pekan Baling dan ia jauh pula dari kebun getah tempat saya menoreh.
"Jadi buat sementara saya akan menumpang di rumah ibu seperti disaran Abdul Azeez semalam, yang mendapati pondok kami berbahaya terutamanya ketika cuaca hujan," katanya.
Abdul Azeez ketika mengunjungi keluarga itu berjanji akan membantu membina rumah baharu di tanah milik bapa Megat Noor yang terletak tidak jauh dari kebun getah berkenaan.
Rumah yang dijangka dapat dibina selepas tamat PKP akan dilengkapi bilik tidur, dapur dan bilik air bagi membolehkan keluarga itu hidup selesa dan anak Megat Noor dapat terus belajar. (BH)
4 comments:
Contoh yg baik. Elak dari menimbulkan isu yg boleh memecahbelahkan bangsa sendiri. Komen yg membina. Jika nyata menyalahi hukum, wajar diperbetulkan.
Menteri Besar dan pegawai taraf vvip tak datang melawat atau nak marah marah ke ....!!??
Tahniah Anwar pun dah matang menjawab isu Rohingya dan isu lain dlm FB setiap persoalan dijawab dengan nada biashe biashe...Cuma lepas ni kena tanya Bang Non mengenai PATI China yang tidak ikeluar dari Malaysia apa Bang Non jawab di FB nanti..!?
Bang Non jawab Bukan retorik bodoh lagi...
Makin tenggelam atok kitee.!!
Mmm Kedah lagii.. pegawai VVIP Kedah mana skg ni..!? Harap VVIP tu mungkin jauh duk KL koott..!!
dan ....
Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengesahkan khidmatnya bagi membantu orang tidak berkemampuan tidak lagi akan dilakukan secara langsung.
Ebit Lew berkata, pendirian itu diambil selepas dipanggil ke Bukit Aman hari ini, bagi memberi keterangan berhubung laporan beberapa pihak yang mempertikaikan khidmat bantuannya yang tular di media sosial. Persoalan kenapa bila kecoh kat Kedah tetiba pulis bertindak... sebelom ni ok jerr
macam ada yg tak kena dan ada yang panas bontot yerr...!!!?
Kalah kan terus budak tu dalam pemilihan parti nanti, sebelum kejadian di Kedah tak ade pun kecoh kepoh ada amik gambar video suma orang ok ajer...
bila kat berlaku kat Kedah macam macam kau orang kutuk fithan hukum siap bawak hadis lagi....
Yang dia orang panas bontot kenapa..
Kalah lan budak dan kunco kunco dalam pemilihan parti budak tu.. maka hapuslah legasi tak guna ini
kesian Tun makin lama makin tenggelam dan dilupakan...kalah kan aje la legasi ni...!
saya ulanggg..!!!
Lagi lagi dap. Nak pecah perpaduan islam. Kali ini ebit liew. Ada yg sokong, ada yg kecam. Yg kecam jelas dari kem dap dengan pan sebagai kaldai.
Post a Comment