Friday, April 10, 2020

Kerana Dendam Projek RM200 Juta, Operasi Kilang Arak Diluluskan..

Dendam Projek RM200 Juta, Mantan KSU KPDNHEP Luluskan Operasi Kilang Arak Untuk Sabotaj Menteri


Ketika rakyat dan Kerajaan Malaysia berhempas pulas menangani wabak Covid-19, tiba-tiba kita dikejutkan dengan 2 keping surat kelulusan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang dikata membenarkan kilang arak Heineken dan Carlsberg meneruskan operasi biasa ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Namun tidak lama selepas itu, tersebar pula 2 surat yang menunjukkan kelulusan yang diberi itu adalah atas arahan Ketua Setiausaha KPDNKK, Hasnol Zam Zam Ahmad tanpa pengetahuan Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Persoalannya, siapa dan mengapakah Hasnol Zam Zam berani memberikan kelulusan tersebut tanpa mendapat persetujuan malah langsung tidak memaklumkan perkara tersebut kepada Menteri KPDNHEP?

Siapakah Dalang Konspirasi Dan Apakah Tujuan Mereka


Hasnol Zam Zam sebelum ini bersekongkol dengan mantan Menteri dan KPDNHEP, Muez Abd Aziz dan DS Saifuddin Nasution Menteri  berhubung satu tender Konsesi Perkhidmatan Penentusahan Alat Timbang dan Sukat di bawah Seksyen 26A(1) (b) Akta Timbang dan Sukat 1972 bernilai RM200 juta kepada syarikat kroni Menteri.



Saifuddin mahu dengan segala apa cara sekali pun, projek bernilai RM200 juta ini diberi kepada syarikat kroninya. 

Saifuddin mengarahkan Hasnol Zam Zam meluluskan dalam LPA syarikat kroninya sebelum beliau keluar.

Namun Menteri KPDNHEP yang baharu, Alexander Nanta Linggi mahu projek itu dinilai semula.

Hasnol Zam Zam marah bila 2 syarikat kroni Saifuddin, Metrology Corporation (M) Sdn Bhd dan De Metrology Sdn Bhd yang menjanjikan komisen berjuta ringgit serta telah disenarai pendek ditangguhkan oleh Menteri KPDNHEP yang baharu.

Walau pun Hasnol Zam Zam telah ditukarkan serta merta ke Surujanjaya Syarikat Malaysia (SSM), namun SPRM perlu membuka kertas siasatan terhadap konspirasi ini.

Jadi tidak payahlah Kadir Jasin mendakwa kerajaan baharu ini ibarat orang mabuk arak, sebab kelulusan operasi kilang arak sudah ditarik balik serta merta dan kelulusannya dikeluarkan oleh KSU, kroni PH sendiri.



Apa yang admin lihat, bukan kerajaan baharu macam orang mabuk arak, tapi Pakatan Harapan yang mabuk kuasa.

Mmm... bebas rasuahlah sangat Pakatan Harapan tu (BACA DI SINI).

Kredit :
Captain M

5 comments:

Anonymous said...

Orang ph rupanya yg luluskan. Tahniah lebai. Yg buruk elok dicegah. Kembalikan mereka kepada ph. Nanti dikencing lagi.

Anonymous said...

Rosol tu bukan ke ahli pkr? Sama macam saifuddin.

Anonymous said...

Yg penting politik bersih dan tiada fitnah dan tiada aktiviti kencing mengencing.

Anonymous said...

Kerajaan PN perlu memecat barua-barua Pakatan Hancing yang memegang jawatan dalam kerajaan kerana mereka cenderung untuk mengkhianati dan sabotaj kerajaan PN dari dalam.

Anonymous said...

ROSOL WAHID TU PARTI BERSATU...BEKAS PH DULU SO APA DIA BUAT SEKRG BERKAIT DGN PH BUKAN PN BIARPUN DIA MENTERI PN SEKRG HAHAHAHA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails