Friday, April 17, 2020

Ladang Buluh, Teresa Kok Gembira. Tahniah&T/Kasih!

KL:16 April — Pendirian kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahu memajukan tanaman buluh dipersoalkan warga maya.

Seorang pengguna Twitter berkata idea asal oleh kerajaan Pakatan Harapan yang dahulunya dikritik oleh Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, kini diguna pakai setelah pemimpin PAS itu menjadi menteri perusahaan, perladangan, dan komuniti.

Syo-kay memuat naik paparan skrin hantaran Khairuddin tahun lalu yang mengkritik pendahulunya, Teresa Kok menyarankan tanaman buluh dan kelapa menggantikan kelapa sawit, sebagai “cadangan bernas”.

“Sekarang dia yang luluskan,” kata pengguna Edzmar8118 di ruangan komen Twitter.

Dulu bukan main kutuk idea Teresa tentang industri buluh ni. Sekarang? #PusiNg pic.twitter.com/FY9xFn1zNo— Syo-kay 🇲🇾 (@forsyo) April 15, 2020

“Benda baik tak salah ambil...kenapa mesti bangkang sebab tak sehaluan.” soal @ShahRain74.

Khairuddin dalam kenyataan semalam mengakui industri buluh ada potensi besar untuk dimajukaan dan akan membuat penekanan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).

Katanya saiz pasaran global produk buluh dianggarkan berjumlah USD68 bilion pada 2018 (USD1=RM4.34).

Sementara itu menteri sebelumnya Teresa Kok dalam responsnya melalui hantaran di Facebook semalam gembira dengan keputusan PN meneruskan cadangan itu walau pernah dikritik.

Lupakan kelapa sawit, tanam buluh – Malaysia Today
Anim Agro Technology: TANAM BULUH, LUPAKAN SAWIT

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah dan terima kasih Teresa Kok dari Weblog Ibnu Hasyim. 

Ini 4 perkara dari ladang buluh komersil Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang mengambil tempat Teresa… 
  • (1) Saiz pasaran dunia untuk buluh ialah USD68.8 bilion. Pada tahun 2017, industri buluh di Malaysia mencatatkan hasil RM20 juta. Namun, pada 2019, zaman Teresa Kok menjadi Menteri daripada PH, Malaysia hanya menyumbang RM9 juta dalam industri itu.
  • (2) Setiap satu hektar tanah boleh ditanam 400 rumpun buluh dan setiap rumpun menghasilkan pendapatan sebanyak RM80 atau RM32 ribu sehektar setiap kali dituai.
  • (3) Jika keluasan ladang adalah 100 hektar X RM32 ribu = RM3.2 juta setiap tuaian. (3) Soft loan (pinjaman mudah) disediakan oleh Kementerian untuk pembangunan ladang buluh atau RM10 ribu per hektar. Dengan keluasan 100 hektar, penanam boleh memohon pinjaman mudah daripada Kementerian sebanyak RM1 juta. Pinjaman selama 15 tahun itu perlu mula dibayar balik pada tahun ke-7. (Islamic loan sedang diuruskan).
  • (4) buluh memerlukan masa 3 tahun untuk matang dan boleh dituai dua kali setahun. Buluh akan membiak selepas itu selama tempoh 100 tahun.
Sekian.

Sila lihat sebelum ini..

9 comments:

Anonymous said...

Teresa cakap pasai fitnah, kaldai boleh sokong.

Anonymous said...

TERESA KOK JAWAB SALAH FAKTA HJ BAKRI JAMALUDDIN BERKAITAN BEBERAPA ISU BERBANGKIT TERMASUK PENANAMAN BULUH.

Saya memang tertarik dengan tajuk artikel “Apakah Buluh PAS dan DAP sama?” yang ditulis oleh Haji Bakri Jamaluddin disiarkan dalam Harakahdaily.net pada 16 April 2020.

Saya ingin membetulkan beberapa poin yang salah yang dibangkitkan oleh Haji Bakri :-

1. Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia sebenarnya dirangka oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bagi tempoh 2011 - 2020, dan ia bukan dirangka pada tahun 2016 seperti apa yang disebut oleh Haji Bakri.

2. Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2011 - 2020 memang dirangka sebelum PH menjadi kerajaan, tetapi pelan ini tidak dilaksanakan dengan seriusnya. Oleh sebab itu, nilai eksport buluh pada tahun 2019 adalah sebanyak RM 9 juta sahaja, sedangkan saiz pasaran bagi buluh global ialah AS$ 68 billion pada tahun 2018, seperti apa yang dinyatakan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sendiri.

3. Semasa saya memegang jawatan Menteri di Kementerian Industri Utama, bila saya diberitahu oleh Pegawai MTIB berkenaan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh, saya pun mula giat mempromosi penanaman buluh sebagai tanaman baharu bagi negara kita, termasuk membawa pegawai MTIB untuk memberi pembentangan kepada beberapa Menteri Besar dan barisan kepimpinan kerajaan beberapa negeri. Selain daripada itu, saya juga berjaya mendapat peruntukan sebanyak RM 6 juta dalam bajet 2020 untuk menubuhkan nurseri benih buluh.

4. Tulisan Haji Bakri yang menyatakan YB Menteri Dr Mohd Khairuddin Aman Razali “berani menjadikan program memajukan industri berasaskan buluh sebagai ‘game changer’ di bawah MTIB” adalah tidak tepat kerana Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh telahpun bermula pada tahun 2011. Beliau hanya meneruskan dasar yang lama di bawah MTIB sahaja.

5. Saya tidak pernah menyaran para penanam sawit untuk “lupakan sawit, tanam buluh”. Ini adalah tajuk laporan yang sengaja diputar-belitkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada waktu itu.

6. Untuk makluman Haji Bakri, “minum satu sudu minyak sawit setiap hari” adalah kenyataan Tun Dr Mahathir semasa beliau melancarkan Kempen Sayangi Sawitku pada 24 Mac 2019. Ia sengaja diputar-belitkan oleh penyokong UMNO & PAS untuk menghina Kempen Sayangi Sawitku yang dimulakan oleh saya.

7. Selain daripada itu juga, “menoreh getah dalam musim hujan” adalah kenyataan Lembaga Getah Malaysia (LGM) kerana LGM memang telah berjaya mengeluarkan alat yang membolehkan penorehan getah dijalankan pada musim hujan. Alat-alat seperti ini juga digunakan oleh penoreh getah di negara Thai dan di Hainan, China. Saya suka mencadangkan agar Haji Bakri mengunjungi LGM untuk mendapat taklimat berkenaan rekaan ini daripada penyelidik dan Ketua Pengarah LGM.

8. Sebab utama YB Menteri Dr Khairuddin menghadapi kritikan dan ejekan daripada orang ramai pada ketika ini adalah kerana beliau pernah membuat kenyataan pada Mac tahun lepas (2019) yang tidak betul yang menghina usaha saya selaku Menteri pada masa itu untuk mempromosi penanaman buluh berdasarkan laporan yang salah yang disiarkan dalam Utusan Malaysia. Ironinya ketika ini, YB Dr Khairuddin jelas kuat mempromosi penanaman buluh.

9. Haji Bakri sebagai seorang Ustaz dan pemimpin PAS haruslah bercakap dan menulis apa yang benar, dan bukan memutar belitkan fakta mengikut kepentingan diri kerana Islam telah mengajar kita bahawa “fitnah adalah lebih buruk daripada membunuh”.

10. Saya juga berharap Harakahdaily.net bersedia bagi menyiarkan kenyataan saya yang membetulkan fakta yang salah dalam artikel Haji Bakri Jamaluddin, supaya Harakahdaily.net dilihat sebagai media yang menjunjung fakta sekali gus mempunyai kredibiliti. Sekiranya tidak, Harakahdaily.net juga tidak lebih daripada sebuah portal penyambung fitnah.

TERESA KOK
Ahli Parlimen Seputeh
16 April 2020

Anonymous said...

Kaldai butoh hang

Anonymous said...

Teresa tak ngaku. Kaldai2 tepok.

Anonymous said...

Ph memang pandai putar belit. Eng guan selaku menteri duit berapa kali buat statement yg penuh bohong. Tapi kaldai2 tetap sokong.

Anonymous said...

Bakal pm ke 5, ke 6, ke 7, ke 8 dan ke 9, marah sangat kat pm ke 8 sebab guna perkataan new normal. Udah hilang sense, mungkin lama sangat jawat pm menanti. Sekarang ramai pemimpin pkr kena pecat. Kalau ahli parti sendiri pun tak boleh dikawal dan dididik oleh presiden, layakke nak jadi pm. Dalam keadaan getir begini pun, pm menanti masih tidak stabil berfikir dan bertindak. Sangat berisiko malaysia andainya dipimpin oleh orang yg tidak stabil emosinya.

Anonymous said...

Jadi kaldai lagi mulia dari macai. Sekian.

Anonymous said...

At least dia pernah jadi TPM, bini jadi TPM. Kamu? Macai tepi? No?

Anonymous said...

Well said ex-minister. You call a spade a spade. Bukan macam puak sebelah sana.
Pagi ckp lain, petang sudah lain. Mlm belum tahu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails