Saturday, April 18, 2020

LGE/PH Lesapkan Duit Kutipan GST RM8 Bilion?



Lim Guan Eng/Pakatan Harapan Lesapkan Duit Kutipan GST RM8 Bilion?


Tentu ramai masih ingat bagaimana bekas Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng, di dalam Parlimen dengan angkuh menuduh kerajaan Barisan Nasional dahulu telah merompak wang GST RM19.2 bilion.

Tetapi akhirnya ternyata ianya adalah fitnah, bila PAC yang telah ditubuhkan untuk menyiasat fitnah dari Lim Guan Eng itu telah disangkal dalam laporan PAC yang dibuat berkaitan isu tersebut (BACA DI SINI) dan (DI SINI).


Di penghujung hayat Kerajaan Pakatan Harapan, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) telah tuduh kerajaan belum bayar balik GST sebanyak RM7.8 bilion (BACA DI SINI).

Terkini, Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) pula mendakwa kerajaan belum bayar balik GST sebanyak RM200 juta (BACA DI SINI).

Mungkin selepas ini akan tampil beberapa lagi persatuan industri yang akan menuntut bayaran balik GST.

Untuk rekod, ketika Barisan Nasional kalah dalam PRU 14, GST masih berjalan dan proses bayaran balik GST masih berjalan juga.

Tetapi mengapakah dalam masa 21 bulan Pakatan Harapan berkuasa, berbilion ringgit kutipan GST masih lagi belum dikembalikan?


Ke manakah perginya wang Petronas yang dijarah Pakatan Harapan dengan alasan kononnya untuk membayar tuntutan GST, kerana wang itu telah oun digunakan sepenuhnya oleh Pakatan Harapan sewaktu memerintah? (BACA DI SINI).

Kalau dicampurkan wang kutipan GST dan wang Petronas yang dijarah dengan alasan untuk membayar balik kutipan GST, Pakatan Harapan sudah jarah berpuloh bilion ringgit tetapi duit kutipan GST masih belum dikembalikan kepada pihak yang sepatutnya!!!

Apakah yang telah berlaku?

Kerajaan manakah sebenarnya yabg merompak hasil negara sewaktu berkuasa, Kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan Pakatan Harapan?

Apakah Dr. Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ke 7 di era Pakatan Harapan tidak menyedari perkara ini, hingga beliau secara terus-terusan melabelkan UMNO/BN kerajaan yang dipenuhi perompak?

Atau Dr. Mahathir juga bersekongkol merompak hasil negara?

Suruhanjaya Siasatan Di Raja (SRC), WAJIB ditubuhkan untuk menyiasat dan membongkar perkara ini hingga ke akar umbi.

Dakwa semua yang terlibat, kerana setiap sen yang dikutip dalam cukai GST datangnya dari keringat dan tulang empat kerat rakyat!!!

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.
E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.

7 comments:

Anonymous said...

Rakyat Singapura@ Covit19 beratur panjang di pasar raya kroni Lee Kwan Yew dari parti PAP Eksekutif FairPrice Group, Seah Kian Peng kaut untung berlipat kali ganda

AHAD, 5 APRIL 2020 @ 4:31 PM

Pelanggan mengunjungi pasar basah untuk membeli makanan di Singapura, dengan beberapa orang memakai topeng muka kerana kebimbangan mengenai penyebaran coronavirus COVID-19

Beberapa jam selepas kerajaan Singapura mengumumkan langkah untuk membendung penyebaran COVID-19, ramai orang dilihat berbaris panjang sekurang-kurangnya 20 barisan dalam satu masa.

Ia berlaku walaupun Ketua Pegawai Eksekutif FairPrice Group, Seah Kian Peng, memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pasar raya akan tetap dibuka. Seah Kian Peng menaikkan harga servis online dari pembelian panik rakyat Singapura dengan mengaut keuntungan berlipat ganda.

Anonymous said...


Ini di negeri beriman PAS terengganu

LELAKI berstatus suami ditahan bersama wanita yang juga isteri orang dalam pemeriksaan Op Covid-19 di Hulu Terengganu, kelmarin.

Pasangan berusia 41 dan 28 tahun terbabit ditahan ketika berduaan dalam kereta dipercayai milik lelaki terbabit di kawasan Kampung Tok Gebok, Ajil, pada 2 petang.

Lelaki terbabit dari Kampung Bukit Payung, Marang memberi alasan mahu menghantar wanita itu di sebuah klinik di pekan Ajil, bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Mohd Adli Che Daud berkata, alasan tidak kukuh menyebabkan pasangan terbabit ditahan kerana sengaja mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa tiga bermula Rabu lalu.

Anonymous said...

Cuba selidik status politik pesalah itu. Kemungkinan besar penyokong parti hancing, sebab banyak pemimpin hancing terpalit dengan skandal. Termasuk bekas menteri yg hilang 250 k. Juga big boss parti kencing rakyat yg diampun oleh Agong kerana main tikam2 belakang.

Anonymous said...

Di negeri itu, ada wakil pakatan hancing yg bertanding. Wakil ini ada penyokong tegar. Penyokong nya sama kuat kencing dengan wakil yg disokong nya.

Anonymous said...

MENGIKUT laporan pertemuan Anwar dengan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin tiada dalam pengetahuan pimpinan Pakatan Harapan (PH).

PH dilaporkan tidak tahu menahu akan perjumpaan berkenaan dan ada pimpinannya mula mempertikaikan langkah Anwar itu kerana tidak dimaklum terlebih dahulu.

Kalau Ketua Wanita PKR Haniza Talha boleh digantung keahliannya kerana kononnya berjumpa Azmin bagaimana dengan Anwar? Apa istimewa Anwar hingga boleh bertindak sendiri jumpa musuh?

Pendakwaan berpilih sudah jadi darah daging. Sementara itu anehnya hingga saat ini PM langsung tidak ulas atau buat kenyataan mengenai kehadiran Anwar itu. Tidak penting. Tapi Anwar bagaikan ayam bertelur, riuh satu Malaya.

Anonymous said...

Dah dapat modal ni, apa lagi? Sumbat je cina dap ni dalam jail. Bebaskan bossku yang kata difitnah tu. Jangan la asek lebai PAS aje kalah saman mahkamah

Anonymous said...

Anwar Ibrahim mengadap perdana menteri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan agar PKR dapat menyertai Perikatan Nasional dan Anwar akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Kerana jawatan, tikam dap dan pan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails