HIKMAH COVID-19
(1) Susulan daripada COVID-19, telah menyebabkan ekonomi dunia merudum. Antara faktor yang paling jelas ialah minyak (petroleum). Apabila pergerakan berkurangan, menyebabkan permintaan terhadapnya rendah.
Ini menjadikan harga minyak menjunam, apatah lagi kewangan dunia yang bersandarkan kepada Dollar Amerika dengan konsep Petrodollar. Apabila harga minyak jatuh, ekonomi dunia pun jatuh.
(2) Tetapi permintaan terhadap bahan mentah kekal maintain. Walaupun COVID-19, manusia tetap perlukan makanan untuk terus hidup. Justeru, kita boleh menjangka kenaikan bahan mentah pada masa depan.
Manusia akan tertumpu kepada makanan kerana ia keperluan yang ضروري. Paling basic ialah pertanian sebagai sumber karbohidrat dan juga perladangan sebagai sumber protein.
(1) Susulan daripada COVID-19, telah menyebabkan ekonomi dunia merudum. Antara faktor yang paling jelas ialah minyak (petroleum). Apabila pergerakan berkurangan, menyebabkan permintaan terhadapnya rendah.
Ini menjadikan harga minyak menjunam, apatah lagi kewangan dunia yang bersandarkan kepada Dollar Amerika dengan konsep Petrodollar. Apabila harga minyak jatuh, ekonomi dunia pun jatuh.
(2) Tetapi permintaan terhadap bahan mentah kekal maintain. Walaupun COVID-19, manusia tetap perlukan makanan untuk terus hidup. Justeru, kita boleh menjangka kenaikan bahan mentah pada masa depan.
Manusia akan tertumpu kepada makanan kerana ia keperluan yang ضروري. Paling basic ialah pertanian sebagai sumber karbohidrat dan juga perladangan sebagai sumber protein.
(3) Pada tahun ini, Malaysia diramal berada di tahap cuaca yang agak stabil sehingga September 2020 dengan kadar penurunan hujan yang stabil. Hal ini telah disiarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 3 April 2020.
Kerisauan terhadap isu ‘global warming’ (pemanasan global) sudah semakin berkurangan. Cuaca semakin ‘pulih’, atmosfera dan sungai semakin bersih. Hikmah COVID-19.
(4) Bahasa mudahnya, cuaca sepanjang tahun ini insyaAllah dalam keadaan baik. Jangkaan-jangkaan terhadap kemarau yang dahsyat mungkin agak meleset, dan bakal menunjukkan graf baru. Wallahua’lam.
Kesempatan dan peluang ini harus dimanfaatkan untuk membangunkan sektor pertanian dan perladangan semaksima mungkin. Perlu ‘berani’ untuk menyediakan peruntukan yang besar untuk ini.
Cuaca sehingga September 2020
(1) Antara yang dicatatkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia:
Sepanjang bulan April hingga Mei 2020 ini, Negara dijangka bakal menerima lebih banyak episod hujan dengan ribut petir dalam tempoh yang pendek terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan Pantai Barat dan pedalaman Semenanjung, Barat Sabah dan Tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh. Manakala selepas fasa peralihan Monsun, Negara dijangkakan berada di bawah pengaruh Monsun Barat Daya (MBD), iaitu pada bulan Jun hingga September 2020.
(2) Iaitu dijangka selepas Monsun Barat Daya, hujan dijangka berada di paras purata, iaitu peningkatan atau pengurangan lebih atau kurang daripada 20 peratus daripada purata jumlah hujan jangka panjang.
Penurunan hujan hakikatnya memulihkan atmosfera dan membersihkan sungai. Justeru, ia mewujudkan situasi yang kondusif untuk meningkatkan potensi pertanian.
(3) Dalam beberapa penulisan saya sebelum ini mengenai Pemikiran Ibnu Khaldun dalam membina sebuah negara yang baik wajar diteliti. Khususnya penekanan beliau terhadap saliran dan atmosfera.
Manakala dalam bab pertanian dan perladangan, beliau menekankan aspek keseimbangan antara bandar dan desa. Perladangan dan pertanian perlu dijalankan di desa. Justeru, kehidupan di desa juga perlu dipulihkan bagi menghasilkan hasil yang banyak.
(4) Apa yang terjadi sebelum ini, hasil-hasil ‘keluaran’ desa banyak dijadikan peluang orang-orang tertentu untuk membesarkan skala poket sendiri. Hasil-hasil ini ada yang dimonopoli oleh orang-orang tertentu.
Isu monopoli ini juga perlu dihentikan bimbang beberapa ‘tauke’ cuba mengambil kesempatan di kala negara sedang membangunkan sektor ini. Bimbang jurang kekayaan dan kemiskinan membesar dalam tempoh ‘pemulihan’ ini.
Sektor pertanian
(1) Dalam sektor pertanian contohnya, antara keperluan utama rakyat Malaysia adalah beras, daging lembu, daging ayam dan telur. Keperluan beras di Malaysia sendiri belum dapat menampung.
Hanya sekitar 72 peratus sahaja. Manakala selebihnya perlu diimport daripada luar. Manakala ayam dan telur melebihi 100 peratus, dan daging lembu masih rendah di paras 28 peratus. Justeru, daging lembu perlu diimport dari luar.
(2) Situasi ini yang terjadi pada hari ini, dalam keadaan situasi cuaca yang sedia ada. Bagaimana pula ketika dalam keadaan cuaca yang tidak menentu yang tidak terjangka.
(a) Antara kebimbangan pada 2019 ialah ancaman global warming apabila suhu seluruh dunia meningkat mendadak. Januari dan Februari 2020 mencatat rekod suhu tertinggi.
(b) Jika global warming berterusan, bimbang akan berlakunya kemarau dan kebuluran. Namun, situasi ini berubah dalam skala yang besar dengan kewujudan krisis COVID-19 apabila ‘ekonomi’ hampir-hampir berhenti bergerak.
(3) Antara tempoh 2011-2015 sektor pertanian Malaysia hanya berkembang 0.4 peratus. Sasaran RMK-11 menetapkan pertumbuhan 3.6 peratus, namun tidak mencapai sasaran apabila statistik pada 2016-2017 pertumbuhan menurun kepada -1.8 peratus.
Dalam sektor-sektor lain seperti perlombongan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan, kesemuanya meningkat peratusan perkembangan. Kecuali pertanian. Hal ini perlu difikirkan secara masak oleh Kerajaan pada hari ini.
(4) Sepertimana yang saya nyatakan, antara ‘peluang’ yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk negara memperbaiki sektor keperluannya pada tempoh ini. Iaitu tempoh di mana sektor-sektor lain sedang terencat.
Mencairkan kekayaan yang terbeku
(1) Selain sektor perladangan dan pertanian yang menjadi keperluan manusia, perlu merancang untuk kewangan negara masa depan. Sistem ekonomi Islam perlu digiatkan segera dengan mengenakan cukai kepada simpanan dan saham korporat yang terbeku.
Simpanan dan saham korporat yang terbeku perlu dicairkan dengan cara mengenakan cukai kepada tauke-tauke besar sebagai persediaan untuk berhadapan dengan krisis ekonomi masa depan.
(2) Kekayaan tidak boleh dibiarkan terbeku, ia perlu dialirkan ke bawah. Dalam tempoh sehingga bulan September ini mungkin boleh kuatkuasakan ketetapan ini. Sementara masih sempat.
Saya yakin ramai yang lebih pakar dalam bab ini. Namun tidak ada seorang pun yang boleh meramal masa depan. Apa yang kita mampu ialah persediaan untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan.
(3) Ambillah peristiwa COVID-19 ini sebagai pengajaran. Ia datang secara tiba-tiba. Alhamdulillah Malaysia masih ada ‘bekalan’ kewangan yang cukup besar untuk memastikan kehidupan rakyatnya kekal terjamin.
Apa yang kita tidak mahu ialah, apabila berlakunya krisis ekonomi, orang kaya kekal kaya, manakala orang miskin semakin teruk. Mereka yang menjadi tauke menjadi pengeluar bahan mentah.
(4) Manakala bahan mentah itu diperlukan oleh manusia. Apabila berlakunya krisis, manusia akan memerlukan bahan mentah itu, dan tauke-tauke itu semakin seronok untuk bermain harga.
Realiti ini perlu difahami, dan Kapitalism perlu diusahakan untuk dihapuskan secepat mungkin. Bimbang sistem ini akan menyelamatkan orang-orang tertentu sahaja di waktu krisis.
Memelihara sistem semulajadi
(1) Antara yang perlu dipelihara juga buat masa ini ialah perhutanan dan perhilitan. Perhutanan perlu diuruskan dengan baik, bagi menjaga ekosistem dan sistem semulajadi.
Apabila perhutanan diurus dengan baik, binatang-binatang liar akan berkembang dan ia boleh dimanfaatkan untuk pemburuan, bila sampai masanya. Ia juga menjadi salah satu sumber bahan mentah.
Contohnya nelayan yang menjala ikan di sungai dan di lautan. Sebab itulah di awal tadi saya telah mengutarakan penjagaan sistem saliran mengikut apa yang ditekankan oleh Ibnu Khaldun.
(2) Dari sudut perhutanan pula, binatang-binatang liar yang boleh jadi sumber rezeki di kala situasi kritikal. Bahkan di dalam Feqah sendiri berbicara panjang mengenai hukum pemburuan.
Ini kerana, manusia terikat dengan sistem kesemulajadian. Sebab itulah jangan sewenang-wenangnya menggondolkan hutan, kerana ia adalah keperluan yang ضروري bagi hidupan liar.
(3) Di samping itu, hutan juga bertindak untuk mengawal suhu, dan menghasilkan oksigen yang paling diperlukan oleh manusia. Sebab itulah Ibnu Khaldun sangat menekankan aspek penjagaan atmosfera.
(4) Antara yang lain, Islam mengajar kita untuk mengitar semula barang terpakai. Berdasarkan Hadis Nabi S.A.W;
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْصِفُ نَعْلَهُ وَيَخِيطُ ثَوْبَهُ وَيَعْمَلُ فِي بَيْتِهِ كَمَا يَعْمَلُ أَحَدُكُمْ فِي بَيْتِهِ
“Rasulullah S.A.W biasa membaiki capalnya, dan menjahit bajunya sendiri, dan melakukan pekerjaan rumah sepertimana kalian melakukannya di rumah kalian.”
(Riwayat Imam Ahmad)
“Rasulullah S.A.W biasa membaiki capalnya, dan menjahit bajunya sendiri, dan melakukan pekerjaan rumah sepertimana kalian melakukannya di rumah kalian.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 17/4/2020
No comments:
Post a Comment