Friday, April 24, 2020

Masalah Ebit Liew, Orang Kampung, Pusat Zakat, Ini Sepatutnya.


HEBOH beberapa hari lalu mengenai cerita berkenaan seorang pendakwah yang dikenali ramai iaitu Ebit Liew. 


Dilaporkan beliau telah pergi ke Kedah dan di sana, beliau telah menemui seorang tua bersama cucu-cucunya, tinggal di tempat yang sangat daif. Cucu-cucunya pula tidak ke sekolah, sampah sarap bertaburan di dalam pondok mereka.
Ramai yang menangis melihat akan kehidupan keluarga itu. Ustaz Ebit kemudiannya mencarikan sebuah rumah sewa untuk disewa sebanyak RM800 sebulan berdekatan dengan kawasan itu. Kata beliau, dia akan membayar sewa itu selagi termampu. Tidak terhenti setakat itu, maka bermulalah cerita dalam cerita yang lain.
Orang kampung asal mendakwa mereka telah membantu keluarga itu tetapi banyak masalah yang telah terjadi di sebalik bantuan itu. Keluarga itu dilaporkan menolaknya, tetap mahu tinggal di tempat itu. Sampah sudah banyak kali dibersihkan dan kemudiannya dikotorkan semula. Pengurusan Zakat Kedah juga telah memberitahu bahawa keluarga itu telah dibantu.
Dan, masuklah netizen secara berjemaah, mengutuk sebelah pihak dan memuji sebelah pihak. Menyalahkan satu kumpulan dan membenarkan yang satu lagi. Ada yang menyokong Ustaz Ebit, lalu menghina orang kampung dan Pengurusan Zakat Kedah. Ada yang membela orang kampung dan Pengurusan Zakat Kedah, maka dibelasahnya pula Ustaz Ebit Liew.
Menghampiri Ramadan, mari kita lihat dari segi positif kepada usaha mereka ini. Kenapa mahu dilihat dari sudut kesalahan yang bakal memberikan dosa percuma kepada kita? Tidakkah bagus melihat dari segi kebaikan iaitu pahala yang berganda-ganda yang bakal kita kutip, jika kita berjaya mengikuti jejak langkah mereka semua.
Mereka semua itu telah berusaha untuk membantu orang susah. Oleh itu insyaAllah mereka akan mendapat pahala di sisi Allah atas usaha mereka yang amat baik itu. Tetapi kita sibuk berkelahi, saling membalas hantaran mengutuk sesama kita. Baik dari pihak Ustaz Ebit, mahupun orang kampung atau Pusat Zakat, mereka tidak pernah meminta kita berbalah bagi pihak mereka. Mengapa kita yang lebih-lebih?
Oleh itu saya cadangkan, kita juga berbuat sesuatu bagi mengutip pahala sebagaimana mereka. Pastinya ramai dari kita mempunyai rakan-rakan yang berniaga secara online ketika Ramadan ini. Suka saya cadangkan untuk kita membantu perniagaan mereka. Banyak cara selain daripada menguar-uarkan kepada umum, kita membeli produk mereka dengan banyak, mengikut kemampuan.
Contohnya kenal pasti rakan-rakan anda yang dipercayai yang berniaga makanan atau yang menjadi ‘runner’. Buatlah tempahan makanan dari mereka. Kemudian suruhlah rakan anda itu untuk membuat penghantaran kepada mana-mana individu yang anda kenal pasti sebagai miskin atau rakan atau saudara mara atau sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai untuk diberikan makanan itu.
Di bulan Ramadan ini, tidak kisah kepada siapa makanan itu disedekahkan kerana dalam Hadis menyebutkan memberi makan kepada orang yang berpuasa, tidak tertakluk kepada orang miskin sahaja, ianya terbuka kepada sesiapa sahaja, sama pahalanya. Cuma mungkin di musim COVID-19 ini, lebih baik diberikan kepada yang kurang atau tidak mampu.
Maka kita telah membantu rakan kita berniaga, memberikan wang kepada runners, menyediakan juadah kepada orang yang berpuasa, tanpa kita keluar rumah, apa lagi di waktu PKP ini. Berlapis-lapis pahala kita dapat. Apatah lagi jika ia diberikan kepada saudara mara kita yang terdekat yang susah. Secara tidak langsung, kita telah mengikuti contoh yang baik dari peristiwa yang kita bincangkan di atas.
Kalau tiada rakan yang berniaga, kita boleh menyediakan makanan sendiri dan minta kumpulan seperti cawangan PAS mengagihkannya kerana kepatuhan kita terhadap PKP kepada yang layak. Oh, bukan ahli PAS? Tak apa, boleh tanyakan kepada cawangan Umno bagi membantu. Bukan juga Umno, jadi anda pembangkang? Cari cawangan PH yang berdekatan untuk menolong atau kepada AJK masjid terhampir.
Anda bukan dari mana-mana kumpulan? Mungkin boleh minta penghulu mencarikan orang-orangnya untuk mengedarkan makanan itu. Atau jika anda tidak larat menyediakan makanan, berikan sahaja duit kepada mereka untuk siapkan makanan di atas melaksanakan kerja amal di bulan Ramadan ini. Biarlah siapapun anda, asalkan rantaian sedekah ini berjalan tanpa putus. Buang dahulu politik kepartian.
Siapa yang kita sokong? Ustaz Ebit? Jadi kita telah lakukan apa yang beliau buat, walaupun mungkin tidak sebanyak yang telah beliau berikan. Sokong orang kampung? Bermakna kita juga telah mengambil teladan dari mereka kerana turut membantu keluarga itu sejak dahulu. Ada yang gembira bantuan dari Pusat Zakat Kedah? Maka anda sedang menelusuri jejak-jejak mereka mendapat redha Allah. 1 Ramadan ialah pada Jumaat, lagi berganda pahala sedekah.
Ingatlah gandaan bersedekah di bulan Ramadan terlalu banyak. Rasulullah paling banyak dan bersegera bersedekah dalam bulan Ramadan seperti angin yang bertiup. Setiap kebaikan kita akan digandakan dengan 10 kali ganda. Amat malang jika kita masih berkelahi siapa yang salah, siapa bertanggungjawab, sedangkan mereka insyaAllah mengutip pahala berterusan. Kita pula menyedut dosa. Mereka semua telah pun melaksanakan amanah masing-masing, kita pula keji mengeji. Cerdikkah kita?
MOHD NASIR ABDULLAH
23 April 2020 – HARAKAHDAILY 23/4/2020

5 comments:

Anonymous said...

Yes Sokong 100 % nampak gaya kempen BUY MUSLIM FIRST sudah mula secara tidak sengaja...

Buy online barang keperluan & makanan melalui peniaga islam sudah mula rancak dijalanksn



Jom kempen #BMF .. ayoh jadi juara asnaf


Formula Turun Barang = BMF + Champion Asnaf + Tepok utk diri sindri

Anonymous said...

Orang cina kata melayu bodoh. Cuma guna tulisan jawi dan logo halal sudah cair hatinya langsung beli produk cina.

Anonymous said...

Memang ada segelintir kecil melayu yg bodoh. Sanggup jadi kaldai dap, hanya untuk dapat nafkah hidup dan rebut nak jawatan pm. Kaldai2 ini jadi bahaya ketika covid ini. Nyawa tak penting, yg penting jawatan pm.

Anonymous said...

saya bukan ahli politik ebit liew , mlm tadi Tun dan Tok Wan pun bagi taskirah dakwah di Berita TV 3 siap peesan lagi... wahhhh sentap kot pasal pegawai boboi yg sentap kepanasan. Bab mcm ni org mula menyampah dengan Boboi.. kalah kan terus boboi...!

Boss Terendak said...

Orang Islam menentang sedekah.... Dunia akhir zaman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails