Lestari alam: Menteri fokus perundangan, pendidikan
KL: Tindakan ke arah memastikan kelestarian alam bukan sahaja memerlukan kepada undang-undang dan penguatkuasaannya, tetapi juga memberi pendidikan dan kesedaran kepada generasi.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan perkara tersebut semasa bersiaran langsung dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk “Melestari Alam” di BERNAMA TV, sebentar tadi.
Katanya, selain penguatkuasaan peraturan sedia ada dan semakan kepada akta untuk ditambah baik, negara juga perlu membina dan melatih generasi kepada kepentingan pendidikan alam sekitar.
“Kalau sekiranya perundangan bolehlah kita ambil pada orang yang langgar. Tetapi untuk jangka panjang, negara perlu disiplinkan soal pendidikan untuk mencintai alam sekitar. Dan saya fikir, alam sekitar dia menariknya kerana ia merentasi kaum, agama dan sempadan geografi,” ujarnya.

Beliau mengemukakan contoh mengenai penjagaan sungai yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat negara ini hingga ia berkedudukan di belakang rumah, berbanding kesedaran di negara lain.
Oleh itu maklum beliau, pihaknya mahu mengemaskini dan memperbaiki perundangan sedia ada, disamping kesedaran menerusi pendidikan dengan penglibatan pelbagai pihak, kaum dan agama.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini turut menyentuh dilema berkaitan perundangan alam sekitar selama ini di mana apabila berlaku masalah seperti pencemaran, namun hukuman dan kompaunnya terlalu ringan.

Sedangkan kupas beliau, kesan dari pencemaran itu sangat besar hingga kerajaan terpaksa menghabiskan jutaan ringgit bagi pemulihan semula, selain melibatkan banyak pihak menjadi mangsa.
“Itu komitmen saya untuk saya minta supaya kita semak balik mana-mana akta yang perlu ditambahkan undang-undang, ditingkatkan penguatkuasaan dan sebagainya, kita akan fokus perkara tersebut,” ujarnya.

Dalam kupasan tersebut, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim turut memperincikan pelaksanaan pendidikan kesedaran dan disiplin mengenai penjagaan alam sekitar itu untuk dilaksanakan dengan penglibatan banyak pihak. – HARAKAHDAILY 3/4/2020
No comments:
Post a Comment