Sunday, April 12, 2020

Nicole mohon maaf kepada Siti Zailah


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKT), Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berhubung kenyataan beliau di Twitter sebelum ini.
Nicole dalam kenyataannya mengkritik saranan Siti Zailah berhubung tips menghadapi permasalahan rumah tangga di IGTV Siti Zailah yang pada pendapatnya tidak relevan untuk isteri berdiam diri terhadap suami yang dayus.


Bagaimanapun, Nicole dalam kenyataannya memohon maaf dan mengaku bahawa beliau memuat naik kenyataan tersebut tanpa melihat video asal dan hanya melontar kan pandangan berdasarkan artikel yang dikeluarkan Malaysiakini dibawah tajuk ‘SIS: Underlying tone in Siti Zailah’ s advisory video’
Menurut Nicole, setelah melihat video asal yang dimuat naik, beliau mengakui bahawa tips yang diberi Siti Zailah adalah nasihat yang Umum dan menyeluruh dalam menguruskan permasalahan rumah tangga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Malah katanya, dalam video tersebut Siti Zailah turut menggesa mangsa kekejaman domestik untuk mendapatkan bantuan dari pihak kerajaan melalui talian hayat yang disediakan untuk kes domestik itu.
Justeru itu, beliau menyatakan permohonan maaf terhadap Siti Zailah diatas kesalahannya membuat kesimpulan tanpa melihat video sebenar dan menghakimi pendapat beliau melalui artikel tersebut. – HARAKAHDAILY 12/4/2020




No comments:

Post a Comment