Friday, April 17, 2020

PAT-G: Buat Tuntutan Bila Harga Getah Jatuh


Bantu penoreh miliki kad PAT-G


SIK: Pembeli getah berlesen disaran membantu pekebun kecil dan penoreh memproses kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) bagi memudahkan proses tuntutan melalui atas talian dibuat.

Adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sistem atas talian yang diperkenalkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) iaitu eR1 perlu diperluaskan kepada semua pembeli berlesen.
Katanya eR1 merupakan aplikasi atas talian yang merekod dan memproses semua transaksi secara automatik termasuk tuntutan IPG.
“Kita berharap semua pembeli getah berlesen memperkemaskan sistem tuntutan IPG untuk permudahkan kaedah tuntutan.
“IPG boleh bantu menambah pendapatan dengan kadar baru IPG RM2.50 sekilogram.
Apabila berlaku kejatuhan harga bawah paras RM2.50 penoreh boleh membuat tuntutan,” katanya di sini.
Baru-baru ini Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali berharap semua penoreh dan pekebun memiliki PAT-G bagi membuat tuntutan IPG apabila harga getah jatuh sehingga RM1.60 sekilogram.– HARAKAHDAILY 16/4/2020
Tular Harga Getah Di Sabah Lebih Rendah Tidak Benar | Borneo Today

No comments:

Post a Comment