Wednesday, April 15, 2020

Pembayaran AS$300J Mencerminkan Komitmen AS kepada M'sia....

Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat memulangan AS$300 juta yang diseleweng daripada dana 1MDB.
Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat memulangan AS$300 juta yang diseleweng daripada dana 1MDB.
AS pulangkan AS$300 juta dana 1MDB kepada Malaysia


WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) memulangan AS$300 juta yang diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mei tahun lalu, AS mula memulangkan dana yang berjaya ditemui semula, membabitkan bayaran pertama hampir AS$200 juta (RM836 juta)


Jabatan Kehakiman dalam kenyataannya, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan wang yang dipulangkan sebanyak RM2.6 bilion (AS$600 juta).
Pembantu Peguam Negara AS, Brian A. Benczkowski, berkata pembayaran itu mencerminkan komitmen AS kepada Malaysia untuk memburu, merampas dan memulangkan aset yang diperoleh menerusi penyelewengan itu.
Antara aset yang berjaya diperoleh semula termasuk estet mewah di Beverly Hills, New York dan London serta pelaburan bernilai jutaan Dollar yang dilakukan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Sebelum ini, berita Agensi yang memetik maklumat sumber, melaporkan DoJ menangguhkan pemulangan AS$240 juta (RM1 bilion) susulan ketidaktentuan politik berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu. - Agensi

4 comments:

Anonymous said...

Apa cerita terkini pemburuan terhadap PENIPU skala besar2an anak cina Taek Lo ni?

Dah dapat tangkap ke belum? Atau PENIPU ini masih lagi menyorok disebuah negara yang melindungi para penjenayah?

Anonymous said...

Kalau dipulangkan zaman ph, senyap sunyi duit tu. Mungkin ragu atas amanah ph, amerika tidak pulngkan waktu itu. PH pinjam duit cina pun senyap sunyi. Entah ke mana sembunyinya. Mungkin bertambah loaded pm ketika itu.

Sekarang ini nampak ke mana bantuan disalurkan.

Anonymous said...

8:32
Buat komen menbina bukan andaian karut ingat kini zaman covid19 jangan berani tambah dosa

Anonymous said...

Semua muslim ada melakukan dosa, tapi tidak semua melakukan pahala. Kafir dap baik macam mana pun, tiada pahala baginya. Yg ikut laluan liberal dan cenderung bersekongkol dengan kafir lagi besar dosanya dari sudut syariat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails