Kumpulan Akustikaria hibur penonton dengan lagu irama 1970-an dan unsur nasihat bergiat aktif sekitar Muar dan Batu Pahat, Johor - Foto BERNAMA
HALAMAN HIBURAN
Wak Jeng sekeluarga hibur penonton dari 'FB Live'
KUALA LUMPUR: Enam sekeluarga yang juga kumpulan pemuzik jalanan tidak menyangka nyanyian dipersembahkan menerusi Facebook (FB) Live mendapat sokongan netizen.
Penyanyi dan pemain gitar utama kumpulan Akustikaria, Mohamad Shafiq Selamat, 26, berkata, mereka tidak dapat keluar meneruskan aktiviti busking yang dilakukan secara sepenuh masa sejak 2014, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak COVID-19.
“Kami duduk rumah sahaja, sejak PKP. Tetapi, disebabkan perasaan ingin menghiburkan sangat kuat, kami sekumpulan yang juga terdiri dari ibu, Asnah bersetuju bermain muzik dari rumah dan buat persembahan menerusi FB Live.
“Kami duduk rumah sahaja, sejak PKP. Tetapi, disebabkan perasaan ingin menghiburkan sangat kuat, kami sekumpulan yang juga terdiri dari ibu, Asnah bersetuju bermain muzik dari rumah dan buat persembahan menerusi FB Live.
“Syukur, saya tidak menyangka ramai pengguna FB sudi menonton dan menyumbang apabila melihat persembahan kami, sambil duduk di rumah,” katanya.
Akustikaria membawakan lagu-lagu masyarakat, berunsur nasihat termasuk irama 70-an itu bergiat aktif sekitar Muar dan Batu Pahat, Johor. Rutin tetap mereka membuat persembahan sekitar hentian rehat dan rawat (R&R) Pagoh arah utara, selain undangan persembahan majlis perkahwinan.
Mohamad Shafiq atau lebih dikenali dengan nama ‘Wak Jeng’ dalam kalangan peminat kumpulan buskers berkata, alternatif itu secara tidak langsung memberi ruang terus menjana pendapatan seperti biasa, walaupun dalam tempoh PKP.
“Kerja kami busking, setiap hari. Walaupun tidak dapat melakukan persembahan di luar seperti kebiasaan disebabkan tempoh PKP, kami bersyukur apabila tetap dapat menghiburkan dengan tontonan mencecah 7,000 orang ketika bersiaran FB Live. Cuma bezanya, kami tak dapat melihat penonton secara berdepan.
“Dari segi pendapatan pula sama sahaja seperti selalu. Alhamdulillah, atas keprihatinan, sokongan rakyat Malaysia dan sahabat yang berkongsi live untuk tontonan semua,” katanya.
Sementara itu, reaksi netizen yang menonton persembahan Akustikaria, rata-ratanya terhibur dan memberi kata semangat.
Pengguna FB, Mohd Rizal Mohamad memberi komen, “Terima kasih Wak Jeng dan keluarga. Kami terhibur malam ini, semoga Wak sekeluarga dimurahkan rezeki.”
Mohd Farez menulis; “Belum ada live busking di beranda rumah yang happening macam ni.”
Firdaus_dauz pula berkata, mantap dan padu persembahan Wak dan keluarga, saya sudah ‘transfer’ RM10. Kawan lain sambil menonton jangan lupa kongsi seorang sedikit pada nombor akaun tertera, tulisnya. - BERNAMA
Video: Realiti Rakyat: FB live punca pendapatan pemuzik jalanan
No comments:
Post a Comment