Monday, April 13, 2020
Pengurusan emosi dan tekanan sepanjang PKP
RAKYAT Malaysia harus akur terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga bermula 15 April 2020 hingga 28 April 2020 demi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Bagi sesetengah pihak, lanjutan PKP ini dilihat sebagai rahmat dalam bencana. Manakan tidak, hampir dua bulan lamanya masa cuti ini dapat diisi dengan penuh berhemah bersama keluarga tercinta. Namun, PKP ini menjadi pembunuh psikologi secara senyap terhadap sebilangan besar masyarakat. Tekanan ekonomi keluarga dan himpitan isu dalam rumahtangga dilihat menjadi pencetus kepada pelbagai isu emosi seperti tekanan perasaan dan kemurungan (depresi).
TV AI-Hijrah barsama rakan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd (Karangkraf), Yayasan Warisan Ummah lkhlas (WUI), Majalah Pa&Ma dan Majalah Keluarga menerusi kempen #MUSAADAHCOVID19 memulakan inisiatif baru iaitu MyCareCoV19 khusus untuk memberikan khidmat bimbingan kerohanian, nasihat perundangan dan pengurusan emosi buat rakyat Malaysia merentasi agama dan bangsa.
Program MyCareCoV19 akan bersiaran sebagai segmen dalam rancangan bual bicara pagi Assalamualaikum di TV Al-Hijrah setiap hari, di antara jam 8 hingga 9.30 pagi bermula 13 April 2020. Penonton boleh menghubungi talian 03 – 2260 2412 untuk berkongsi rasa jiwa bersama pakar-pakar yang kita bawa setiap hari di dalam rancangan ini.
Saya maklum, ini adalah saat yang sukar buat segelintir masyarakat kita. Justeru, izinkan kami untuk cuba memeluk emosi dan menenangkan jiwa anda seupaya kami. Dengan izin-Nya, kita mesti menang.
YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 12/4/2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment