Sunday, April 05, 2020

Penipuan Penjualan Penutup Mulut&Hdung. Hati-hati.

PENUTUP mulut dan hidung diterima Puteri Azrah (kiri) tidak seperti diharapkan. FOTO Ihsan Puteri Azrah Mohamad Nasir
'Lain dibeli, lain yang diterima'
PESAN penutup mulut dan hidung, tetapi terima yang diperbuat daripada beg kertas kenduri kahwin.
Itu nasib seorang suri rumah yang menjadi mangsa penipuan penjual penutup mulut dan hidung dalam talian.
Mangsa, Puteri Azrah Mohamad Nasir, 26 berkata, dia berhubung dengan penjual itu bagi membuat pesanan pada 17 Mac lalu, sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Menurut Puteri Azrah, pesanan itu dibuat menerusi WhatsApp selepas menerima gambar iklan dikirimkan oleh seorang rakannya.
Katanya, dia membeli penutup mulut dan hidung itu di dalam talian dengan tujuan memberikannya kepada suami yang bertugas sebagai anggota keselamatan di Banting, Selangor .
“Peniaga itu menawarkan harga RM15 untuk 20 keping penutup mulut dan hidung tetapi saya membeli 40 keping sekali gus kerana memikirkan keperluan suami.
“Memandangkan ada jiran meminta bantuan saya membelikan penutup mulut dan hidung itu, saya maklumkan kepada peniaga berkenaan untuk memesan 60 keping lagi menjadikan 100 secara keseluruhan.
“Mulanya, saya tidak mengesyaki dipermainkan kerana melihat dia serius berniaga hingga sanggup untuk menghantar barangan dipesan kepada suami saya dengan alasan tinggal di kawasan berhampiran,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Bagaimanapun, Puteri Azrah mula curiga selepas barangan dipesan tidak diterima dan pelbagai alasan diberi peniaga itu setiap kali dia meminta nombor pengesanan barangan sebagai bukti penghantaran.
Menurut Puteri Azrah, selepas didesak, peniaga itu akhirnya membuat penghantaran pada 1 April lalu iaitu dua minggu selepas pesanan dibuat.
“Namun, alangkah terkejutnya saya selepas membuka bungkusan itu kerana melihat ia tidak seperti di dalam gambar diiklankan.
“Bukan setakat itu , kualitinya amat menghampakan kerana tidak seperti penutup mulut dan hidung biasa sebaliknya diperbuat sendiri dengan beg kertas bersama tisu sebagai penapis dan getah seluar sebagai penyangkut di bahagian telinga.
“Disebabkan tidak berpuas hati, saya bertanya dengan peniaga itu tetapi dia mendakwa memang menjual penutup mulut dan hidung sebegitu, selain mendakwa apa yang berlaku hanyalah salah faham,” katanya yang menetap di Kepala Batas, Kedah.
Menurut Puteri Azrah, dia kesal dengan sikap peniaga itu yang mengambil kesempatan demi mengaut keuntungan mudah.
Katanya, dia sudah menuntut peniaga itu mengembalikan wangnya tetapi tidak pasti adakah dia akan berbuat demikian .
“Jika tahu jadi begini, lebih baik saya gunakan wang RM95 itu bagi membeli keperluan anak.
“Bagaimanapun, perkara sudah terjadi dan diharap orang ramai di luar sana berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan seperti saya.
“Ini kerana ramai ambil kesempatan dan mereka semakin kreatif serta bijak untuk memperdaya mangsa,” katanya.
Kisah Puteri Azrah mendapat perhatian warganet selepas rakannya, Nur Nurnazuwa berkongsi gambar dan ciapan di Twitter,kelmarin.
Perkongsian itu mendapat hampir 13,000 ulang ciap sehingga kini. (MyMetro)

Hibur Hibur Sikit

Chinese Man Throws Bicycle at Thieves on Scooter!

Carl Douglas Kung Fu Fighting (Original Music Video)

Video: Santri Santri Silat (Silat Disciples)


Santri Santri Silat (Silat Disciples)

  • 2 years ago
  •    
  • 171,069 views
Endah diikuti orang asing sepulang sekolah. Ia melawan. Endah is followed by a strange man. She fights. Follow MondiBlanc for ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails