Ahmad Faizal beramah mesra dengan golongan gelandangan ketika beliau menyantuni golongan tersebut di Taman Kanak-Kanak Ipoh, 15 April, 2020. -- fotoBERNAMA
IPOH: Kerajaan negeri Perak akan menyediakan tempat perlindungan dan bantuan makanan untuk gelandangan di negeri ini selewat-lewatnya minggu ini, bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan bantuan kebajkan yang lebih teratur, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata pihaknya akan mencontohi Kementerian Wilayah Persekutuan, yang menyediakan tempat khusus untuk golongan berkenaan, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Selain itu, kami juga perlu melihat sama ada mereka ini benar-benar golongan gelandangan, kerana ada juga individu yang mengambil kesempatan daripada bantuan yang diberikan.
"Ada di antara mereka merupakan penagih dadah atau pun tidak mempunyai tempat tinggal akibat tiada pekerjaan, ini semua akan diteliti terlebih dahulu," kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan golongan gelandangan, di sekitar Jalan Dato Onn Jaafar di sini pada Rabu.
Katanya, ketika ini kira-kira 100 orang gelandangan yang dikesan terdapat di bandar raya Ipoh.
-- BERNAMA
1 comment:
Betul tu. Harapkan ph,tak habis2 rebut kuasa. Gelandangan terpinggir.
Post a Comment