Thursday, April 02, 2020

Perang Antara Netizen Dan Artis-artis Retis..


Kepada Artis Retis Yang Menghina Netizen, Forgiven But Will Not ForgetPosted


by SnapShot 

Hangat di media sosial peperangan antara netizen dan artis-artis retis yang dah sendu.

Segala-galanya berpunca dari Skim Prihatin Nasional yang diumumkan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin, untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan B 40 dan M 40 yang terjejas pendapatan mereka akibat dari Perintah Terhad Perjalanan (PTP) yang dikuatkuasakan mulai 18 Mac 2020.

Semua rakyat menyambut baik pengumuman Skim Prihatin Nasional yang diumumkan itu.

Golongan B 40 yang terdiri dari petani, nelayan, penjaja, peniaga pasar malam, pekerja kilang, ibu tunggal, ayah tunggal yang terjejas teruk pendapatan mereka akibat arahan PTP bersyukur dengan keprihatinan kerajaan dan menerima bantuan kerajaan seadanya tanpa banyak bunyi.


Tiba-tiba segelintir artis retis yang dah sendu pula terlompat-lompat macam katak meminta supaya kerajaan memberikan bantuan khas kepada mereka (BACA DI SINI) dan (DI SINI).


Keadaan menjadi makin panas bila Zarina Anjouli memuat naik video klip yang berdurasi 11 minit 28 saat menyindir artis-artis yang selama ini yang bermegah dengan kemewahan mereka tetapi menyalak mahukan bantuan khas dari kerajaan selepas Skim Prihatin Nasional diumumkan.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di Malaysia dan golongan artis yang dilihat hanya mementingkan diri sendiri serta masih lagi mahu hidup bermewah dikecam dengan hebat oleh netizen.


Segelintir artis yang dah sendu dalam industri tanah air bertindak balas seperti orang yang tak ada otak dengan menghina netizen.

Malah siap wujudkan satu akaun Telegram khas untuk mengecam netizen (BACA DI SINI).


Persatuan Seniman Malaysia bertindak balas dengan membuat lapuran polis terhadap video klip yang dimuatnaik oleh Zarina Anjouli (BACA DI SINI).

Tapi grup Telegram yang diwujudkan oleh artis-artis retis yang dah sendu untuk mengecam netizen, tidak pula ditegur oleh pihak seniman!!!

Kesimpulannya mudah, dugaan dari wabak Covid-19 telah menelanjangkan sikap dan akhlak sebenar segelintir artis-artis retis yang hanya mementingkan diri sendiri dan merasakan diri mereka adalah golongan yang patut mendapat layanan istimewa dari kerajaan dan masyarakat.


Alasan mereka sangat mudah, dengan memberikan hiburan berarti mereka sudah perasan mempunyai 'sumbangan yang sangat besar' kepada masyarakat jadi mereka rasa mereka layak dapat layanan istimewa!!!

Tapi mereka lupa, masyarakatlah yang telah memberikan kemewahan kehidupan kepada mereka hasil dari 'sumbangan yang sangat besar' itu kerana hiburan yang masyarakat terima dibayar dan bukannya secara percuma.

Tanpa sokongan masyarakat, 'sumbangan yang sangat besar' itu tidak ke mana dan hidup mereka pun tidak semewah sekarang.

Di saat kesusahan masyarakat, sepatutnya inilah waktu untuk mereka menyumbang kembali kepada masyarakat yang telah mengangkat mereka dan bukannya sakit hati dengan bantuan yang kerajaan beri kepada masyarakat.

Bagai langit dengan bumi perbezaan antara artis dahulu dengan sekarang.

TS P. Ramlee dan rakan-rakan beliau, termasuk ayah dan ibu Ogy, sanggup pergi ke segala ceruk kampung untuk berikan hiburan percuma kepada masyarakat kerana sedar tidak semua masyarakat mampu mengeluarkan duit untuk mendapatkan hiburan.


Namun di penghujung hayat beliau, tidak pula beliau mengecam masyarakat bila dihimpit kesusahan hidup.

Kepada artis-artis retis yang dah sendu, bandingkanlah 'sumbangan yang sangat besar' kamu semua dengan sumbangan P. Ramlee.

Malahan Jamal Abdillah yang dahulunya dikecam kerana penglibatan beliau dengan dadah, langsung tidak mahu meminta bantuan khas semasa Covid-19.

Ingatlah kata-kata Seniman Agung Negara, Tan Sri P. Ramlee :

"Seni untuk masyarakat".

Untuk artis-artis yang sudah meminta maaf, baguslah, In Sya Allah, masyarakat sedia memaafkan tetapi 'we will not forget caused damage already done.'

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails