Saturday, April 04, 2020

PH Meroyan 'Kerajaan Pintu Belakang'.. Dr Muhamad Zuhaili

MEROYAN dengan perkataan ‘Kerajaan pintu belakang’

Dalam kesibukan pihak Kerajaan, agensi, para petugas, pertubuhan dan rakyat memberikan fokus menghadapi wabak COVID-19 bagi menangani dengan berkesan bagi memutuskan rantaian penularan ini, pimpinan PH masih lagi tidak berkesudahan meroyan dalam isu ‘Kerajaan pintu belakang’. 
Sedangkan isu pelantikan Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin sebagai YAB Perdana Menteri ke-8 dan pembentukan Kerajaan adalah secara sah dan rasmi dengan perkenan SPB YDP Agong.

Meroyan pimpinan PH dalam lantang mewujudkan naratif fitnah ‘Kerajaan pintu belakang’ secara tidak langsung adalah memfitnah ke atas SPB YDP Agong serta Institusi Beraja kerana pimpinan PH tidak menerima kepatuhan terhadap punca kuasa yang diberikan kepada SPB YDP Agong dalam Perlembagaan.

Sudahlah tidak boleh terima cara yang sah dilakukan oleh SPB YDP Agong, maka ia juga menunjukkan sikap pimpinan PH yang tidak menghormati terhadap keluhuran Perlembagaan. Justeru, pimpinan PH jika jadi Kerajaan mahu memerintah berdasarkan apa?

Sebab itu tidak pelik, sepanjang PH menjadi Kerajaan terlalu banyak tindakan yang mencabar keluhuran Perlembagaan dan seakan merobek Kontrak Sosial 1948. Ini sangat jelas apabila tindakan biadab PH sewaktu memerintah seperti:
(1) Perjuangan doktrin Komunisme muncul kembali dan seakan tidak bersalah.
(2) Kenyataan media Menteri khususnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam tulisan bukan Bahaya Melayu.
(3) Usaha mahu meratifikasi ICERD yang boleh merosakkan sistem Perlembagaan Persekutuan di mana Malaysia ada memperuntukkan salah satu istimewaan dalam Ketertinggian Perlembagaan ialah Raja Berperlembagaan.
Dan macam-macam lagi jika mahu disenaraikan. Rakyat juga jelas dan mual dengan tindakan PH dan ini dibuktikan menerusi penolakan rakyat dalam 5 siri PRK yang berlaku iaitu:
(1) Cameron Highland.
(2) Semenyih.
(3) Rantau.
(4) Tanjung Piai.
(5) Kimanis.
Malahan dalam pembukaan sidang DUN Selangor, titah DYMM Sultan Selangor agar berhentikan tohmahan ‘Kerajaan pintu belakang’ kerana Kerajaan Persekutuan sekarang adalah sah. Maka, pimpinan PH meroyan yang tidak berkesudahan malah menunjukkan teladan biadab yang boleh merosakkan rakyat terutama kalangan pengundi mereka yang taksub.
PH cuba alih kesalahan mereka yang lambat tangani COVID-19 kepada Kerajaan PN (Perikatan Nasional)
PH tidak sedar diri apabila gelombang pertama COVID-19 berlaku adalah pada zaman PH memerintah. Malah, kesan sikap PH yang meremehkan wabak COVID-19 dan berterusan membenarkan pelancong dari China masuk ke negara sedangkan telah disahkan wabak berpunca dari China terutama Wilayah Wuhan.
Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika itu seakan angkuh dengan menganggap mempunyai pengalaman berhadapan wabak seumpama COVID-19. Malah Menteri Kesihatan ketika itu juga meremehkan pengumuman dari WHO yang kononnya ia boleh buat panik. 
Begitu juga, sikap ADUN Seri Serdang yang sinis menyindir kebimbangan rakyat terhadap wabak COVID-19 dengan menunjukkan kononnya keseriusan terhadap penyakit denggi adalah lebih wajar, bukannya COVID-19.
Lihat sahaja kenyataan-kenyataan dangkal pemimpin PH yang tidak serius malah ada yang menyindir dalam hal ini antaranya:
(1) Kerajaan lambat dalam menyekat kedatangan pelancong dari China secara bertegas, itu pun setelah didesak dan diasak oleh semua pihak termasuk pembangkang, NGO serta rakyat umum. Pada 21 Februari, TPM ketika itu Dato’ Seri Wan Azizah menjelaskan Kerajaan sekali lagi menyatakan tidak akan menghalang kemasukan pelancong dari China kecuali dari bandar-bandar yang ditutup oleh Kerajaan China.
(2) Kenyataan Dr Dzulkefly pada 12 Februari 2020 menyatakan KKM khuatir kenyataan Pengarah WHO cetus kebimbangan rakyat. Sedangkan WHO telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) pada 30 Januari 2020. Namun keseriusan dalam tangani dan mengurangkan pelancong China masih tiada.
(3) Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng yang memandang rendah terhadap kesan risiko COVID-19 dengan menyatakan Malaysia tidak berdepan risiko kemelesetan, pada kenyataannya bertarikh 6 Februari 2020.
(4) Siaran media sosial Dr Mariah, ADUN Seri Kembangan yang membuat perbandingan kes COVID-19 dengan denggi pada tarikh 29 Januari 2020 yang menyindir kenapa rakyat perlu nak panik terhadap COVID-19.
Kesemua ini menunjukkan bagaimana sikap pemimpin PH yang ketika itu memerintah namun tidak serius dan tidak bertegas dari awal kerana memandang enteng kesan dari COVID-19 ini. Kesannya apabila sudah ada pembawa wabak ini maka ia menjadi penularan yang sukar dikesan.
Apa yang dilakukan PN selaku Kerajaan Persekutuan sekarang ini adalah amat baik dan cepat mengikut tempoh garis masa:
(1) Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 kemudian dilanjutkan 14 April 2020.
(2) Pengumuman Pelan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) Rakyat bagi membantu rakyat khususnya yang terkesan dari sudut ekonomi.
(3) Mewujudkan kluster sebagai fokus penting terhadap sesuatu kes yang disyaki bagi fokus dan tangani pantas seperti Kluster Tabligh ekoran perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari – 1 Mac lepas.
(4) Menteri Pertahanan mengumumkan bantuan Angkatan Tentera Malaysia membantu pihak polis bagi menjayakan PKP bermula 22 Mac 2020 supaya lebih serius memastikan rakyat tidak berada di luar rumah melainkan hal yang mustahak.
(5) Pengumuman penolakan gaji Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri bagi 2 bulan dan disumbangkan untuk bantuan krisis COVID-19 ini.
PH semua hendak dibangkang, sehingga kebajikan rakyat pun hendak dipertikai
Setelah ‘tergamam’ seketika pimpinan PH dan cybertroopers mereka berikutan pengumuman Pelan Pakej Rangsangan (PRIHATIN) Rakyat sebanyak RM250 bilion maka PH cuba bermain polemik seperti:
(1) Dari mana Kerajaan PN memperolehi dana sebesar itu?
(2) Bagaimana sistem agihan, jangan sampai ada yang ‘rompak’ di tengah jalan – naratif supaya nampak negatif pada Kerajaan PN.
(3) Kerana jasa PH sebelum ini berjimat maka sebab itu Kerajaan PN hari ini dapat guna peruntukkan besar – naratif supaya kononnya PH yang hero.
Dan beberapa lagi dengan memanipulasi analogi kisah Mak Cik Kiah dalam pengiraan penerimaan sumbangan kebajikan yang bakal rakyat terima. Kononnya ‘jangan tertipu’ menjadi naratif jahat agar tidak percaya pada Kerajaan Persekutuan yang diperintah oleh PN pada hari ini.
Sewajarnya dalam isu sekarang ini, sepatutnya kematangan pembangkang ditunjukkan kerana sekarang ini isu:
(1) Nyawa menjadi fokus utama dalam langkah PKP dan keselamatan.
(2) Ekonomi yang melibatkan ramai rakyat khususnya sektor swasta, perniagaan sendiri, sektor pelancongan dan perhotelan, peniaga kecil dan lain-lain.
Ucapkanlah terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan dengan angka yang cukup besar iaitu RM250 bilion sedangkan zaman PH hanya tahu ‘memotong’ dan ‘mencantas’ seperti cadangan menghapuskan elaun Insentif Khidmat Kritikal (BIPK) yang akhirnya menimbulkan kemarahan kalangan doktor dan perubatan.
Pimpinan PH wajar utamakan isu nyawa dan kebajikan ini dari sibuk bermain sentimen politik, lakukan hal sebegini:
(1) Ucapan terima kasih.
(2) Sama-sama membantu ekonomi rakyat.
(3) Tunjukkan teladan potong gaji untuk sama-sama bantu rakyat khususnya di bawah Parlimen mereka.
Ini tidak, diajaknya bahas dalam Parlimen pula peruntukan tersebut dan mendesak untuk sidang Parlimen diadakan segera. Cukuplah dipulang semula kata-kata Maszlee Malik sebelum ini iaitu:
“Terima kasih bagi pandangan, tetapi anda bukan Kerajaan!”
Terbukti PH hanya layak sebagai pembangkang, bukan Kerajaan lagi
Sejak PH kembali menjadi pembangkang dilihat pimpinannya ‘rajin membuat kerja’ seperti provokasi, membangkang melulu semua perkara, kenyataan media yang kerap dengan idea-idea ‘solusi masalah’ kononnya dan macam-macam lain. Namun sewaktu berada di tampuk pemerintahan, banyak sekali idea-idea dan manifesto yang gagal dilaksanakan.
Rakyat sudah kenal dan tidak mahu lagi tertipu dengan PH yang merupakan parti politik yang hanya ‘membebel idealisme’ sehingga terawang-awangan yang sendiri pun laksanakan sendiri seperti mana manifesto mereka seperti PRU14 yang lalu.
Cukuplah dengan teori-teori bombastik dalam mengaburi pemikiran rakyat sebelum ini walhal gagal melaksanakannya bila memerintah. Malah apabila gagal melaksanakannya, PH hanya tahu menyalahkan Kerajaan lama sebelum ini. Itu sahaja. Waktu memerintah, PH menyalahkan Kerajaan lama. Sewaktu menjadi pembangkang hanya menyalahkan Kerajaan semasa.
Justeru, memang sesuailah PH ini dengan jiwa pembangkang. Eloklah menjadi pembangkang kerana walau 22 bulan memerintah telah terbukti gagal. Krisis dalaman tidak berkesudahan menyebabkan negara menghadapi kemelut politik negara.
Jadi pembangkang elok dah, cuma amalkanlah Politik Matang dan Sejahtera, jadi pembangkang yang bijak dan rasional agar dalam sistem demokrasi ini wujud suasana semak dan imbang (check and balance) yang baik. Bukannya jadi pembangkang yang meroyan berterusan tanpa kesudahan yang rakyat pun jemu, muak dan memualkan.
Disediakan oleh:
USTAZ DR MUHAMAD ZUHAILI DR HJ SAIMAN
Pengerusi
Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis (LPUP),
Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 2/4/2020

10 comments:

Anonymous said...

PeeH pimpinan parti kafir harbi DA-Pigs adalah KERA jaan pintu tandas yang suka kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll.

cik minah said...

Ha ha ha
Setuju. Memang busuk PH..

Anonymous said...

Alhamdullillah. Rakyat lebih tenang sekarang. 22bulan dengan ph tinggal harapan saja. Janji manifesto jadi sebuah berhala yg tak mampu buat apa2.

Anonymous said...

Hanya China Mempunyai Jawapan
* Corona: Ada sesuatu yang tidak kena ...! *

🤔Wuhan ke Shanghai = 629 km
🤔Wuhan ke Beijing = 1052 km
🤔Wuhan ke Milan = 8700 km
🤔Wuhan ke New York = 12000 km
🤔Wuhan ke Italy = 8670 km
🤔Wuhan ke London = 8880 km
🤔Wuhan ke Paris = 8900 km
🤔Wuhan ke Sepanyol = 9830 km
🤔Wuhan ke India = 3575 km
🤔Wuhan ke Iran = 6560 km

🧪* Sesuatu yang menjadi misteri dan tanda tanya ...!

📢 Corona virus berasal dari bandar Wuhan di China dan kini telah mencapai seluruh penjuru dunia, tetapi virus ini belum sampai ibu kota China iaitu Beijing dan Bandaraya ekonomi terbesar iaitu Shanghai yang berhampiran Wuhan, kenapa ...?

📢 Beijing adalah bandar di mana semua pemimpin China tinggal, ketua tentera hidup di sini, mereka yang menjalankan kuasa pemerintahan di China tinggal di sini, tidak ada lockdown di Beijing! Ianya bebas! Corona tidak mempunyai kesan di sini, kenapa ...?

📢Shanghai adalah bandar yang menjalankan ekonomi China, ia adalah Bandaraya ekonomi terbesar bagi China, di sini semua orang kaya hidup di China! Mereka yang menjaga industri berjalan, tidak ada ada lockdown sini, corona di sini tidak mempunyai kesan terhadap Shanghai ...! * Kenapa ...? *

📢Adakah corona virus pandemik ini, yang telah membuat seluruh dunia panik, tetapi cuba anda datang ke Beijing dan Shanghai, adalah sangat penting untuk bertanya kepada China soalan yang ketika negara-negara maju terbesar di dunia sedang bertungkus lumus menangani wabak ini, mengapa tidak dapat menghentikan Corona! Corona telah mengakibatkan bandar-bandar besar dunia lumpuh, jadi mengapa tidak virus ini sampai ke Beijing ...? ; Mengapa tidak sampai ke Shanghai ...? * Kenapa ...? *

📢Beijing dan Shanghai adalah kawasan bersebelahan dengan Wuhan! Virus dari Wuhan tiba di seluruh penjuru dunia, tetapi virus ini tidak sampai ke Beijing dan Shanghai ...! * Kenapa ...? *

📢Ekonomi negara yang disinggahi Covid-19 akan terhenti, tetapi semua bandar utama China telah dibuka dan kini dan dari 8 April, China juga telah membuka Wuhan! Seluruh dunia kini terancam dengan keganasan wabak ini! Sekarang China kini mengisytiharkan Wuhan bebas dari jangkitan ...! * Kenapa ...? *

📢Satu perkara besar lagi ialah pasaran saham di seluruh dunia telah jatuh hampir separuh! Tetapi saham China - pasaran saham mereka daripada 3 ribu yang hanya turun pada 2700! Tiada kesan virus ini menjejaskan pasaran saham China ...! * Kenapa ...? *

🔒Apapun perkara-perkara ini, mereka hanya menunjuk kepada satu perkara bahawa corona adalah senjata bio-kimia China, yang telah keluar meninggalkan China untuk membuat kemusnahan di seluruh dunia! Selepas ribuan orang dan mungkin jutaan terbunuh, China kini mengisytiharkan sudah berjaya mengendalikan virus ini! Mungkin China juga sudah mempunyai vaksin, yang mereka tidak berkongsi dengan dunia luar! Dan adakah China akan menjual vaksin ini setelah jutaan menjadi korban akibat Covid-19 ini.

* Kenapa ...? *
#Hanya China yang mempunyai jawapan.

Anonymous said...

Cerita dongeng...sape yg dah beijing dan shanghai?..kenape jepun covid tidak merebak dgn teruk?..

Anonymous said...

Kerajaan yg sah kerajaan yg dapat mandat rakyat dlm pru...ato kerajaan yg dibentuk oleh mp dlm dewan rakyat dgn memilih pm baru setelah pm sediada letak jawatan melalui undi tak percaya yg diperkenan oleh Agong.

Anonymous said...

KERAjaan PH telah tumbang sebaik sahaja TDM meletakkan jawatan PM maka rakyat berhak melalui ahli parlimen mereka membentuk kerajaan PN yang baharu maka tidak wujud kerajaan pintu belakang

Kerajaan pintu belakang hanya wujud dalam dunia khayalan asap ganja barua , RBA dan pemimpin-pemimpin puak kafir harbi dan KHADAM liberal mereka sahaja.

Anonymous said...

Jepun buat kawalan.. sekat kemasukan segala china sejak januari.
Jepun bukan bodo bahlol mcm peehancing.

Fahaman liberal jgk yg menyebabkan eropah dilanda teruk dgn wabak kovid.. tapi jerman yg lebih hati2 menyebabkan keadaan terkawal disana. Begitu jgk dgn denmark.
Negara yg kuat lgbt mcm belanda teruk kena sebab liberal kuat dan membiarkan pelancong china masuk.
Begitu jgk usa yg tidak menyekat warga usa ketutunan cina balik dari china semasa selepas cny.
Di mesia peehancing byk bawak masuk cina... bahkan ada yg mengatakan siap hacks sistem electronik klia lagi.
Penganut peehancing memang bodo.

Anonymous said...

Perdana menteri yg sah adalah perdana menteri yang dilantik oleh YD Agong dan mengangkat sumpah dihadapan YD Agong dan bukannya sesaorang yang buat kek harijadi perdanamenteri.

Anonymous said...

KKM berkata adalah dinasihatkan supaya tiada perhimpunan selama enambulan sehingga setahun selepas wabak covid berakhir.

Setiap aktiviti yg melibatkan perhimpunan juga hedaklah ditangguhkan selepas tempoh tersebut.

Ermm.. aku rasa elok juga sekiranya sidang parlimen dan dewan undangan negeri ditangguhkan pada jarak jangkamasa yang sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails