Tuesday, April 07, 2020

PKP: ‘Mek Siti’ ucap tahniah buat rakyat Kelantan


HALAMAN HIBURAN
KOTA BHARU: Selebriti Nik Sayyidah Fatiha Yazib atau lebih dikenali sebagai Mek Siti Salam Pantai Timur melahirkan rasa lega apabila kepatuhan rakyat Kelantan terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat 96 peratus.
Pelakon yang popular dengan sitkom komedi Salam Pantai Timur itu turut melahirkan rasa syukur apabila rakyat di negeri itu semakin memahami PKP.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah yang menyatakan kepatuhan rakyat di negeri itu terhadap PKP semakin baik sejak peraturan itu dikuatkuasa 18 Mac lepas.
Fatiha yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Mek’ hari ini membuat lontaran rasa gembiranya di Facebook.
“Oghe Kelate sudah tidok betoko (orang Kelantan sudah tidak berkumpul)!. Kepatuhan rakyat Kelantan pada PKP meningkat 96 peratus.
“Mek ambik sumber sakoba (Mek ambil sumber surat khabar) Harakah hari ini. Adik kakok mek ore Kelate kemah keming sep kito ( seluruh rakan taulan rakyat Kelantan sangat bagus),” ujarnya pada lontaran di Facebooknya menggunakan loghat Kelantan semalam.
Sebelum ini beliau pernah beberapa kali memohon rakyat di negeri itu supaya tidak berkumpul ramai-ramai serta patuh pada arahan kerajaan.
Menurutnya, tindakan berkenaan memberi ruang pada rantaian Covid-19 semakin merebak.
Beliau juga turut menyeru rakyat Kelantan supaya solat hajat di rumah masing-masing pada 27 Mac lalu yang diadakan serentak di seluruh Negara.
Beliau turut yakin sekiranya semua pihak mengambil sikap ‘stay at home’ rantaian Covid-19 dapat diputuskan.
“Bo ‘betoko’, duk dumoh, (cukuplah berkumpul duduklah di rumah),”ujarnya.
Tambahnya, bagaimanapun umat Islam khususnya perlu memohon pertolongan Allah agar Covid-19 dapat dinyahkan dari negara ini. – HARAKAHDAILY 3/4/2020

Sitkom Salam Pantai Timur - Cari Jodoh.mpg

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah dan syabas kepada Kerajaan PN, KKM, ATM dan PDRM dll kerana berjaya mengawal wabak covid-19 dengan berkesan di waktu negara-negara lain gagal mengawal wabak tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails