Wednesday, April 22, 2020

PP Pentingkan 'nasib penggiat seni' Dari Rakyat Sendiri 'Kelaparan'.


P. Pinang umum pakej bantuan untuk sektor kesenian

KERAJAAN Negeri Pulau Pinang prihatin terhadap nasib penggiat seni di negeri ini yang terjejas dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan penularan wabak Covid-19.
Ini diburukkan lagi dengan penangguhan dan pembatalan beberapa program kesenian yang sinonim dengan negeri ini antaranya George Town Festival, George Town Heritage Celebration dan Art Penang.
Sehubungan itu, bagi memastikan sektor kesenian terus subur di negeri ini, Exco Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan negeri, Yeoh Soon Hin mengumumkan pakej bantuan kesenian bagi meringankan beban golongan tersebut. 
“Wabak Covid-19 telah membantutkan sektor kesenian negeri dan menjejaskan pendapatan kumpulan penggiat seni secara drastik. 
“Dengan suka citanya saya ingin mengumukan Pakej Bantuan Sektor Kesenian Pulau Pinang. 
“Kami berharap pakej bantuan ini boleh mendapatkan kesan ‘sambil menyelam minum air’, iaitu memberi bantuan kepada penggiat seni Pulau Pinang, dan pada masa yang sama, memupuk pembangunan kesenian di negeri ini. 
“Kami tidak ingin lihat pembangunan sektor kesenian di Pulau Pinang terhenti kerana wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 
Menurut Soon Hin, pakej bantuan tersebut akan dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu tempoh masa penularan wabak Covid-19, pasca Covid-19 dan sepanjang 2021. 
Bagi fasa pertama, kerajaan negeri akan menyediakan bantuan berjumlah RM200,000 bagi mengalakkan individu atau kumpulan penggiat seni untuk mengadakan program dan latihan kesenian secara dalam talian. 
Fasa kedua pula, kerajaan negeri akan membantu persatuan kesenian tempatan dari segi kos operasi penganjuran sesuatu program. 
Sementara fasa ketiga, kerajaan negeri akan mempromosikan kandungan kesenian tempatan dan meningkatkan jualan tiket program yang dianjurkan mereka. 
Permohonan bagi inisiatif fasa pertama boleh dihantar ke Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan (PETACH) secara emel di alamat yeohsoonhin@penang.gov.my.
Permohonan akan bermula pada 21 April 2020 dan ditutup pada 31 Disember 2020. – Roketkini.com

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Musim Covid-19, rupanya Kerajaan Negeri pimpinan DAP lebih pentingkan 'nasib penggiat seni' dari rakyat sendiri yang 'kelaparan'. Lihat berita ini..

23-3-2020-dampak-lockdown-malaysia.jpg
Seorang penarik becak di Penang tampak kelaparan dan makan di tempat terbuka, saat social distancing dan lockdown untuk mengantisipasi penyebaran wabah virus corona (Covid-19) diberlakukan di Malaysia

Lihat juga..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..
Bersambung..

2 comments:

Anonymous said...

Apabila geng penyamun diberi kuasa..hancur

Anonymous said...

Master mindnya dap. Kaldai2nya pkr dan pan. Jual harta muslim, bawa masuk pelancong cina dan pelancong tak balik. Adakah ini pun fitnah????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails