Saturday, April 25, 2020

Ramadan: 'Rider' tak layan geng 'plastik hitam'.

Penghantar makanan bermotorsikal, Mohd.Syahid Daud, sedang diperiksa oleh anggota keselamatan di sekatan jalan raya (SJR) di bandar Segamat. FOTO AHMAD iSMAIL

"KAMI tak layan orang culas puasa," kata penghantar barangan, Mohd Syahid Daud, 21.
Menurut Mohd Syahid yang sudah tiga bulan bertugas sebagai penghantar barangan di sekitar daerah ini, dia serta rakan lain tidak akan melayan karenah individu culas puasa ini yang digelar geng plastik hitam.
"Kami tahu mengenai geng plastik hitam namun kami tidak akan layan mereka.
"Walaupun letih berpanas dan perlu meredah perjalanan jauh, kami tetap terus berpuasa. Mengapa pula kami layan sikap malas orang culas puasa ini?," katanya.
Menurut Mohd Syahid, penghantar barang juga perlu melalui sekatan jalan raya seperti pengguna jalan raya lain.
Kerana itu, katanya, dia tidak akan sekali-kali menggunakan laluan tikus untuk menghantar makanan kepada geng plastik hitam.
"Kami menekankan disiplin selain ada garis panduan majikan yang perlu dipatuhi," katanya. (MyMetro)

2 comments:

Anonymous said...

Strategi cina untuk kuasai malaysia ialah pecah belah melayu dan islam. Apa yg berlaku kepada ust ebit liew adalah bibit ke arah memecahbelahkan perpaduan islam. Hati2 dengan kaldai2 yg dibayar oleh dap untuk tujuan pecahbelah ini.

Anonymous said...

Siapa kaldai? sedekahlah pahala banyak banyak kat orang jangan tak sedekah biar sampai muflis di akhirat nanti dengan cara membuat fitnah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails