SUNIA Umbin, pekerja gerai ketam hidup mengeluarkan ketam dari sangkar untuk dijual.FOTO Rafiqah Dahali
PENJUAL ketam bakau hidup di Kampung Sarap di sini, mula resah selepas pendapatan mereka mula terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) berkuat kuasa.
Salah seorang daripada mereka adalah Sunia Umbin, 42, yang berkata, upahnya kini tidak seberapa berikutan tidak ramai pembeli.
“Kebiasaannya saya mendapat upah RM 1.50 untuk sekilo ketam bakau yang dijual. Sebelum PKP diumumkan, saya boleh menjual 10 kilogram ketam sehari tetapi sekarang saya hanya mampu menjual kurang empat kilogram sehari.
“Selain penduduk kampung, kebiasaan orang dari Labuan dan Beaufort yang melalui jalan ini untuk ke Terminal Feri Menumbok singgah untuk membeli ketam,” katanya.
Katanya, dia lega penjual ketam diberikan kelonggaran oleh polis untuk berjual dengan syarat gerai harus dijarakkan.
“Ini sahaja mata pencarian saya memandangkan suami hanya bekerja sebagai buruh kasar dengan gaji RM800 sebulan bagi menyara keluarga,” katanya.
Seorang lagi penjual ketam, John Umbin, 35, berkata sebelum ini dia mampu menjual 10 hingga 15 kilogram ketam sehari sekali gus mendapat upah RM30 hingga RM40 sehari.
“Namun kini saya hanya dapat jual sekilogram sahaja dan kadang-kadang langsung tidak laku.
“Jika ketam bakau hidup yang tidak terjual mati atau hampir mati, saya akan sedekahkan kepada orang kampung.
“Pemborong ketam bakau hidup yang biasa masuk ke sini juga tidak datang kerana tempoh PKP ini,” katanya. (MyMetro)
4 comments:
Harap bersabar la akak2 abang2, pakcikmakcik, adik2 dan seluruh warga sabah sekelian, bala dan wabak nih takder la sampai ketahap ini kalau bukan kerana importan khas dapigs & peehancing.
Mudah2an TS Yiddin nasional dan rakan2 diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam menangani wabak virus saka peninggalan walaon2 hancing 21bulan yg bermahasetanan di putrajaya selam 21bulan dulu.
Bila plak ibnu pegi sabah di jaman PKP ni..
Orang sabah jual ketam, orang ph jual khazanah.
KENYATAAN MEDIA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN
7 April 2020
KERAJAAN PERLU BERHENTI MENYALAHKAN PENJAWAT AWAM
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan melahirkan rasa kesal terhadap perkembangan mutakhir ini berkaitan pemecatan beberapa jawatan dalam agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Tindakan Kerajaan memecat jawatan-jawatan lantikan Kerajaan sebelum ini daripada golongan professional pada masa ini adalah tidak wajar dan bukan keutamaan.
. bla.. bla... blahhh..bole blahh..bla...
blaa..blahhh..bole blahhh...
YB DS Shamsul Iskandar Mohd Akin
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Liew Chin Tong
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Persoalan
Sejak bila DAP jadi champion dalam membela penjawat awam nih...!? mana pergi pakar formula@strategi DAP iaitu Tony Phua..!?
Bukan sewaktu awal-awal PH memerintah mereka lah yang nak beriya-iya nak buang penjawat awam ..LUPA DAH KEEEE? sekarang nak jadi JUARA pulak..ke masa buang penjawat awam dulu kena sakit HILANG INGATAN..sekarang dah SEMBUH terus MEROYAN tak tentu HALA ke? kalau lupa semak je kat GOOGLE kisah-kisah PH tamatkan jawatan Penjawat Awam kat situ kalau betul MP-MP PH dah kena sindrom penyakit PELUPA.
Post a Comment