Gaza City: Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza tetap bersedia menyambut kedatangan 1 Ramadan walaupun dalam keadaan ekonomi merosot akibat penularan Covid-19.
Namun, Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza mengisytiharkan darurat pada 22 Mac lalu dengan melaksanakan sekatan pergerakan.
Sejak itu, semua masjid, universiti, sekolah dan restoran ditutup manakala perhimpunan di tempat awam dilarang terutama di pasar.
Agensi berita Xinhua melaporkan suasana berbeza kali ini apabila tidak ramai yang menghias jalan dan rumah dengan tanglung yang menjadi kelaziman apabila tibanya Ramadan.
Dalam usaha mengurangkan kesan psikologi berikutan situasi semasa, ahli psikiatri Gaza, Sami Foad dari kem pelarian Nuseirat mengajar kanak-kanak membuat tanglung secara dalam talian.
Dalam usaha mengurangkan kesan psikologi berikutan situasi semasa, ahli psikiatri Gaza, Sami Foad dari kem pelarian Nuseirat mengajar kanak-kanak membuat tanglung secara dalam talian.
Idea itu tercetus selepas puluhan ibu bapa mengadu mengenai kesan psikologi terhadap anak mereka yang lama tinggal di rumah.
"Tanpa tanglung, anak tidak merasakan suasana Ramadan dan mereka tidak dibenarkan membelinya di kedai kerana darurat.
"Jadi, idea ini dilaksanakan dalam persiapan menyambut Ramadan dan membantu mereka membebaskan aura negatif dengan melakukan perkara bermanfaat," katanya.
Menurut Foad, dia menghabiskan berjam-jam di platform Skype untuk berhubung dengan ratusan kanak-kanak bagi mengajar mereka membuat tanglung.
"Aktiviti ini bukan sekadar mengatasi situasi getir sekarang, tetapi juga mendorong anak menggunakan bahan di rumah untuk membuat mainan yang mereka minati," kata Foad. (BERNAMA)
No comments:
Post a Comment