Wednesday, April 22, 2020
Semarak Ramadan, 8 Ribu Kurma, Jus Dan Takwim Diagih
Shafizi (kanan).
SETIU, 22 April - Bagi menyemarakkan suasana Ramadan, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit telah mengagihkan 8,000 kurma, jus dan takwim Ramadan kepada masyarakat di DUN berkenaan semalam.
Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, suasana tahun ini sedikit 'suram' ekoran wabak COVID-19 yang masih belum reda sepenuhnya.
"Berkemungkinan sambutan Ramadan agak berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana virus pandemik yang melanda dunia.
"Tahun lepas kita boleh ke masjid atau surau untuk berbuka puasa serta solat tarawih beramai-ramai tetapi mungkin pada tahun ini tidak seperti itu," katanya selepas program agihan terbabit.
Menurutnya, Ramadan lalu, suasana di setiap kampung sangat meriah dengan alunan bacaan imam-imam semasa solat tarawih.
"Golongan hafiz megimami solat kita dengan bacaan yang lunak, sedap didengar dari juzuk pertama sehingga 30 dapat kita hayati.
"Tahun ini ketua keluarga atau anak lelaki akan dinaikkan pangkat daripada makmum kepada imam bersama keluarga.
"Maka semua ini memerlukan persediaan yang rapi agar Ramadan yang bakal tiba tidak datang dengan suasana kelam," nasihat beliau.
Aktiviti pembahagian kurma, jus dan takwim merupakan salah satu daripada program 'Kasihmu Ramadan' yang telah disusun oleh Pusat Khidmat DUN Batu Rakit dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pemuda PAS DUN Batu Rakit.
Ia bagi memupuk semangat menghidupkan suasana Ramadan dalam kalangan masyarakat setempat. (Teganukita)
Lihat sebelum ini..
Seorang penarik becak di Penang tampak kelaparan dan makan di tempat terbuka, saat social distancing dan lockdown untuk mengantisipasi penyebaran wabah virus corona (Covid-19) diberlakukan di Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment