NABI Yusuf telah menggariskan persediaan dan kaedah belanjawan yang berhemah, ketika berlaku kegawatan di luar kawalan kita sebagai manusia. Baginda menyediakan pedoman tersebut, saat menafsirkan mimpi raja yang membingungkan.
Mimpi raja
وَقَالَ الْمَلِكُ إِنِّي أَرَىٰ سَبْعَ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعَ سُنبُلَاتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ ۖ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي رُؤْيَايَ إِن كُنتُمْ لِلرُّؤْيَا تَعْبُرُونَ
“Raja berkata: Sesungguhnya aku bermimpi melihat 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus. Dan 7 tangkai gandum yang hijau dan 7 tangkai yang lainnya kering. Wahai pembesar-pembesar, terangkanlah kepadaku berkenaan tafsiran mimpiku, sekiranya kamu dapat menafsirkannya.”(Yusuf: 43)
Dalam ayat ini, raja merasa bingung dengan mimpi yang dialaminya. Setelah ditanya kepada pembesar-pembesarnya, ternyata semua tidak mengetahui tafsir mimpi raja tersebut. Yang menariknya, mereka tidak memandai-mandai bersuara memberi nasihat tanpa kepastian ilmu.
Lantas persoalan tersebut diajukan kepada Nabi Yusuf, yang sudah terkenal sebagai pakar men takwil mimpi. Ketika itu Baginda sedang meringkuk di dalam penjara akibat menjadi mangsa fitnah. Sikap tidak kisah mendengar pandangan bermanfaat sekalipun dari orang yang tiada kedudukan politik, merupakan sifat baik yang dimiliki oleh raja tersebut.
Ketelusan maklumat
Persoalan raja itu terus disampaikan oleh rakan Nabi Yusuf yang pernah bersama dengan Baginda di dalam penjara. Jika kita membaca surah Yusuf ayat 46, kita akan dapati kelihatan Allah mengulangi sebahagian dari ayat 43. Ini bagi menggambarkan rakan Nabi Yusuf yang menyampaikan persoalan raja, sangat berintegriti dengan mengulangi ayat dari raja tersebut 100 peratus serupa tiada tokok tambah.
Sememangnya ketika gawat, integriti maklumat sangat penting. Sama ada informasi perkembangan ekonomi atau pemakluman dari pemerintah kepada rakyat bawahan, mestilah disampaikan secara tepat tiada tokok tambah.
Jawapan Nabi Yusuf
قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تَأْكُلُونَ• ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تُحْصِنُونَ• ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ
“Nabi Yusuf berkata: “Supaya kamu bercucuk tanam 7 tahun lamanya sebagaimana biasa. Maka apa yang kamu tuai itu hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit sahaja untuk kamu makan. Kemudian setelah itu akan datang 7 tahun yang sangat sulit. Ketika itu adalah waktu agar kamu habiskan simpanan terdahulu, melainkan sedikit untuk kamu simpan. Kemudian setelah itu datang tahun berikutnya, dilimpahkan buat manusia hujan yang cukup. Di saat itu, mereka memerah anggur.” (Yusuf: 47-49)
Takwilan Nabi Yusuf:
(i) 7 ekor lembu gemuk dan 7 tangkai gandum hijau: Melambangkan tempoh 7 tahun kesenangan ekonomi.
(ii) 7 ekor lembu kurus dan 7 tangkai gandum kering: Melambangkan tempoh 7 tahun kegawatan ekonomi.
Sediakan payung sebelum hujan
Dari jawapan Nabi Yusuf, Baginda menggagaskan cara berbelanja dengan berhemah. Kemarau, wabak dan peperangan antara situasi yang bukan di bawah kawalan kita.
Bahkan kita tidak boleh lari melainkan ia perlu dihadapi dengan tabah. Cara menghadapinya adalah bersedia dan berjimat seperti yang diajarkan oleh Nabi Yusuf.
Penjelasan ulamak:
(i) Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi menyatakan dari kisah ini, betapa sebuah negara perlu ada peruntukan undang-undang untuk memiliki rizab simpanan yang cukup bagi mendepani bencana.
(ii) Syeikh Dr Wahbah Zuhaili pula menegaskan sesebuah negara wajar menyimpan dan mencatu makanan untuk keperluan mendatang di waktu susah.
Memelihara maslahat rakyat ketika bencana
Imam al-Qurtubi mengkaitkan kisah ini dengan persediaan menjaga maslahat syariat yang terdiri dari memelihara:
(i) Agama.
(ii) Nyawa.
(iii) Akal.
(iv) Zuriat.
(v) Harta.
(ii) Nyawa.
(iii) Akal.
(iv) Zuriat.
(v) Harta.
Islam serius memelihara nasib kehidupan manusia di dunia. Dari kefahaman tersebut, keperluan-keperluan bagi kehidupan rakyat, perlu disediakan oleh Kerajaan pada kadar kemampuan yang ada.
Dalam konteks semasa, jaminan perubatan, tempat tinggal, makanan dan keperluan-keperluan asasi lain perlu disediakan oleh Kerajaan di saat rakyat tidak mampu untuk mengeluarkan hasil produktiviti mereka.
Untuk mencorak suasana negara penuh kesediaan seperti itu, sesebuah kerajaan perlu diurus oleh pemimpin yang cermat dan bersedia mendapatkan khidmat pakar yang sewajarnya. Sebarang pandangan dikemukakan demi maslahat rakyat, bukan maslahat politik yang sempit. Itulah sikap yang kita boleh pelajari dari relasi antara raja, utusan dan Nabi Yusuf.
Berjimat, berjimat dan berjimat
Imam Abi Su’ud di dalam tafsirnya menjelaskan dari kisah ini, bahawa suruhan Nabi Yusuf bermaksud:
(i) Kurangkan makan.
(ii) Jangan membazir.
(ii) Jangan membazir.
Perlambangan itu bolehlah difahami bahawa ketika bencana ekonomi melanda, rakyat perlu mengubah gaya hidup masing-masing. Sekalipun pesanan Nabi Yusuf itu sebagai persediaan berhadapan dengan bencana mendatang, namun ia tetap relevan bahkan lebih kritikal dipraktiskan ketika bencana sedang berlangsung.
Jika rakyat memperolehi bantuan dari Kerajaan, pastikan ia dibelanjakan dengan penuh cermat. Saat bencana bukan waktu untuk bermewah atau hidup normal seperti biasa. Sebaliknya sekarang adalah saat berjimat bagi menghadapi bencana yang kita tidak tahu bilakah akan berakhir.
Kesusahan memulihkan fitrah manusia
Jika sebelum ini kita bermewah, waktu sekaranglah saat kita merasai kesusahan. Ambillah peluang yang Allah kurniakan ketika kegawatan ekonomi hari ini, untuk menghakis sikap tamak dan mementingkan diri sendiri yang merupakan penyakit sikap masyarakat negara membangun dan maju.
Ramai pemerhati ekonomi menjangkakan selepas berakhirnya bencana COVID-19 yang kita pun tidak tahu bila penghujungnya, dunia akan mengalami krisis ekonomi besar-besaran. Jangkaan itu kelihatan pasti.
Senario hidup selepas ini kelihatan tidak mudah untuk kita langsungkan. Mohonlah kepada Allah, agar Allah selamatkan kita dan kurniakan buat kita kesabaran untuk menghadapi krisis ekonomi akan datang.
USTAZ ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD – HARAKAHDAILY 1/4/2020
7 comments:
Zaman Nabi saw ramai sahabat yg kaya raya level jutawan. Mereka inilah yg bantu perkembangan Islam atas infaq dan pengorbanan. Selain kaya, mereka juga ahli politik yg menjadi khalifah. Zaman ini boleh mengambil contoh para sahabat2 seperti Abu Bakar, Omar, Osman ,Ali dsb. Jangan ikut sabu yg sesat dan menyesatkan pelacur pun ada maruah.
Jika tidak fitnah, itu bukan Pakatan Hancing namanya
Pakatan Hancing
Kenapa Pakatan Hancing ?
Pakatan Dog-And-Pigs, pandapigs dan Parti Kencing Rakyat.
Kenapa Hancing?
Sebab suka kencing rakyat
dengan pelbagai janji palsu dll.
Kenapa kencing rakyat?
Sebab pemimpin Pakatan Hancing gila kuasa
Lebih tepat lagi gila babi.
Masa hadapan Pakatan Hancing ?
Pakatan Hancing akan pupus
dalam PRU yang akan datang.
APA akan berlaku kepada pemimpin Pakatan Hancing?
Masuk hospital mental.
Tak jemu-jemu mereka hina ulama, hina Islam kerana begitu strategi komunis
Ya, sebab itu masih ada puak anjing kurap jilat juboq gian eng meneruskan hasut ganggu..
Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian eng.
Kesian, Masih jadi barua DAP lgi.
Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot. Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu..
Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat sangat ke?? kalau mampuih panggil lah gian eng solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi
Takde idea pun.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..
DAP macam cicak penyet, kering, kepala terapit pintu, terkepit. Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian eng. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..
Jilat Juboq gian eng.. Jilat Juboq gian eng.. Jilat Juboq gian eng..
Mereka bangga disebut macam tu.
Hiiiiiiiii
Masa anuvar jadi menteri duitan bermulalah era politik wang salam umno, berbagi saham sesama kroni, urustadbir ekonomi m'sia lembab gila.. ketua2 bahagia umno start jadi kaya mendadak kalau satu eam dgn dia, ekonomi m'sia hancur, dan paling teruk adalah sebelum dia dipecat kerana meliwat iala harga rumah merundum, bank interest di naikkan gila2 kunun nak pulihkan ekonomi, nak gadaikan negara pada imf, harga kenderaan terpakai jatuh sampai 70% samoai setengah gila pemilik kenderaan terutama yg masih berhutang dgn pehak finance. Kenderaan beru hampir tidak terjual sbb sangat susah nak daoat financekan, down payment pun sampai 30-40%, pekerjaan tak ada, penganguran bertambah dan dia buat apa? Buat apa lagi kalau tidak sibuk pasang kaki antara perwakilan umno nak gulingkan TunM, ye la munkin sebab takut kes liwat-nya menjadi perhatian ramai dan taku Tun terpaksa bertindak keatasnya, tapi itula dia suratan yg azali, kes dia dah tak sapat Tun nak bendung lagi, jadi terpaksa Tun pecat dia dan dia telah didakwa dan didapati bersalah.
Sekarang ni duk temberang konon dia adalah menteri kewangan terbaik, ni lebih2 lagi setelah terpecat dari jawatan ciptaan dia sendiri iaitu Pm Menunggu, nih duk sibuk pasal dia sah lantik dri dia sendiri sebagai "Pm Penunggu Meroyan".
Pembetulan para terakhir
".....pasal dia dah lantik diri dia sendiri sebagai Pm Menunggu Meroyan".
Mana puaka rimba. Dia kena mandi dengan air sungai ganges tujuh hari berturut turut, supaya hilang fobianya dengan pemimpin yang pakai 14 mercedes. Kalau tak berkesan juga,kena mandi dengan air sungai yangzte kat cina. Pun tujuh hari berturut turut. Kemudian tabur dengan abu sami kat kelopak mata supaya hilang sakit hatinya dengan ulamak dan ustaz.
Sokong ini
Mana puaka rimba. Dia kena mandi dengan air sungai ganges tujuh hari berturut turut, supaya hilang fobianya dengan pemimpin yang pakai 14 mercedes. Kalau tak berkesan juga,kena mandi dengan air sungai yangzte kat cina. Pun tujuh hari berturut turut. Kemudian tabur dengan abu sami kat kelopak mata supaya hilang sakit hatinya dengan ulamak dan ustaz.
April 2, 2020 at 10:20 AM
Post a Comment