Wednesday, April 22, 2020

'Terima kasih Ustaz Ebit'

Jamaliah Rejab, 54, ketika ditemui di rumah baharunya di Lorong Fajar, Jalan Sultanah semalam. - Foto NSTP.
Jamaliah Rejab, 54, ketika ditemui di rumah baharunya di Lorong Fajar, Jalan Sultanah semalam. - Foto NSTP.


ALOR SETAR: “Terima kasih kerana bantu keluarga kami, hanya Allah mampu membalas jasa Ustaz Ebit,” kata Jamaliah Rejab, 54.
Jamaliah adalah isteri kepada pesakit strok, Ishak Darus, 77, yang berjaya dipujuk pendakwah, Ustaz Ebit Lew untuk berpindah ke kediaman baharu lebih selesa di Lorong Fajar, Jalan Sultanah di sini, kelmarin.

Jelasnya, beliau dan keluarganya bersyukur dapat mendiami rumah yang lengkap dengan kemudahan air dan elektrik berkenaan, terutamanya menjelang Ramadan, Jumaat ini.
Cucu Jamaliah, Siti Nurhawa Muhammad Hamidan (kiri) dan Muhammad Rayyan Muhammad Hamidan di hadapan rumah baharu mereka di Lorong Fajar, Jalan Sultanah. - Foto NSTP Cucu Jamaliah, Siti Nurhawa Muhammad Hamidan (kiri) dan Muhammad Rayyan Muhammad Hamidan di hadapan rumah baharu mereka di Lorong Fajar, Jalan Sultanah. - Foto NSTP
"Memang kami seronok dapat berpindah dari rumah lama yang sudah rosak dan bocor terutama cucu yang dapat bermain di kawasan sekitar rumah ini.
“Saya anggap segala yang berlaku ada rahmatnya, malah suami yang dimasukan ke hospital juga sudah dibenarkan keluar hari ini (semalam) selepas keadaannya didapati stabil,” katanya ketika ditemui petang semalam.
Jamaliah berkata, sebelum ini keluarganya bukan tidak berusaha mencari rumah lebih elok di sekitar bandaraya ini, namun gagal kerana tidak mampu membayar sewa yang tinggi.
“Kami memang mendapat bantuan kerajaan setiap bulan dan wang itu habis diguna bagi membeli makanan selain ada juga menerima sumbangan orang ramai.
“Malah kerajaan juga ada menawarkan kami berpindah ke rumah flat, tetapi terpaksa ditolak kerana lokasinya yang agak jauh selain cucu saya pula ramai,” katanya.
Suami Jamaliah, Ishak Darus dibantu orang ramai yang membawanya masuk ke rumah selepas mendapat rawatan di hospital. - Foto NSTP Suami Jamaliah, Ishak Darus dibantu orang ramai yang membawanya masuk ke rumah selepas mendapat rawatan di hospital. - Foto NSTP
Ditanya mengenai persiapan menyambut Ramadan, Jamaliah berkata, tiada apa persediaan dilakukannya kerana mereka baharu berpindah dan masih bergantung kepada bantuan bagi meneruskan hidup.
Kelmarin, tular di media sosial apabila Ustaz Ebit Lew menziarahi Ishak yang turut dikenali sebagai Pak Ishak yang terlantar akibat strok bersama keluarganya tinggal di rumah usang di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, kerana tidak mampu menyewa di tempat lain.
Mereka didapati tinggal berhimpit dengan lantai beralaskan tikar getah, dinding kayu reput dimakan anai-anai, malah sebahagian bumbung zink berlubang.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman memaklumkan usaha memujuk Pak Ishak sudah dilakukan pihaknya sejak 12 tahun lalu, namun keluarga daif itu enggan berpindah.
Selain ditawarkan rumah, keluarga terbabit turut menerima bantuan bulanan kewangan, bantuan makanan fakir miskin, bantuan awal persekolahan, bantuan Aidilfitri dan bantuan Jaya Diri. (BH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..
23-3-2020-dampak-lockdown-malaysia.jpg
Seorang penarik becak di Penang tampak kelaparan dan makan di tempat terbuka, saat social distancing dan lockdown untuk mengantisipasi penyebaran wabah virus corona (Covid-19) diberlakukan di Malaysia

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails