JOM KREATIF
KUALA TERENGGANU: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Khairudin Aman Razali menegaskan agar industri ukiran tradisional dan pembuatan bot kayu diperkasakan agar potensinya boleh dikembangkan.
Idea itu disebut Dr Khairudin semasa pertemuan dan perbincangan dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Wilayah Timur (Terengganu) di sini hari ini.
Penerangan berkaitan operasi dan pencapaian Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Negeri Terengganu telah disampaikan Penolong Ketua Wilayah Timur (Terengganu), Mohd Nizam Daud di pejabat operasinya di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu.
Menurut Dr Khairudin, Daerah Besut boleh diperkenalkan sebagai Hub Ukiran Melayu Terengganu sekaligus mengangkatnya menjadi produk hiliran yang berpotensi dipasarkan ke peringkat antarabangsa.
” MTIB boleh melahirkan penggiat ukiran Tradisional bahkan menaikkan lagi peranan dan skop kerja MTIB kepada masyarakat.
“Sasaran kita supaya sampai ke tahap mampu eksport ke luar negara dan inilah peluang memperkenalkan produk hiliran dalam skala besar dalam masa sama ia akan menaikkan martabat ukiran Terengganu”, ujarnya.
Fokus kedua yang dijelaskan Dr Khairuddin adalah industri pembuatan bot kayu.
Kata beliau, MITB boleh membentang satu kertas cadangan agar industri itu diberikan ruang dan peluang.
Antaranya ia berkemampuan membuka dan tambah peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat serta nilaitambah kepada kayu tempatan. – HARAKAHDAILY 10/4/2020
menteri PAS ni nnpk bagus kreatif dan down to earth... keep it up broo.. cuma try more in english essence baru nnpk varity...
ReplyDeletekeep it up brooo...!!