Thursday, May 21, 2020

5 Restoran Unik&Kreatif, Jaga Jarak Sosial, Keselamatan, Covid-19.

COVID-19: Lima restoran ini guna kaedah unik jaga jarak sosial, keselamatan pelanggan
Berikut merupakan kaedah unik dilaksanakan oleh beberapa buah restoran. - Gambar REUTERS
Sikit Tazkirah Ekonomi: 

RESTORAN antara kunjungan utama penduduk di sesuatu tempat dalam menikmati juadah makanan dan minuman, selain dijadikan sebagai tempat bersosial dan bekerja.

Di sebalik pandemik COVID-19, tidak hairanlah jika operasi sektor penting ini perlu diteruskan bagi memastikan ekonomi negara kekal berjalan selepas menyaksikan perintah penutupan dan sekatan sejak beberapa bulan lalu.

Namun, bagaimanakah restoran mengadaptasi kelonggaran yang diberikan supaya dapat terus menjalankan perniagaan dalam suasana normal baharu seperti penjarakan sosial?

Berikut merupakan kaedah unik dilaksanakan restoran di beberapa negara:

1. Restoran Fish Tales Bar & Grill in Ocean City, Ocean City, Maryland

Restoran tepi air (waterfront) ini menyediakan meja berbentuk bulat bagi mengekalkan jarak sosial antara pelanggannya.

Penggunaan bumper saiz gergasi itu membantu para pelanggannya mengekalkan jarak sosial dengan jarak enam kaki ketika menggunakan meja berkenaan.

Selari dengan arahan ditetapkan kerajaan, meja individu itu memiliki empat roda bagi memudahkan pergerakan pelanggan.
.

2. Restoran makanan tengah hari, Bangkok, Thailand
Bagi penggemar restoran mee di Bangkok, Thailand, peluang untuk menikmati makanan tengah hari kini kembali tersedia selepas kelonggaran perintah berkurung dilaksanakan.

Pelanggan yang ingin makan di premis, bagaimanapun, perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) penjarakan sosial.

Tidak cukup dengan meletakkan penghadang plastik yang memisahkan antara dua pelanggan pada satu meja, restoran malah menetapkan syarat kepada mereka untuk duduk secara bersilang bagi memaksimumkan jarak. 

Kaedah penghadang plastik ini bukan sahaja boleh dilihat di Thailand, malah normal baharu ini juga dilaksanakan di negara China dan Taiwan.
.

3. Restoran Mediamatic Eten, Amsterdam

Sebuah restoran Belanda tepi air di Amsterdam menyediakan ruang khas seperti rumah kecil dikenali ‘rumah hijau kuarantin’.

Ia dibina khas dengan dinding kaca bagi memberi peluang dua orang pelanggan untuk duduk dan makan sambil menikmati pemandangan pesisiran air.

Selain itu, untuk lebih selamat, para pelayan di restoran itu memakai pakaian pelindung seperti sarung tangan dan pelindung muka ketika menghantar pesanan makanan ke meja.

Restoran Mediamatic Eten ini dijangka mula beroperasi pada Khamis (21 Mei).
.

4. Kedai kopi, Art of Coffee, Bangkok, Thailand

Memetik laporan Channel News Asia, sebuah kedai kopi di Bangkok, Thailand bertindak kreatif dengan menyediakan satu sistem atau alat untuk mengurangkan sentuhan antara pembuat kopi dan pelanggan.

Kedai Art of Coffee ini menggunakan sistem takal (tali dan roda) ketika menyediakan cawan kopi kepada pelanggan dalam jarak 1 meter selain urusan bayaran melibatkan kad dan duit tunai.


5. Restoran makanan segera, McDonald's

Restoran makanan segera, McDonald's difahamkan juga beroperasi dalam suasana normal baharu.

Di Taipei, Taiwan, umpamanya, cawangan McDonald's memastikan pelanggan mereka untuk merekod nama, nombor telefon dan angka suhu yang diperiksa di premis berkenaan.

Selain mewajibkan pekerja untuk memakai pelitup muka, mereka juga perlu merekodkan suhu para pekerja bagi setiap pesanan makanan yang diambil.

Jika di Hong Kong pula, pelanggan perlu berdiri di hadapan alat pengimbas suhu badan (thermal monitor) sebelum mengambil pesanan di kaunter.

Pelaksanaan dan SOP ini mungkin berbeza-beza di setiap restoran seluruh negara.

Bagaimana pula usaha pemilik restoran di tempat anda untuk memastikan anda sebagai pelanggan memahami kepentingan penjarakan sosial? 

4 comments:

Anonymous said...

Buat solat tahajud, tayang dalam FB, letak no akaun bank, apa tujuannya kalau bukan nak cari makan dengan cara jual agama? Itu bukan buat kerana tanggungjawab tapi ambil kesempatan daripada sentimen beragama.

Kalau betul² nak ajar orang hayati agama, buka kelas mengajar orang ramai cara solat dgn betul. Kenakan yuran. Buat secara bersistem. Ada guru yg pakar, ada nota, ada jadual, ada ujian. Itu barulah cara betul nak mengajar agama.

Tak salah mengambil upah daripada kerja agama jika dilakukan dengan cara dan kaedah yang betul. Bukan semua ambil upah buat kerja agama dikira jual agama.

Itu satu hal. Pentaksub pun satu hal juga. Kamu pi taja program solat tahajud live tu apa hal? Mana datang ajaran taja solat tahajud ni? Mana datang ajaran taja baca doa?

Itulah kerja beli agama. Ustaz tu tukang jual, kamu tukang beli. Serupa saja kedua-dua pihak. Kekaguman kamu kpd ustaz itu menjadikan akal kamu hilang untuk berfikir dengan waras?

Inilah namanya kecanduan agama. Beragama tanpa berfikir. Kalau kamu ada wang lebihan, biayailah fakir miskin di sekeliling kamu. Bukan buat kerja tak masuk akal taja solat tahajud live atau taja doa.

Beragama perlu dibimbing oleh akal yang sihat. Beramal dgn agama bukan seperti ketagihan candu. Asalkan ada label agama, dibuat oleh ustaz, terus anggap itu urusan agama.

Agama bukan mengkhayalkan tetapi menyedarkan. Agama bukan membodohkan tetapi mencerdikkan. Agama bukan memperhambakan tetapi memerdekakan.

Beragama apa jika tenggelam dalam khayalan, kebodohan dan perhambaan? Jika ada agamawan yang mengajak beragama secara khayal dan bodoh, usahlah belajar agama daripada agamawan itu.

Anonymous said...

Kalau dia bodoh mengpa kamu tak ajar atau nasihat?
Mengapa kamu bodohkan diri mengumpatnya?
Jelasnya buanglah sifat bodoh sombong kamu itu..
Istighfarlah banyak-banyak.

Anonymous said...

Nuwar kata kerajaan ph lebih baik dari kerajaan pn. Tang mana baiknya?? Rebut kuasa, utama urusan peribadi banding urusan negara. Saling tikam menikam. Timbalan presiden pun nuwar tak mampu nak kawal. Gagal selia parti dengan baik, nak selia negara. Nak jaga islam?? Apa ingat main pondok2 ker. Kalau bab cakap, hebat bunyi nyer. Tapi sentiasa gagal dan tak boleh dijadikan contoh.

Anonymous said...

Aku setuju..ini normal baru yang pelik. Mufti patut bagi pandangan tentang cari duit cara baru ni. Nampak pelik. Macam2 cara orang nak tipu amik duit orang skrg ni..lebai tak lebai sama je

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails