Selepas melarikan diri dan enggan berhenti sejauh kira-kira 15 kilometer sekitar bandar raya ini, seorang remaja, akhirnya dikepung dan ditahan polis. - Ihsan PDRM
JOHOR BAHRU: Selepas melarikan diri dan enggan berhenti sejauh kira-kira 15 kilometer sekitar bandar raya ini, seorang remaja akhirnya ditahan selepas dikepung polis.
Remaja berusia 17 tahun sebelum itu enggan berhenti selepas diarahkan oleh anggota polis yang membuat rondaan untuk pemeriksaan.
Sebaliknya, suspek yang memandu bersendirian kereta Perodua Myvi berwarna kuning bertindak memecut kereta dipandunya bermula di Jalan Tebrau hingga ke Taman Mutiara Emas Utama, dekat sini.
Sebaliknya, suspek yang memandu bersendirian kereta Perodua Myvi berwarna kuning bertindak memecut kereta dipandunya bermula di Jalan Tebrau hingga ke Taman Mutiara Emas Utama, dekat sini.
Beberapa kenderaan awam turut dilanggar suspek yang memandu dengan cara merbahaya.
Berikutan itu, tujuh kereta kereta peronda polis (MPV) mengejar dan mengepung kereta remaja berkenaan, sebelum berjaya ditahan berdekatan sebuah restoran makanan segera di Jalan Tebrau, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Selepas melarikan diri dan enggan berhenti sejauh kira-kira 15 kilometer sekitar bandar raya ini, seorang remaja, akhirnya dikepung dan ditahan polis. - Ihsan PDRM
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui pelbagai jenis dadah dalam beg sandang miliknya.
"Ia termasuk 10 biji pil Erimin 5, satu paket plastik lutsinar berisi 9 pil warna hijau disyaki dadah ecstacy seberat seberat 4.84 gram, satu paket plastik lutsinar berisi 11 pil warna ungu juga disyaki dadah jenis ecstacy seberat 4.61 gram.
"Selain itu turut dirampas satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis ketamine seberat 9.84 gram serta satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 2.60 gram," katanya.
Ayob Khan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 39A (1), Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan penjara hingga lima tahun dan disebat hingga sembilan sebatan. (BH)
Ini kira salah DAP ke mcm mana tuan.
ReplyDelete