Monday, May 04, 2020

Anak, menantu Presiden UMNO didakwa Selasa ini

NURUL Hidayah Ahmad Zahid. FOTO arkib NSTP
ANAK Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff yang disiasat kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dituduh di mahkamah, Selasa ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, perkara itu sudah diputuskan Jabatan Peguam Negara.
"Kedua-dua mereka akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur Selasa ini," katanya pada sidang media di Bukit Aman, di Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu, Huzir dalam kenyataan memaklumkan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) JSJ Bukit Aman dan mereka sudah diambil keterangan pada 24 April lalu.
Katanya, siasatan mendapati Nurul Hidayah memuat naik gambar di Instagram dengan beberapa kapsyen mengenai pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad.
Susulan itu, beliau memaklumkan kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan pihaknya sudah mendapat arahan untuk menuduh kedua-duanya mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.3) 2020.

No comments:

Post a Comment