UMMAH mohon polis siasat dua pemimpin PH
KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu melibatkan dua pemimpin PH di laman Facebook masing-masing.
Menurut Pengerusi UMMAH Perak, Khalil Idham Lim, dua individu tersebut iaitu Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar mendakwa premis judi dibenarkan beroperasi bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) 4 Mei lalu.
“Tindakan mereka berdua adalah salah dan mohon pihak Polis menyiasat mereka di di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Jika didapati bersalah, mereka boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya,” ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Menurut beliau, penyebaran berita palsu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun PKPB semakin berleluasa dan mula menjadi satu budaya yang sangat bahaya.
Justeru itu, ia mestilah di hentikan segera sebelum ia menjadi barah dalam masyarakat, ujarnya.
Lebih parah, penyebaran berita palsu kali ini melibatkan dua orang ternama dan berpengaruh dalam negara, jelasnya selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Ipoh, pagi tadi.
Laporan tersebut dibuat atas nama beliau sendiri, Khalil Idham Lim dan juga Ahli Jawatankuasa Jalinan Bersatu Sahabat Perak (Jabat), Hazli Haidi Abd Halim.
Seseorang yang disabitkan melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Seseorang yang disabitkan melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. – HARAKAHDAILY 6/5/2020
No comments:
Post a Comment