RIYADH: Biarpun berdepan dengan perintah kawalan pergerakan akibat Covid-19, penduduk di negara timur tengah tetap membuat persediaan bagi menyambut Aidilfitri.
Kebanyakan negara di rantau berkenaan kini mengambil langkah pencegahan dengan menguatkuasakan sekatan dan perintah berkurung ketika cuti hari raya tahun ini.
Ketika Aidilfitri di Makkah Dan Saudi
Di Arab Saudi, pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung 24 jam ketika cuti perayaan Aidilfitri di negara itu.
Ia akan berkuat kuasa selama lima hari, antara 30 Ramadan sehingga 4 Syawal (23 Mei hingga 27 Mei).
Kementerian Dalam Negeri berkata, arahan itu seperti disarankan pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
Bagaimanapun, sebelum tarikh itu, semua aktiviti ekonomi berjalan seperti biasa dan orang ramai dibenarkan bergerak bebas antara jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Kecuali di Makkah yang masih berada di bawah perintah berkurung sepenuhnya.
Di Hayat Mall di sini, wanita dilihat membeli-belah sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.
Bagaimanapun, pengawal keselamatan akan mengambil bacaan suhu sebelum membenarkan pengunjung memasuki pusat beli-belah.
Sementara itu, Oman melarang sebarang perhimpunan sewaktu Aidilfitri dan akan mengenakan hukuman berat termasuk penjara kepada mereka yang ingkar.
Di Jordan, larangan memandu kenderaan dikuatkuasakan pada hari raya pertama dan ia hanya dibenarkan, keesokan harinya.
Di Kuwait pula, pihak berkuasa mengumumkan perintah lockdown selama 20 hari bermula 10 Mei yang meliputi Aidilfitri.
Turki pula menguatkuasakan arahan sama kepada penduduknya selama empat hari ketika cuti perayaan Aidilfitri, antara 24 hingga 26 Mei.
Dalam pada itu, Mesir mengumumkan perintah berkurung mulai 19 Mei dan menggantung operasi pengangkutan awam selama enam hari mulai 24 Mei.
Setakat semalam, lebih 5.2 juta penduduk dunia sudah dijangkiti Covid-19 dengan lebih 334,000 kes kematian.
(Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 7:10 AM-Agensi)
5 comments:
Apa yang sangat mengecewakan ialah usaha untuk menjatuhkan kerajaan ini datang dari Tun Dr Mahathir Mohamad. Tokoh negarawan yang telah dua kali menjadi Perdana Menteri, dan berpuluh tahun bercakap soal pentingnya kerajaan yang stabil untuk mengukuhkan ekonomi negara.
Cukuplah Tun! Carilah ketenangan diri dan berilah ketenangan kepada rakyat. Kami semua sudah penat dengan politik yang mesti mengikut kehendak hawa nafsu Tun semata.
Apabila nafsu serakah yang rakus menguasai minda seorang pemimpin liberal, dia sanggup menjadi boneka parti kafir harbi DA-Pigs mengkhianati Islam dan umat Islam.
Kita mohon kerajaan PN menyiasat dan mendakwa semua pemimpin Pakatan Hancing , RBA dan kroni mereka yang terlibat dalam salah-laku, pecah amanah, fitnah, hasutan perkauman, hasutan menghina Islam dan umat Islam, kes banglo terlajak diskaun, skandal terowong, kes LTTE, kes Adib dll di mahkamah kerana mereka sangat berbahaya kepada keselamatan rakyat dan negara.
Jatuhkan orang boleh dan okey...orang nak jatuhkan kita balik tak boleh...
Buat undang2 sendiri....dasar penipu..
Ratib RBA hari2... Kikikikikik..
Macai Mohon dgn kerajaan PN hari2 kat blog tak guna....muyidin buat2 pekak jer..
Kecian macai..
Kaah kaaaah Kaaaaaaaaaah..
Post a Comment