Pendekatan yang diambil Mohamed Aiman Bujang pastinya akan meninggalkan kesan mendalam kepada anak-anak muridnya, lebih-lebih lagi setelah mereka menamatkan zaman persekolahan pada satu hari kelak. -Gambar Astro AWANI
Guru kongsi rezeki jual biskut bersama anak didik luar bandar di Betong
BETONG: Bukan sekadar mencurahkan ilmu kepada anak muridnya, seorang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman, Kabong tekad menjual biskut raya untuk menjana pendapatan sampingan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).Menariknya, Mohamed Aiman Bujang yang baharu berkhidmat sejak enam bulan lalu di sekolah itu tidak lupa akan anak didiknya yang berada di kawasan luar bandar tersebut.
Dia berkongsi hasil pendapatan yang dijana bersama mereka.
Jelasnya, pendekatan murni itu bukan sahaja dilakukan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, ia juga sebagai tanda ‘bertanyakan khabar’ sepanjang ketiadaan mereka di sekolah.
“Tetapi ia bukan dari segi kewangan, saya akan memasak dan bawa mereka untuk jamuan,” jelasnya.
Biskut tart nenas yang dijual Mohamed Aiman Bujang kepada pelanggannya. -Gambar Astro AWANI
Biskut yang dihasilkan Mohamed Aiman menggunakan resepi turun temurun keluarga. -Gambar Astro AWANI
Mohamed Aiman berharap, dengan perkongsian kecil itu, ia dapat memberi sinar keceriaan buat mereka dalam menyambut Aidilfitri.
Tambahnya lagi, kemahiran membuat biskut diwarisi daripada ibunya dan menggunakan resepi turun temurun keluarga.
Setakat ini, sambutan bagi biskut yang dijual sepanjang bulan Ramadan amat mengalakkan.
“Syukur, pelanggan saya datang dari pelbagai latar belakang dan tempat. Ada dari Putrajaya, Seremban, Kuching, dan amarahan,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Bagi Mohamed Aiman, apa yang dilakukannya itu wajar menjadi contoh terutamanya kepada anak muda untuk mengambil apa sahaja peluang perniagaan bagi memanfaatkan masa terluang semasa PKPB.
Meskipun sibuk dengan perniagaan, namun dia tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik.
Etika yang tinggi dalam menyalurkan ilmu kepada anak murid tetap dipraktikkan bagi memastikan anak muridnya tidak ketinggalan dalam pelajaran. (AA)
No comments:
Post a Comment