Tuesday, May 26, 2020

Burukkan Muhyiddin/PN &Usul Undi X Percaya PH..


Sarawak Report Dapat Kontrak PH untuk burukkan Muhyiddin dan Kerajaan PN (bersama video)

Mengikut maklumat terkini Sarawak Report telah menerima kontrak untuk memulakan serangan keatas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional tidak lama lagi. Ini sebahagian dari rancangan usul undi tidak percaya yang akan dibentang di parlimen pada bulan Julai tidak lama lagi.

Mengikut maklumat yang diperolehi, ada beberapa wakil DAP yang mewakili PH telah berjumpa dengan Clare Rewcastle Brown  atas urusan ini.

Ini sejajar dengan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin dalam lamannya dan juga di Youtube, beberapa hari lalu.

Mengikut maklumat, mereka menggunakan Sarawak Report walaupun kosnya tinggi melibatkan jutaan ringgit kerana beberapa serangan Sarawak Report terutama kepada PAS telah berjaya dan menghasilkan kesan yang baik.
Misalnya serang kepada PAS pasal terima duit RM90 juta tidak dapat dijawab malah PAS sendiri gagal untuk menyaman Sarawakj Report kerana kedudukan Sarawak Report di luar negara dan kos saman akan menjadi lebih tinggi jika pembicaraan berlanjutan dan ini akan memberikan kemenangan moral kepada PH.

Atas strategi ini sekali lagi PH terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mengupah Sarawak Report menyerang Muhyiddin dan Kerajaan PN sebelum persidangan parlimen sebenarnya nanti.

1 comment:

Anonymous said...

Pakatan kafir harbi-munafik liberal adalah pakatan syaitan-iblis yang berusaha untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Melayu Islam kerana musuh Islam lebih suka puak kafir Harbi memerintah negara kita kerana puak kafir Harbi telah membuktikan permusuhan mereka terhadap Islam dan umat Islam dalam tempoh 22 bulan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails