Monday, May 18, 2020

COVID-19&Ramadan, Pun Berjudi Di Ladang Sawit. Ini 7 Ditahan..



KUANTAN, 17 Mei  -- Polis menahan tujuh lelaki dipercayai berjudi dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Jengka 7, Maran dekat sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata suspek yang berumur 50 hingga 72 tahun itu merupakan warga tempatan dengan majoriti daripadanya peneroka di tanah rancangan itu. 

"Serbuan dilakukan pada 1.00 tengah hari semalam atas aduan orang awam dan semasa itu, semua suspek dilihat berkumpul di sebuah meja dan leka berjudi menggunakan daun terup. 

"Suspek dipercayai melakukan kegiatan itu berdasarkan penemuan 56 keping kad daun terup dan wang tunai berjumlah RM1,501 di lokasi kejadian," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Norzamri berkata polis juga merampas tiga meja dan 13 kerusi plastik dipercayai dibawa ke lokasi itu bagi kegiatan tersebut. 

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kesemua suspek juga disiasat kerana melanggar Peraturan 6 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) kerana berhimpun untuk bermain judi di tempat awam. 
- BERNAMA


Komen Weblog Ibnu HasyimStatistik Kegiatan Perjudian di Malaysia.. Sehingga Julai 2017, di Wilayah Persekutuan sahaja, sekurang-kurangnya 3,000 premis perjudian online (dalam talian) yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur. 

Jumlah ini dilaporkan meningkat berbanding tahun 2016 yang mencatatkan sebanyak 615 premis perjudian yang beroperasi di sebalik rumah kedai, pusat internet serta pusat hiburan keluarga.

5 comments:

Anonymous said...

G/eng pon dulu sokong PAS, kenapa sekarang lawan?

Unknown said...

Baik bg blukng 4.17pm tu bg komen sorang

Anonymous said...

D4P menentang perjuangan Islam kerana D4P adalah parti kafir Harbi yang memusuhi Islam.

RBA masih memuja dan menjilat D4P kerana RBA adalah barua kafir Harbi. Maka kita tidak terkejut melihat RBA menghina dan menfitnah Islam, ulama Islam, parti Islam dan umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya.

Anonymous said...

Mca menentang hudud dan islam jadi pojaan pas dan khadam baghal..

Anonymous said...

Orang melayu dan lain2 berjudi kerana pas sudah liberal...pas dah buang perjuangan anti judi arak dan zina...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails