Haiwan terpaksa 'puasa'
Jakarta:Ketiadaan pengunjung sejak beberapa bulan lalu menyebabkan haiwan di zoo di Indonesia terpaksa 'berpuasa' ekoran kekurangan bekalan makanan.
BBC Indonesia melaporkan hampir semua zoo tidak menerima pengunjung sejak akhir Mac lalu selepas penularan Covid-19.
Ia menyebabkan pengurusan berdepan kekangan dana kerana sebahagian pendapatan disumbangkan menerusi kutipan tiket pengunjung.
Bagi mengatasi masalah itu, beberapa zoo sudah mengambil langkah mengurangkan kuantiti makanan harian haiwan selain mencari bekalan bahan makanan lebih murah.
Persatuan zoo menjangkakan jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil haiwan herbivor akan menjadi 'korban' haiwan pemangsa.
Persatuan zoo menjangkakan jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil haiwan herbivor akan menjadi 'korban' haiwan pemangsa.
Susulan itu, kementerian berkaitan memaklumkan akan memberikan bantuan makanan kepada zoo yang terjejas.
Dalam pada itu, seorang individu tampil menyalurkan pisang, ubi, tebu, ayam dan sayur untuk haiwan di sebuah zoo di Medan.
Individu berkenaan, Hesti berkata, sumbangan diberikan adalah hasil tanaman di kebunnya dan ia bagi mengelak zoo itu ditutup.
"Semua bekalan makanan yang didermakan itu datang dari kebun sendiri, semoga dapat membantu," katanya.
Pengurus Zoo Medan, Putrama Alkhairi pula berkata, pihaknya menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan kepada 270 spesies haiwan.
"Dalam sehari kami perlu keluarkan 3 juta rupiah (kira-kira RM1,500) untuk membeli makanan haiwan dan sebelum ini perbelanjaan itu ditampung jualan tiket," katanya. (Agensi)
Ini Harimau Malaya positif Coid-19 di Zoo Bronx, New York.. Masih reliks takde apa-pa..
Ini Harimau Malaya positif Coid-19 di Zoo Bronx, New York.. Masih reliks takde apa-pa..
No comments:
Post a Comment