Tarbiyah siyasiyah dalam bulan Ramadan
BULAN yang dinantikan oleh seluruh umat Islam kembali tiba. Penghulu segala bulan dan sebaik-baik bulan di sisi Allah S.W.T yang dikurniakan ke atas umat manusia di muka bumi ini.
Tetamu yang dinanti-nantikan ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh seluruh umat Islam, menunjukkan iman yang ada dalam hati mereka tidak boleh dipadamkan oleh musuh-musuh Islam.
Anak muda dan Ramadan
Anak-anak muda di seluruh pelosok dunia Islam bergembira dengan ketibaannya walaupun dalam pelbagai ‘style’ pada diri mereka seperti yang seringkali diboleh dilihat sama ada cara pemakaian dan penampilan diri.
Tetamu yang dinanti-nantikan ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh seluruh umat Islam, menunjukkan iman yang ada dalam hati mereka tidak boleh dipadamkan oleh musuh-musuh Islam.
Anak muda dan Ramadan
Anak-anak muda di seluruh pelosok dunia Islam bergembira dengan ketibaannya walaupun dalam pelbagai ‘style’ pada diri mereka seperti yang seringkali diboleh dilihat sama ada cara pemakaian dan penampilan diri.
Sebagai contoh pada bulan Ramadan, masjid-masjid di Turki dipenuhi oleh anak-anak muda. Mereka ini ada yang memakai gelang, rantai dan ‘tatoo’ di badan, walaupun dengan kejahilan tetapi mereka tetap sayangkan Islam.
Jangan hukum mereka mengikut zahir, santunilah mereka dengan penuh hikmah dan lembut budi bicara. Kecintaan pada bulan Ramadan pastinya diletakkan oleh Allah ke dalam hati setiap Muslim. Inilah mukjizat Ramadan!
Ramadan bulan tarbiyah
Bulan Ramadan sinonim dengan ungkapan sebagai bulan tarbiyah. Ia adalah bulan ‘tarbiyah jasadiyyah’ dengan ibadah puasa yang diwajibkan untuk mendidik jasad kita supaya menghargai nikmat makan dan minum yang dikurniakan Allah S.W.T.
Ramadan adalah bulan ‘tarbiyah ruhiyyah’ dengan segala macam hidangan ibadah-ibadah yang menyucikan rohani daripada sifat-sifat yang keji seperti sombong, angkuh, marah, membazir dan lain-lain lagi.
Ramadan adalah bulan ‘tarbiyah jihadiyyah’ kerana seseorang itu berjaya melawan nafsunya untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T dan juga bulan kemenangan kepada umat Islam dalam menghadapi musuh-musuhnya seperti kemenangan dalam Perang Badar, Pembukaan Makkah dan lain-lain lagi.
Ramadan juga ialah bulan ‘tarbiyah siyasiyyah’ (tarbiyah politik) kerana Rasulullah S.A.W telah mengendali urusan-urusan penting dalam politik Islam pada bulan ini, antaranya ialah:
Tarbiyah siyasiyyah dalam Perang Badar
Perang Badar perlu dilihat dari sudut politik Islam yang lebih luas sama ada sebelum dan selepasnya, bukan sahaja dari sudut peperangan bersenjata semata-mata.
Perang pertama dalam sejarah Islam ini berlaku selepas negara Islam dibentuk di Madinah yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah S.A.W.
Fatrah (zaman) Madaniyyah ini dilengkapkan dengan penurunan ayat-ayat yang berkait seperti hubungan manusia dengan manusia, khususnya ayat-ayat yang berkait dengan politik pemerintahan, hak-hak orang bukan-Islam dalam negara Islam, hukum-hakam jenayah dan termasuk juga hubungan negara Islam dengan negara bukan-Islam sama ada ketika perang mahupun damai.
Dalam tempoh ini, Allah S.W.T menurunkan ayat-ayat yang mengizinkan kepada Nabi S.A.W untuk berperang, seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Perangilah orang-orang Musyrikin keseluruhannya.”
(al-Taubah: 36)
(al-Taubah: 36)
Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi di dalam bukunya; Fiqh al-Jihad dan juga Dr. Haykal di dalam tesis PhDnya, Al-Jihad wa al-Qitaal fi al-Siyasah al-Syari’yyah (Jihad dan Perang Dalam Politik Islam) antara lain menyebut bahawa, dari segi politik Islam, pengisytiharan perang ke atas negara bukan-Islam hanya boleh dilakukan oleh negara Islam.
Adapun individu Muslim atau organisasi tidak boleh mengisytiharkan perang ke atas negara bukan-Islam kerana ia salah dari sudut fiqh al-Jihad.
Kecuali jika sekiranya negara bukan-Islam menyerang dan menakluk negara Islam, maka setiap orang Islam wajib bangkit untuk mempertahankan diri sebagaimana yang berlaku di Palestin.
Inilah apa yang berlaku dalam Sirah Nabawiyyah, di mana Rasulullah S.A.W tidak mengisytihar perang ke atas Musyrikin Makkah semasa Baginda berada di Makkah. Akan tetapi ianya berlaku selepas negara Islam dibentuk di Madinah.
Ini adalah satu bentuk tarbiyah siyasiyyah yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W kepada umatnya yang pilih oleh Allah S.W.T berlaku pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Antara tarbiyah siyasiyyah yang berlaku pada peperangan ini juga ialah konsep musyawarah yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W ketika Baginda mahu memutuskan tempat berkubu bagi tentera Islam.
Rasulullah S.A.W menerima pandangan salah seorang Sahabatnya kerana melihat ia adalah strategi yang terbaik. Peristiwa ini menunjukkan bahawa Islam mendahului demokrasi Barat yang memberikan hak kepada rakyat untuk menegur dan memberi pandangan kepada ketua negara.
Tarbiyah siyasiyyah dalam Pembukaan Makkah
Peristiwa Pembukaan Makkah yang berlaku pada bulan Ramadan, tahun ke-8 Hijrah juga adalah satu contoh tarbiyah siyasiyyah yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
Jika sekiranya Perang Badar dilihat sebagai politik perang antara negara Islam dan bukan-Islam, peristiwa Pembukaan Makkah adalah contoh terbaik politik damai mahupun politik matang dan sejahtera yang ditunjukkan oleh Baginda.
Ketika itu dan sebelumnya, tamadun-tamadun manusia lain menunjukkan politik dendam ke atas musuhnya setelah satu-satu tempat itu ditakluk, hingga berlakunya pertumpahan darah, perampasan hak dan seumpamanya sebagaimana ditunjukkan oleh tamadun Rom dan Parsi.
Ini termasuk juga kuasa-kuasa selepas daripada zaman Islam seperti penaklukan tentera Salib ke atas Baitulmaqdis yang membunuh dan menyembelih penganut-penganut Islam dan Yahudi sebagaimana disaksikan sendiri oleh ahli-ahli sejarah Barat.
Begitu juga apa yang dilakukan oleh Kerajaan-kerajaan Kristian ketika merampas Sepanyol dari tangan umat Islam, bukan sahaja mereka dibunuh bahkan kubur-kubur mereka dicungkil untuk memadamkan tanda-tanda kewujudan Islam.
Dalam peristiwa Pembukaan Makkah, Rasulullah S.A.W telah menunjukkan budaya politik matang dan berakhlak terhadap negara Makkah yang dibuka oleh Baginda. Tidak berlaku pertumpahan darah dan perampasan hak, walaupun permusuhan begitu ketara di antara mereka.
Bahkan Rasulullah S.A.W mengisytiharkan Deklarasi Makkah dengan memberikan pengampunan kepada sebahagian besar penduduk Makkah yang pernah menzaliminya dan orang-orang beriman yang bersama dengan Baginda.
Ini adalah kebijaksanaan berpolitik yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W bagi memastikan kestabilan politik berlaku di dalamnya dan pandangan jauh Rasulullah S.A.W dari sudut politik dakwah untuk menarik orang-orang Makkah kepada Islam.
Ramadan dan tarbiyah siyasiyyah
Ramadan adalah bulan yang mendidik umat Islam untuk berpolitik dengan politik Islam. Politik di dalam Islam adalah sebahagian daripada ajaran yang tidak boleh dipisahkan kerana ianya adalah asas dan rukun yang penting di dalam Islam.
Al-Imam al-Qurtubi menegaskan di dalam tafsirnya ketika menafsirkan firman Allah S.W.T:
“Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada malaikat, “Sesungguhnya aku ingin jadikan di atas dunia ini seorang khalifah.” Malaikat berkata, “Adakah kamu mahu jadikan di atasnya mereka yang melakukan kerosakan dan pertumpahan darah?” Allah berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui”.”
(al-Baqarah: 30)
(al-Baqarah: 30)
Ayat ini menjadi hujah bahawa politik dan urusan pemerintahan adalah merupakan salah satu rukun-rukun Islam yang penting. (lihat Tafsir Al-Qurthubi)
Dalam al-Quran juga menerangkan peranan yang dimainkan oleh Anbiya’ sebagai ahli politik yang mentadbir urusan dunia dengan petunjuk wahyu daripada Allah S.W.T atau menegur dan menasihati pemerintah yang zalim supaya mengikut petunjuk Allah S.W.T.
Nabi Daud dan Nabi Sulaiman diceritakan di dalam al-Quran sebagai raja yang adil dan bijaksana yang mentadbir Kerajaan dengan panduan wahyu dari Allah S.W.T. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman, dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: “Segala puji bagi Allah yang dengan limpah kurnianya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambanya yang beriman.” Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan Kerajaan) Nabi Daud, dan setelah itu Nabi Sulaiman berkata: “Wahai sekalian rakyat! Kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan). Sesungguhnya yang demikian itu adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata”.”
(al-Naml: 15-16)
(al-Naml: 15-16)
Begitu juga Nabi Yusuf, firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan demikianlah caranya kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi (Mesir), ia bebas tinggal di bumi itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.”
(Yusuf: 56)
(Yusuf: 56)
Nabi Musa diceritakan dalam al-Quran seperti seorang ahli politik pembangkang yang menegur dan menasihati Firaun supaya telus dan adil di dalam pemerintahannya. Firman Allah S.W.T:
“Pergilah kamu berdua kepadanya (Firaun) dan katakanlah sesungguhnya kami adalah Rasul Tuhan kamu, maka lepaskanlah Bani Israel supaya mereka bersama kami dan kamu seksakan mereka. Sesungguhnya kami telah datang dengan ayat (keterangan) Tuhan kamu dan salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk.”
(Taha: 47)
(Taha: 47)
Petunjuk Nabawiyyah di atas jelas menunjukkan keprihatinan Rasulullah S.A.W untuk mendidik umat Baginda mengenai politik Islam di sepanjang masa termasuklah di bulan Ramadan.
Ia mengajar kita bahawa Islam adalah ugama yang mengikat seseorang dengan tuhannya, bukan sahaja pada ibadah-ibadah Khususiyyah seperti ibadah puasa pada bulan Ramadan, bahkan juga dalam urusan-urusan kehidupan manusia yang lain khususnya politik.
Di samping itu juga, kita harus mengambil iktibar dari sudut politik dari peristiwa Pembukaan Makkah dengan keadaan semasa negara di mana PAS telah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.
Jika Rasulullah S.A.W mampu memberikan contoh terbaik politik matang dan sejahtera yang diaplikasikan ketika peristiwa Pembukaan Makkah, maka kita sebagai umat terkemudian harus mengikuti langkah Baginda untuk memberikan contoh terbaik kepada rakyat jelata betapa indahnya politik Islam.
InsyaAllah jika kita mampu memberikan gambaran terbaik dan jelas kepada rakyat jelata mengenai kebaikan dan kemurnian politik Islam, akan hilanglah tanggapan buruk dan jelek yang dipotretkan selama ini ke atas politik dan Kerajaan Islam.
Sesungguhnya Ramadan ini adalah peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di samping untuk menilai kembali perjalanan kita dalam usaha membawa politik Islam ke jalan yang lebih baik.
Kita adalah penerus perjuangan Rasulullah S.A.W, oleh itu tunjukkanlah contoh terbaik untuk sekalian rakyat jelata. Buktikan Islam mampu mentadbir dengan baik dan saksama. Jika kita gagal, maka buruklah Islam dan politiknya di mata masyarakat.
Ambillah pengajaran dan jadikan segala tarbiyah yang dicoretkan di atas sebagai sandaran perjuangan politik Islam. Jadikan politik matang dan sejahtera sebagai asas berpolitik terbaik untuk menjadi pentadbir di setiap peringkat.
Jadikan Ramadan kali ini bulan terbaik untuk mentarbiyah diri, keluarga, masyarakat dan negara. Luaskan skop tarbiyah Ramadan kita, jangan kita putuskan hubungan dengan urusan politik setelah masuknya bulan Ramadan dengan alasan ia adalah bulan tarbiyah rohani untuk menyucikan diri semata-mata.
Sesungguhnya Islam adalah cahaya kepada umat manusia dan menjadi asas, pedoman serta meliputi seluruh kehidupan manusia baik ketika hidup di muka bumi ini mahupun setelah diambil nyawanya.
Semoga Ramadan kali ini bermanfaat untuk kita semua.
“Islam Memimpin Perpaduan”
YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 9/5/2020
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 9/5/2020
Perhatian: Tajuk tulisan asal ini sebenarnya ialah 'Tarbiyah siyasiyah dalam bulan Ramadan' oleh penulisnya.
7 comments:
Perodi ucapan Tun semasa memperingati kemenangan PH
Demi Boboi andai masa mencemburui kita dan masa tiada lagi bersama ako...
Kedudukan boboi sebagai Menteri Besar Kedah dalam keadaan terancam, dalam kes ini, bukanlah PAS yang menjadi parti pembangkang terbesar di kedah mengancam kedudukan boboi, tapi yang mengancam tu adalah kawan-kawan boboi sendiri dalam PH.
Kedudkan boboi di kedah seperti teloq dihujung tanduk, bila-bila masa boleh jatuh pecah, jadi untuk menyelamatkan boboi dan memastikan kedudukan boboi tidak terancam, maka apak mu akan buat perangai lagi.
Itu je yang sebenarnya, kenapa apak mu meroyan lain macam kali ni, pasal nak pastikan boboi ada jawatan tinggi baik dalam negeri atau negara.
Perjuang Apak hanya untuk boboi je, tak ada sebab lain, kalau apak mu kata dia berjuang kerana rakyat, itu bullshit, masa apakmu jadi pm ari tu, apak suruh rakyat di suruh ikat perut, sedangkan kroni apak dan anakcucu apak anugerah kan projek berbillion-billion, kalau apak kata apak nak berjuang nak lawan rasuah, sebenarnya apaklah segala kepala rasuah yang ada kat negara ni, habis semua kes-kes rasuah pemimpin PH apak arahkan AG Tomi Tomas untuk buang kes, kemudian apakmu akan buat-buat terkejut.
Apa apa yang berlaku jawab 'tatau'
sekian
Boboiku
dari ApakMu
Parodi By Najib Razak
Pegawai Kit Siang tak cerita betul betul ni.
Macam ini cerita sebenarnya....
PH sewa rumah untuk 5 tahun.
Tinggal satu keluarga besar BERSATU duduk bilik store, PKR bilik study room (sbb dolu waktu malam sllu buat kerja dengan Sukma dlm bilik study), PAN bilik utility dan DAP master bed room, tinggal mereka dan PH kotorkan rumah.
Sofa ditanggal, lantai tak cuci. Kipas siling tercabut sampai robek bumbung, pingan mangkok berterabur, berak merata , kencing tembak dinding saja
Siling pun bocor...
Seluruh rumah bau hancing kencing merata, ada tak cebok main sental ajer. Tisu sental merata rata...
Bila tak cuci, berpusu-pusulah cencorot, tikus, musang, biawak malah cipan pun datang bawak kuman dan virus Covit19 import dari tetamu dari negara China berbondong bondong singgah
Barang-barang yang ada dalam rumah pun dijual macam harta sendiri.
Bukan tu jek, bil air bil api semua tak berbayar.
Tambah hutang.
Siang malam bergaduh buli sana buli sini buat kecoh dalam rumah. Mulanya jiran buat tatau atau tak ingat apa apa yg berlaku.
Jiran-jiran akhirnya pun fed up bunyi bingit, maki hamun setiap hari tanya bila mereka walaun unta ni semua nak pindah keluar laahh
Selepas 22 bulan, ketua keluarga duduk dlm bilik store kata kepada tuan rumah dia dah tak tahan hari2 kena buli dan sabotaj serik dah nak duduk situ dah.
Dia pun angkat kaki blah bawak anak dan gang blah dari bilik store depa
Ketua keluarga keluar, ahli keluarga lain terpinga-pinga dan tuan rumah pun tendanglah mereka keluar.
Tuan rumah keturunan raja berdaulat pun datang inspection rumah sangat kecewa rumah sewa macam rumah sampah lalu batalkan perjanjian sewa.
Lalu buat interview cari penyewa baru. Kali ini sesapa yang nak sewa kena undi dolu sebab ramai nak sewa rumah tu..
Setelah seminggu puas mencari, penyewa baru pindah masuk rumah dan mula basuh dan baiki rumah yang tunggang langgang dek penyewa lama siap dua kali dijalankan proses penyahkuman Covit19.
Bila dah kena tendang keluar, barulah PH nak kata menyesal, berkokok siang dan malam.
Tiap-tiap hari duduk luar pagar rumah, tekan loceng beratus kalu, ketuk pintu dan merayu masuk balik ke rumah. Tak ke cipan nama nya tu..!!
Boboi boleh ker berdikari dalam politik. Selama ini kareer politik boboi bergantung pada ayahanda dan bonda. Business pun ayahanda bonda bantu.
Dari kajian yang dijalankan , didapati kerajaan PN adalah kerajaan yang popular dan disokong dan disukai oleh rakyat kerana kerajaan PN menjaga kebajikan rakyat.
Hanya puak munafik liberal dan puak kafir Harbi merasa sakit hati dan benci melihat kerajaan PN melakukan kebaikan untuk rakyat kerana puak poyo tahap gaban ini suka kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, pembohongan, fitnah seperti rasuah RM90 juta dan u-turn.
Semasa puak poyo tahap gaban berkuasa, puak ini tidak mahu menjaga kebajikan rakyat dengan alasan poyo konon KERAjaan tak ada wang.
Puak ini juga menghina Islam dan menafikan hak umat Islam. Pemimpin kafir harbi yang menyamar sebagai khalifah Abdul Aziz sengaja membatalkan pembinaan masjid yang telah diluluskan dan dia lebih suka memberi bantuan kepada kaum roketnya.
Puak poyo ini lebih suka menambah hutang kerajaan dan melingkupkan ekonomi negara dengan menjual aset umat Islam dan aset negara. Maka tiada perbezaan antara penyamun dan puak ini.
Inilah akibatnya apabila puak poyo gila kuasa tahap gaban mendapat kuasa.
Selepas pn mengambil alih melalui tsmy..insyaallah langkah seterusnya kita dalam muafakat nasional akan meletakkan semula pejuang islam dan rakyat dato seri najib sebagai ketua kita. Insyaallah...
Judi arak zina dan lgbt dah bisu..
Didik nak dapat habuan..
Penyamun daa...perjuangan islam tai koo cing kalo judi arak zina masih bebas...dah pekak dan bisu..
Post a Comment