PASUKAN Polis Marin (PPM) menerima maklumat ada dua bot dinaiki etnik Rohingya kini berada di kawasan perairan negara jiran dan menunggu masa untuk menceroboh masuk ke Malaysia.
Komander PPM Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Yusof Mamat berkata, selepas insiden cubaan 200 pendatang asing tanpa izin (Pati) etnik Rohingya menyeludup masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi berjaya dipatahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pihaknya menerima maklumat masih terdapat bot lain sedang cuba masuk ke sini.
Menurutnya, buat masa ini, mereka tidak berani masuk ke Malaysia selepas semua agensi membabitkan PPM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengetatkan kawalan di perairan negara.
"Apa yang kita terima memang ada dua bot lagi berada di perairan negara jiran.
"Namun disebabkan kawalan ketat ini dengan tiga lapisan daripada ATM, APMM dan PPM menyebabkan mereka tidak berani masuk ke negara ini untuk berlabuh," katanya.
Jom Jalan Jalan..
Melihat Melayu Myanmar.
Video:
Jelajah jejak Melayu Myanmar di Kawthaung, selatan Myanmar.
Orang Muslim di selatan Myanmar ada yang bercakap Melayu loghat Kedah dan ada yang bercakap Thai loghat selatan.
Majlis Akad Nikah Orang Melayu Myanmar di Kampung Ulu, Pulau Dua, selatan Myanmar.
Jom Jalan Jalan..
Melihat Melayu Myanmar.
Video:
3 comments:
Kenyataan bersama Anwar & Tun yang dikeluarkan hari ini sempena memperingati ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018, kedua-duanya tegas menyatakan:
“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini tidak sah kerana dibentuk tanpa mendapat mandat daripada rakyat.”.. kikikiki..!! Nitezen dah celik bukan buto..!!
Bagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang kini cerdik berpolitik, apa lagi para netizen yang acap kali bertindak sebagai wartawan alam maya, tentu tersenyum mendengarnya. Kami tak bodoh 22 tahun dolu maklumat dikawal
Siapa yang merampas mandat rakyat sebenarnya? Bila kena pada orang lain, boleh buat tak tahu saja.
Tapi bila kena batang hidung sendiri pandai pula bercakap. Lidah bercabang sungguh
Rakyat tak buta dalam buat penilaian.
Pasti kita semua tidak lupa bila sekutu PH, Parti Warisan Sabah (WARISAN) diketuai Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan pada 11 Mei 2018 yang enam ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) UMNO dan UPKO menyertai WARISAN.
Enam ADUN itu terdiri daripada empat ADUN UMNO dan dua ADUN UPKO. ADUN UMNO terlibat adalah Abdul Muis Pichu (Sebatik); Hamisa Samat (Tanjong Batu); Osman Jamal (Balung); dan Jamawi Jaafar (Kemabong).
Sementara ADUN UPKO terbabit adalah Ewon Benedick (Kedamaian) dan Abidin Madingkir (Paginatan).
Bersatu tolak sertai semula Pakatan Harapan – Dr .Radzi Jidin
Marzuki sangkal Mohd Radzi, Bersatu tak pernah keluar Pakatan Harapan
Dengan itu boleh WARISAN ketawa memanjang membentuk kerajaan negeri pintu belakang bersama sekutunya PKR dan DAP dengan memiliki 35 kerusi berbanding BN cuma 25 kerusi.
Siapa yang menangis waktu itu? UMNO.
Tapi bila timbul isu membabitkan pembentukan PN, boleh pula Dr Mahathir dan Anwar pura-pura lupa insiden di Sabah.
Politikus lusui usang otak berkarat tak diperlukan lagi. Kami mahu politik segar dan matang
Ya, ya, tak mahu dah politik ala-ala nyanyuk gitu,..usul tak percaya PM tu utk apa sebenarnya,..kalau kununnya utk rakyat, tak payahlah,..rakyat dah selesa sangat dgn kerajaan sekarang,..
Kerajaan ini adalah mcm pelacur - mat sabu
Kjaan ni x ikut perlembagaan - nuar brahing
Kjaan ni adalah kjaan pintu blakang - lks
Mahathir kata - aku yg letak jawatan bahlol!
Post a Comment