Sunday, May 17, 2020

Episod Kedah Tular Ke S'ngor? MBnya 'tak halang ADUN' Tinggal PH...


APAKAH episod politik di Kedah akan menular ke Selangor? Khabarnya 10 dari 19 Adun PKR Selangor merupakan pentaksub Azmin Ali. PH sekarang memiliki 43 Adun, manakala PN pula 13. 

Dikatakan pula, kemungkinan kedudukan boleh bertukar PH 33 – PN 23? Tidak dapat ditolak juga Adun DAP dan PAN pun intai peluang?
Lihat berita ini pula...
MB Selangor tak halang ADUN yang ingin tinggalkan PH

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata beliau tidak akan menghalang sesiapa daripada meninggalkan Pakatan Harapan (PH) Selangor jika mereka berhasrat sedemikian.

Tapi dalam masa yang sama. beliau menepis khabar angin bahawa sejumlah Adun PKR di negeri itu kini sedang menunggu waktu yang sesuai untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

"Saya sangat yakin mereka (Adun PH) kekal bersama, tetapi kalau mereka sudah nekad (untuk menyertai PN), saya tak akan halang. Sepertimana pendirian Anwar Ibrahim, ini negara demokrasi.
"Akan tetapi mereka harus memikirkan baik buruk dan kesan langsung (daripada tindakan itu)," katanya lagi.

Menyuarakan keyakinannya terhadap para Adun PH di Selangor, Amirudin berkata beliau yakin khabar angin itu adalah percubaan untuk mengalih perhatian daripada masalah yang dihadapi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Mereka yang buat cerita itu hanya bermimpi di siang hari. Saya yakin dengan sikap para adun kita yang tegas.

"Dalam siaran media yang dibuat bersama pimpinan PH baru-baru ini mereka memaklumkan komitmen kepada dasar dan kerajaan PH di Selangor.

"Saya anggap hal itu hanyalah propaganda murahan semata-mata untuk menggoncang dan mencalarkan kredibiliti kerajaan negeri, malah cuba melarikan (perhatian) daripada kegagalan pihak tertentu melaksanakan tugas semasa menangani wabak Covid-19, atau menutup masalah mereka yang lebih besar kerana tiada kesepakatan dalam kerajaaan PN," katanya.

Beliau diminta mengulas khabar angin yang mendakwa lebih 10 Adun PKR di Selangor sedia meninggalkan PH untuk menyertai PN.

Mereka yang didakwa sedia berbuat demikian dikatakan daripada kem Azmin Ali, bekas timbalan presiden PKR yang menyertai Bersatu pada Februari lalu. – Tun Carlos

4 comments:

Anonymous said...

Eloklah tinggalkan bekas banduan. Memalukan negara jika bekas banduan jenayah memimpin negara.

Anonymous said...

Malaysia hanya akan aman dari politik monyet bila tiada lagi 3 ekor kepala jebon iaitu atuk,bang non dan kit sial

Anonymous said...

Kembalilah kepada parti keramat orang melayu iaitu umno. Takdir telah allah tentukan akhirnya semua parti yg berasal dari umno akan kembali bertaut. Pas, pkr , bersatu aemua sejarahnya mrk berasal dari umno.
Inilah kehebatan parti melayu.umno. bijak merancang!

Anonymous said...

Penyamun mmng panjang akalnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails