Thursday, May 07, 2020

Goyang! 144 Dari 191 Bahagian ARMADA BERSATU Memberontak!


144 daripada 191 ARMADA BERSATU Bahagian, sokong Perikatan Nasional
KUALA LUMPUR: Majoriti Sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak pendirian ARMADA Nasional yang menyokong parti itu kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Pendirian itu disuarakan oleh EXCO ARMADA Nasional BERSATU, Muzzammil Ismail bersama 144 Ketua ARMADA Bahagian yang menyifatkan kenyataan ARMADA Nasional itu tidak menggambarkan suara akar umbi, sekali gus dikhuatiri hanya mengeruhkan krisis dalaman parti yang berterusan.

Muzzamil berkata, perkara mengenai sokongan terhadap kerjasama dengan PH itu tidak pernah dibincangkan bersama 191 Ketua ARMADA Bahagian termasuk Sabah dan rata-ratanya tidak menyokong pendirian rasmi berkenaan.
"Adakah ARMADA Nasional boleh menyenaraikan ARMADA bahagian dan negeri manakah yang menyokong kenyataan bersama ini? ARMADA Nasional harus menghormati struktur berorganisasi.
"Apakah ARMADA ini parti dalam parti? Kerana sesuka hati membuat keputusan dasar untuk parti? Langsung dengan sifat kebudak-budakan pimpinan ARMADA Nasional yang selalu 'temper tentrum'," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Muzzamil berkata, dalam waktu begini tumpuan sepatutnya adalah bagi mengukuhkan kerajaan yang ada bagi memastikan ahli parti dan rakyat terus mendapat manfaat daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan melupakan sebentar mengenai PH.
Dengan pendirian dibuat ARMADA Nasional itu adakah mereka cuba membelakangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berikutan kerajaan PN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperakui oleh baginda.
"Lupakah pimpinan ARMADA Nasional bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sering 'digulikan' parti komponen PH sehingga beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Di mana pimpinan ARMADA Nasional pada waktu itu?
"Sebagai EXCO ARMADA Nasional, saya berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari lalu yang memutuskan BERSATU keluar daripada PH dan keputusan ini kekal hingga terdapat keputusan MPT terbaru," katanya.
Pihaknya meminta supaya pimpinan ARMADA Nasional jangan terlalu biadap untuk menjadi 'jaguh politik dan menjadi lebih sudu dari kuah'.
Muzzamil mendakwa, Ketua ARMADA Nasional, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering mengajar ahli sayap parti itu untuk bersifat biadap dengan melanggar struktur parti dan membelakangkan suara akar umbi dan kenyataan ketua bahagian.
"Apakah ini polemik politik Syed Saddiq dalam usahanya untuk menunjukkan kekuatan sokongan di hadapan Tun Dr Mahathir dalam usaha untuk mengekalkan beliau sebagai Ketua ARMADA Nasional pada pemilihan yang sedang berlangsung.
"Syed Saddiq adalah pemimpin yang bacul kerana sering kali mengheret Tun Dr Mahathir sebagai perisai beliau sehingga kenyataan media pimpinan ARMADA Nasional yang menyokong kerjasama dengan PH pun, tidak berani meletakkan nama beliau, " katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Armada yang belayar di daratan, sudah goyang terhoyong-hayang, mabuk di lamun gelombang.

3 comments:

Anonymous said...

MUNGKINKAH PH ATOK@BERSATU LAWAN UMNO/PAS@MUHYIDDIN BRRSATU DI DUN CHINI..?? MACAM CERITA P RAMLEE KELUARGA 69 PULAK..!!

Bersatu parti mati segan, hidup tak mahu telah menjadi duri dalam daging PN, pergolakan didalam Bersatu amat-amat teruk dan memalukan, bayangkan dalam satu parti boleh ada dua kiblat, satu berkiblatkan Muhyiddin pro PN dan satu lagi berkiblatkan Atok pro PH/DAP. Mungkin dari fitnah dan sumpah laknat bossku akhirnya Parti Bersatu tersungkur hancur berkecai

Katakan lah, Muhyiddin berbesar hati untuk memberikan laluan kepada BN untuk bertanding disitu, adakah barua-barua DAP dalam Bersatu akan bersetuju?

Seratus peratus mereka tidak akan bersetuju kan? jadi apa yang bakal berlaku? pertama, berkemungkinan mereka akan letak juga calon mewakili Bersatu/PH bertanding di situ, watikah calon boleh ditandatangani oleh Pengerusi yakni Atok, kedua, mereka akan planted seorang calon yang bertanding atas tiket bebas dan disokong oleh Bersatu/PH dan yang ketiga, Bersatu mungkin pull out, parti lain akan bertanding, mungkin PKR atau PAN dan fraksi Atok akan memberi sokongan kepada calon PH.

Disinilah kita boleh tengok talibarut-talibarut DAP memainkan peranannya, bayangkan ketika berlangsungnya kempen pilihanraya, pemimpin Bersatu fraksi Atok/DAP berkempen menghentam polisi dan dasar kerajaan PN, walhal dalam kerajaan PN itu juga melibatkan pemimpin Bersatu, tak ke lawak bunyinya tu..

Tukang-tukang fitnah dan pengadu domba seperti Khalid Samad, Mat John Sabu, Anwar Ibrahim, Tokong Lim Kit Siang dan lain-lain sudah tentu akan berkampung disana, tajuk utama fitnah mereka sudah pasti terarah ke kerajaan PN dan pemimpin Bersatu juga akan tumpang tuii menghentam PN yang mana dalam PN tu ada pemimpin dari Bersatu.

DAP, PKR, PAN dan Bersatu fraksi Atok akan bermati-matian menyerang calon BN dikawasan itu. Dun Chini kawasan Parlimen Pekan@Malu aper bossku..!! Bossku akan all out disana nanti.

Ini pertarungan peribadi antara Bossku lawan Atok Kau...!!

Anonymous said...

PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim dipilih majlis presiden Pakatan Harapan sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Pemilihannya oleh gabungan itu, yang kini dianggotai PKR, DAP, dan Amanah, diumumkan Anwar di Facebook hari ini.

“Ya, saya ingat setiausaha majlis presiden Pakatan Harapan telah memaklumkan kepada speaker,” katanya dalam siaran langsung, dan menambah ia juga dimaklumkan kepada semua pembangkang, termasuk pemimpin PPBM yang pro-PH dan Warisan.

***HEBAT SU MAJLIS PRESIDEN PUN BOLEH LUPA NAK HANTAR MAKLUMAT KEPADA SPEAKER. TERPAKSALAH ANWAR SENDIRI MAKLUMKAN. NAMPAK SANGAT KEMARUKNYA. MAJLIS PRESIDEN TIDAK BEGITU BERMINAT UNTUK HANTAR NAMA ANWAR SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG. ANWAR TERPAKSA IKLAN BAGI PIHAK DIRI SENDIRI.***

Anonymous said...

Walaupun dalam notis usulnya bertarikh 1 Mei 2020, Datuk Seri Shafie Apdal, menyebut beliau tidak berniat untuk menentang kuasa melantik Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi kandungan usulnya bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri tatkala Yang Di-Pertuan Agong telah pun melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, adalah satu penderhakaan yang nyata kepada Yang Di-Pertuan Agong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails