"SAYA sebak, tak boleh nak cakap sebab setiap kali raya memang teringat arwah kerana dia suka sangat serunding ikan serta ketupat yang dibuat," kata Asma Aziz, 52.
Asma adalah ibu kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim iaitu anggota bomba yang meninggal dunia dalam kejadian rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya, Selangor, dua tahun lalu.
Menurut Asma, tahun ini, dia menyambut Aidilfitri ala kadar bersama suami, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, dan dua anak perempuan di rumah mereka di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat Alor Setar.
Katanya, untuk anak sulungnya, Mohd Asyraf, 29, yang menetap di Kuala Lumpur, sudah menghantar ketupat sejuk beku, minggu lalu.
"Kami empat beranak cuma sambut biasa sahaja, raya pun tak meriah sangat tahun ini.
"Cuma sebak bila teringat arwah, dia selalu balik kalau ada cuti setiap kali raya," katanya dalam nada sedih.
Semalam, suami isteri itu dikunjungi Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Syufa'at Kamaron pada program ziarah sempena Aidilfitri.
Syufa'at berkata, JBPM Kedah tidak pernah melupakan keluarga arwah Adib.
Beliau berkata, dengan lawatan dan sumbangan yang diberikan, ia diharap dapat mengeratkan lagi hubungan mereka. (MyMetro)
Sila beri komen.
2 comments:
Kita mohon kerajaan PN mengambil tindakan tegas ke atas semua pembunuh yang telah membunuh Adib dan orang-orang yang telah bersubahat dengan pembunuh tersebut.
Hak Adib untuk mendapatkan keadilan telah dinafikan oleh KERA jaan Pakatan Hancing.
Kerajaan pengkhianat mandat rakyat aka pakatan penyamun aka tebuk atap aka kaki ghanimah mesti tak berani punya nk tangkap org² terlibat kes adib. Walaun punyalah percaya mengharap 100% kpd kjaan songlap nih.tak percaya? Tengoklah nanti.
Post a Comment