Sunday, May 10, 2020

Inilah, Golongan Kaduk Naik Junjung. Siapa?


Jangan sampai kaduk kembali naik junjung

DALAM kita menyaksikan perkembangan kejayaan negara berhadapan dengan ancaman COVID-19 hasil dari kesungguhan serta kecekalan pimpinan negara dan para pegawai serta kakitangan Kerajaan tidak lupa mereka yang di barisan hadapan, masih ada segelintir yang tidak ambil peduli malah lebih terpesona dengan perkara lain.

Malaysia dijulang dunia sebagai salah sebuah negara yang berjaya mengurus dan mengawal pandemik ini dengan baik, tetapi bagi segelintir tadi tumpuan mereka adalah pada isu lain. Mungkin mereka tidak berselera untuk melihat kejayaan Perdana Menteri, Kerajaan dan rakyat Malaysia amnya kerana bagi mereka di sana ada agenda yang lebih besar yang mereka kejar.

Inilah golongan kecewa, mereka yang telah hilang kuasa angkara keterlanjuran dan kegopohan mengurus parti sendiri, sehingga hari tidak dapat mendakap realiti dan terus menongkah arus mahu menyeret robohan mahligai yang telah berkecai hasil tangan sendiri, kononnya untuk dibina semula demi menyelamatkan rakyat dan negara.
Langsung golongan ini tidak sedar bahawa hari ini rakyat sesungguhnya telah selesa dan cukup yakin dengan Kerajaan yang ada, mereka tidak mahu tertipu lagi. Rakyat bersyukur kerana kini bumi dipijak benar-benar milik sendiri. Tiada lagi bagi mereka ancaman dari puak Liberal, Chauvinis, ekstremis, rasis terhadap nasib dan masa depan bangsa dan agama.
Ringkasnya semua tenang dan selesa hari ini, tiba-tiba masih ada yang bernafsu, tidak sedar hendak melangkah kaki pendek hendak mencapai tangan tak sampai.
Sedang kita menumpukan perhatian pada kejayaan negara, mereka melukut di tepi gantang, kononnya mahu mengumpulkan kekuatan politik untuk kembali naik berkuasa setelah kuasa yang ada hilang dari tangan angkara perbuatan sendiri.
PH dahulu menang PRU ke-14 hasil sokongan padu pengundi bukan-Melayu, pengundi Cina sahaja dilaporkan memberi 95 peratus sokongan pada calon-calon mereka. Manakala ketika itu undi Melayu berpecah tiga apabila calon-calon Melayu dari PAS, BN-Umno dan PH bertanding sesama sendiri. Calon-calon PH berjaya meraih undi padu masyarakat bukan-Melayu dicampur kira-kira satu pertiga baki undi Melayu dan ini telah memberikan kemenangan besar pada mereka.
Tetapi itu PRU ke-14 tahun 2018, apabila sentimen rakyat yang terhimpit oleh bebanan kos hidup berjaya dipengaruhi dan dibakar oleh PKR dan DAP khususnya berbekal manifesto janji-janji bulan dan bintang mereka. Kini segalanya telah berubah. Jika dahulu gabungan PH dengan sokongan Parti WARISAN Sabah serta beberapa MP BN yang melompat, berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, hari ini mereka sudah tidak lagi berkuasa.
Pemerintahan 22 bulan PH yang didominasi DAP cukup memberikan pengajaran dan keinsafan buat umat Melayu termasuklah parti-parti Melayu dalam negara. Kemenangan gilang-gemilang PH yang menumbangkan Barisan Nasional (BN) akhirnya bertukar ngeri apabila agenda perjuangan DAP, parti yang dominan dalam PH mula diasak menjadi agenda nasional. Isu ratifikasi ICERD, Statut Rom, sijil UEC, isu pengajian tulisan Jawi, campur tangan dalam urusan pentadbiran Agama dan Raja-raja Melayu, hubungan dengan kakitangan awam meletus hingga mencetuskan kegusaran dan kebimbangan.
Dengan takdir Allah S.W.T Tun Dr Mahathir, PM ke-7 meletak jawatan pada 24 Februari lalu sekali gus meruntuhkan Kerajaan PH. Dalam keadaan ketiadaan Kerajaan setelah PH roboh dan hilang majoriti, Yang Dipertuan Agong telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM ke-8 dengan sokongan BN, PAS, GPS dan parti-parti dari Borneo.
Ia bukan Kerajaan pintu belakang kerana Kerajaan telah tiada setelah Perdana Menteri (PM) PH letak jawatan sebaliknya ia sebuah Kerajaan yang sah kerana dilantik ikut proses Perlembagaan.
Hari ini saki baki PH yang hilang kuasa, iaitu PKR (39 kerusi) DAP (42 kerusi) dan PAN (11) mahu mengumpulkan kekuatan kononnya untuk kembali berkuasa. Banyaklah khabar angin kononnya persidangan Parlimen 18 Mei ini akan digunakan oleh PH untuk mempertikaikan kesahihan Kerajaan PN. Perlukah kita layan dan tunduk pada mereka yang kecewa dan mabuk kuasa ini?
Apa pun akan atau tidak berlaku, diharap rakyat khasnya para pemimpin kita mengambil iktibar dan belajar dari kesilapan kita yang lalu. Jangan lagi mengulangi kesilapan itu sehingga ke peringkat kaduk dapat naik junjung, cacing dapat naik ke mata, akhirnya tergadai maruah agama dan bangsa. Adakah rakyat bersedia menyerahkan kuasa kembali ke PH seolah kita lupa pengalaman 22 bulan bawah mereka?
Sebaliknya dalam usia yang begitu muda PN telah terbukti berjaya lulus ujian apabila ancaman COVID-19 ini berjaya diuruskan dengan baik berbanding negara-negara lain. Kecekapan Kerajaan di bawah pimpinan PM tidak lagi harus dipertikaikan malah inilah masanya untuk kita semua memberikan sokongan dan keyakinan agar lebih banyak lagi pencapaian yang positif dapat melimpah turun kepada rakyat dan negara.
Di atas pencapaian ini dan keyakinan rakyat, para pemimpin negara khususnya pimpinan ummah di Parlimen dari mana parti sekalipun seharusnya mendukung agenda konsolidasi kuasa politik Melayu biar kembali dinobatkan dan bermaruah kepimpinan Melayu Islam dalam negara. Ini bukan masanya untuk berebut kuasa dengan sokongan pihak ketiga, tetapi inilah masanya kita memperakui kelemahan masing-masing.
Sama-sama kita akur dan insaf bahawa kekuatan ummah dapat digembleng dengan syarat kita memartabatkan Islam sebagai panduan dan pedoman kita. Malaysia akan kembali maju dan sejahtera dan rakyatnya bersatu-padu tiada lagi berseteru dan berhasad dengki sesama sendiri apabila kuasa politik dipegang oleh mereka yang bermoral, berakhlak dan bertakwa. Ketika itu semua dapat berpayung dengan aman dan sejahtera.
Demi rakyat dan negara, yang berada di pihak Kerajaan, memerintahlah dengan bersih, adil dan mendahulukan kepentingan negara. Manakala yang berada di bangku pembangkang, menyumbanglah pandangan dan cadangan serta kritikan dengan konstruktif dan profesional.
Biar semua berpijak di bumi yang nyata. Rakyat mahu lihat kebajikan dan masa depan mereka terbela dan buat masa ini mereka cukup yakin bahawa tugas penting itu hanya mampu dipikul dan dilaksanakan PN, maka berilah peluang dan sokongan yang padu.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 8/5/2020

5 comments:

Anonymous said...

Segelintir jer yg buta. Yg lain celik dah. Yg celik dah tak nak percaya dap, dah taubat tak ikut liberal. Yg celik dah tak percaya 90 juta. Yg celik percaya pelancong cina sebangsa dengan dap. Yg celik percaya ph merosakkan bumbung politik malaysia. Yg celik percaya hutang negara meningkat waktu ph perintah. Yg celik percaya mahathir letak jawatan kerana anwar mendesaknya. Tinggal yg buta jer masih sanggup jadi kaldai dap.

Anonymous said...

kesiannya padamu wahai penyokong DAP..masih buta walaupun dah bersuluh .Teruskan lah menyokong DAP untuk anak cucu mu.

Anonymous said...

Perodi ucapan 'Langkah Boboi'

Bersatu tiada pilihan lain lagi.

Saya terpanggil untuk mengajukan beberapa soalan kepada kepimpinan Umno. Sikap pemimpin Umno terhadap Bersatu yang tidak menggambarkan kesepakatan yang telah menyebabkan kejatuhan Kerajaan PH dan penubuhan kerajaan baru yang digelar PN. Kerajaan tebuk bumbung dan tebuk muka sendiri yang diwar-warkan kini.

Soalan ini juga saya tujukan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, sekaligus memberikan peluang kepada Tan Sri untuk menjelaskan kenapa janji beliau kepada Bersatu tidak menjadi kenyataan.

"Bersatu sudah berpecah dua" kata ayahnda saya. Saya mohon dan merayu kali ini utk kembali pada rakan dalam PH yg tertebuk muka sendri dapat berlapang dada dan menerima kami semola.

Pada hemat saya, Bersatu hanya ada satu pilihan sahaja iaitu kembali bersama PH. Kembali kita repair semola bumbung yang langkah ayahnda saya tertebuk mukanya sendri.

Pengalaman tidak sampai dua bulan di bawah kerajaan Perikatan Nasional yang tidak wujud itu sangat pahit bagi Bersatu hingga ke akar umbi.

Kepahitan tertebuk bumbung dan muka sendri memang menyakitkan hati ayahnda saya dan tok wan saya. Kepahitan tertebuk muka ini sangat menyakitkan diri saya juga hingga sampai ubun ubun kepala saya... kikiki

Ahli Majlis dan MPKK yang dianggotai Bersatu telah digugurkan di beberapa negeri kecuali Kedah.

Sejarah pemimpin pemimpin besar Kedah dari dolu dolu lagi memamg macam itu. Pulau-pulau strategik seperti Pulau Pinang dan Singapura pernah pemimpin tertinggi negeri ini kasi sedekah pada orang lain asal dapat jadi pemimpin tertinggi.

Hampir 22 bolan dalam PH Jambatan Bengkok lansung tidak dimanfaatkan untuk dibina semola. Jambatan bengkok hanya gula gula penyedap hati orang Melayu saja selama ini.

Cukup-cukuplah dengan menang sorak kampung tergadai. Sudah sudah lah tu dan hentikan lah kerja tebuk menebuk sesama sendri ini.

Kami tidak mahu lagi Bersatu diperkudakan dan diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

Tiada siapa yang rela diperkotak katik kan kita dalam Bersatu, kami dan rakan dlm PH yang terebuk muka satu sama lain. Mohon dimaafin ayahnda saya kerana tertebuk mukanya sindri terutama janji pada PKR @ Anwar Ibrahim PM ke 8 tidak tertunai.

Saya sangat yakin bahawa krisis politik, krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara ketika ini akan dapat ditangani dengan lebih baik oleh sebuah kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan ayahnda saya.

Jika ahli-ahli Yang Berhormat dari Bersatu bersetuju dengan kenyataan saya ini, 'SAYA ULANG..!!' silalah mengorak langkah dan kembali ke pangkal jalan.

Dalam erti kata lain, kita dlm Bersatu dan PH bersama sama merepair semula bumbung yang kita tebuk suatu masa dolu. Kita mengambil pelajaran dari sejarah ahli Bersatu yang membakar jambatannya masa ayahnda saya berkuasa 22 tahon dolu, dia repair jambatan itu semola kemudian dia bakar balik...!! Pada rakan PH kejadian bakar, repair dan bakar semola jambatan tidak akan berulang lagi. Ambil lah pengajaran ini. (dalam hati mmmm bole caya ke nih..? Dasar anak lidah bercabang..!!)

Itulah sebaik-baik tindakan yang boleh Yang Berhormat-Yang Berhormat lakukan untuk mengembalikan maruah dan menjamin kelangsungan Bersatu. Saya doakan Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada anda semua.

Demi langkah boboi, dengan ini semoga kita repair kembali bumbung yang kita tebuk dolu demi perpaduan dalam Pakatan Harapan.

Boboi
Menteri Besar Kedah
Timbalan Presiden Bersatu.

Note : Mampukah rakan rakan dlm PH yang lain kembali dengan langkah boboi. sama sama lah kita nanti episoda akan datang

Anonymous said...

Dari kajian yang dijalankan , didapati kerajaan PN adalah kerajaan yang popular dan disokong dan disukai oleh rakyat kerana kerajaan PN menjaga kebajikan rakyat.

Hanya puak munafik liberal dan puak kafir Harbi merasa sakit hati dan benci melihat kerajaan PN melakukan kebaikan untuk rakyat kerana puak poyo tahap gaban ini suka kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, pembohongan, fitnah seperti rasuah RM90 juta dan u-turn.

Semasa puak poyo tahap gaban berkuasa, puak ini tidak mahu menjaga kebajikan rakyat dengan alasan poyo konon KERAjaan tak ada wang.

Puak ini juga menghina Islam dan menafikan hak umat Islam. Pemimpin kafir harbi yang menyamar sebagai khalifah Abdul Aziz sengaja membatalkan pembinaan masjid yang telah diluluskan dan dia lebih suka memberi bantuan kepada kaum roketnya.

Puak poyo ini lebih suka menambah hutang kerajaan dan melingkupkan ekonomi negara dengan menjual aset umat Islam dan aset negara. Maka tiada perbezaan antara penyamun dan puak ini.

Inilah akibatnya apabila puak poyo gila kuasa tahap gaban mendapat kuasa.

Anonymous said...

MACAI KALAU TAK SALAHKAN ANWAR DAN DAP, MANA ADA MODAL LAIN...JENIS MALAS MEMBACA DAN SEDIKIT BERFIKIR..





ZAIMI SAAD





TNB - ada pengalaman dalam projek janakuasa hybrid solar-diesel di sekolah-sekolah pendalaman Sarawak yang sedang dalam perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan di zaman BN. Menurut peguam bela Rosmah, Mahadzir adalah menteri korup dengan habuan RM60 juta kepada dirinya dari Jepak Holdings.



Prasarana - pernah ditendang keluar dari UMNO kerana kesalahan rasuah politik RM6 juta ketika pertandingan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak.



Hebat CV pengerusi-pengerusi kita. Penuh dengan merit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails