Saturday, May 16, 2020

Jangan Buat Perangai Boikot Atau Drama Murah 18 Mei Ini..



Sidang Dewan Rakyat 18 Mei: Sabotaj&Demonstrasi?

Muktamad! 18 Mei ini hanya titah diraja sahaja tiada sidang selepas itu.

Friday, May 15, 2020 (Dr MiM)


Kita minta ahli-ahli parlimen:

1. Jangan tunjuk keras kepala, sabotaj atau boikot. Itu kurang ajar dan menghina DYMM Agong namanya.

2. Tolong jaga sedikit mulut itu. Jangan maki hamun atau guna perkataan b**i seperti di Melaka.

3. Tak payahlah pegang plakad beramai-ramai lagi. Sudah basi dan outdated.
4. Jangan simbolik sangat seperti pakai facemask hitam. Jangan diconteng. Buat malu kat anak-anak tadika saja. Cari idea lain.

5. Tolong pakai baju tebal sikit sebab dewan parlimen sejuk.

6. Selepas selesai, tidak boleh berkumpul beramai-ramai kerana masih dilarang semasa PKPB. Balik terus.

7. Sila pakai face mask dan kerap basuh tangan dgn sanitizer.

8. Jangan buat sidang akhbar dalam parlimen. Perlu jaga kesihatan wartawan dan jurugambar.

9. Kalau tidak puas hati, sila mengadu dalam Face Book masing-masing. Buat video conferencing dengan geng lain jika ada yang tidak puas hati.
Dalam masa yang sama, Mat Sabu gertak nak bawa isu sidang parlimen sehari ke jalan raya. Katanya, apakah jalan raya menjadi medan penentu selepas ini?

Jika dibenarkan dan nak juga bawa ke jalan raya, kita nasihatkan 2 perkara sangat penting kepada Mat Sabu :
1. Jangan lupa pakai facemask dan penjarakan sosial. (rujuk foto)
2. Tolong nyahkuman kawasan yang nak berguling dengan sanitizer.
Foto edit memakai facemask.

Tapi 
kita semua tahu perhimpunan orang ramai tidak dibenarkan semasa PKPB. Kita tidak mahu kluster baharu virus covid-19 seperti klaster Seri Petaling yang gagal dicegah oleh kerajaan DAP-PH.


Kita tidak mahu klaster parlimen atau klaster berguling.

Jangan politiking sangat semasa wabak ini. Kasihanilah frontliners yang selama ini berkorban masa dan nyawa. Perancangan dan tugasan kerajaan serta agensi kerajaan seperti KKM berjalan dengan baik dan diiktiraf dunia.

Wabak semakin terkawal, yang dijangkiti semakin kurang dan ramai yang sembuh.

Lagi pun, ada lagi sidang parlimen selepas ini. Next bulan Julai.

Jika benar ada integriti, bantulah kerajaan dengan pastikan parlimen masing-masing terjaga dan dalam zon hijau. Kalau tidak, sidang parlimen bulan Julai pun mungkin ditangguh jika wabak covid-19 tular kembali.

Dan janganlah sesekali buat perangai, boikot atau berdrama murahan pada 18 Mei ini. Hormat kepada DYMM Agong.
(https://babab.net/out/sidang-dewan-rakyat-18-mei-sabotaj-demonstrasi.html)

9 comments:

  1. Bukaa untuk tutup?...

    Rege minyak dah naik...tandanye ancaman covid dah kurang...KP jesihatan terbaik boleh kawal covid...Taiwan okey jer..

    Kenape muyidin masuk kluster bacol
    sidang parlimen ?....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di waktu rakyat hidup menderita kerana covid-19, Pakatan Hancing dan RBA sibuk menggunakan politik persepsi yang berunsur hasutan jahat dan fitnah untuk menghasut rakyat membenci dan menentang kerajaan PN yang sah.

      Berbeza dengan KERA jaan Pakatan Hancing yang enggan menolong rakyat dengan alasan karut konon kerajaan tidak ada wang, kerajaan PN sanggup memberikan bantuan kepada rakyat untuk meringankan beban rakyat.

      Pakatan Hancing juga telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu. Tindakan munafik ini menjanjikan kekalahan Pakatan Hancing secara total dalam PRK dan PRU yang akan datang.

      Maka kerajaan PN adalah jauh lebih baik dari Pakatan Hancing.

      Delete
    2. Ko ker hidup menderita?...wakil rakyat umno dan pas semua dapat 2 kerja dan 2 gaji ...pembagian hasil rampasan perang di musim covid....

      Muyidin dah bagi bantuan 260 billion.. Mana lagi yg menderita?..

      Delete
    3. Di UK 33 ribu mati akibat Covid, Parlimen bersidang
      Oleh: PentadbirMay 16, 2020
      Share
      Miqdad Zakaria
      Di United Kingdom total cases Covid-19 242,271 dan kematian dah sampai angka 33,186 setakat ini..
      Kerajaan UK bersidang secara anak jantan.. Perdana Menteri mereka menjawab segala persoalan dari ketua pembangkang.. Inilah wajah negara demokrasi sebenar..
      Tapi..
      Di Malaysia total cases 6,779 dan 111 kematian.. Parlimen di bawah kerajaan PN tidak membenarkan ahli dewan untuk bersidang disebabkan “Batu” Azmin dan Muhyidin dalam ruqyah oleh Sahibussamahah DrMAZA.com..
      Begitulah hinanya sebuah kerajaan Tebuk Atap yang dirasmikan oleh Datuk Seri Duta Khas Pantai Timur bertaraf Samy Vellu..
      Maa syaa Allah..

      Delete
  2. Satu yg tak pernah dibuat oleh parti lain ialah menyuruh ahli parlimen letak jawatan untuk beri laluan kepada presiden untuk bertanding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah pon dari segi undang2 dan perlembagaan....tebok atap salah dari sudat prinsip demokrasi kerana tiada mandat rakyat...

      Rampas mandat rakyat haram disisi iselam sebenar..

      Delete
  3. Satu2nya parti yg suruh ahli parlimen letak jawatan untuk beri laluan presiden bertanding ialah .....

    Satu2nya parti yg presidennya bekas banduan ialah parti .......

    Satu2nya parti yg ramai ahli keluarga ialah parti .......

    Satu2nya parti yg berjuang atas prinsip peribadi ialah parti ......

    Satu2nya parti yg punya presiden bakal pm terlama ialah parti ......

    Satu2nya parti yg presidennya suka berebut kuasa ialah parti .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu2 nye presiden difitnah liwat...

      Mp letak jawatan tak salah dalam undang2:malaysia..

      Tebok atap salah dari lunas demokrasi kerana tiada mandat rakyat....rampas mandat haram ikut hukum iselam sebenar..

      4 presiden parti tebok atao hanye di malaysia..

      Delete
    2. Satu2 nye pm yg kena usul undi tak percaya presidin parti Bersatu yg berpecah..

      Satu2nye pm yg masuk kluster bacol takut sidang parlimen..

      Satu2 presiden parti yg tak percaya sumpah sokongan presiden umno dan presiden pas..

      Kenape muyiden tak percaya?...penyamun dan peniaga ugama..

      Delete