Friday, May 29, 2020

'..kenyataan Ronnie itu sebagai kurang ajar.' -Dr. Kamarul Zaman Yusof.

Ronnie Liu beri keterangan | Harian Metro
Adun DAP Sifatkan MP Yang Dilantik Terajui GLC Sebagai Celaka

Kuala Lumpur – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu menyelar semua ahli parlimen yang dilantik untuk menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai celaka.
Beliau yang juga merupakan pemimpin tertinggi pusat DAP (CEC) berkata demikian melalui satu kemaskini di laman Facebooknya lewat malam tadi.
“Celaka,” tulisnya ringkas sebagai maklumbalas terhadap hantaran infografik yang dimuatnaik rakannya berhubung senarai lantikan ahli-ahli parlimen tersebut.
Sementara itu penganalisa politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof menyifatkan kenyataan Ronnie itu sebagai kurang ajar.
“Ahli CCC DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, sekali lagi bertindak kurang ajar dengan mencelakakan MP-MP UMNO, PAS, BERSATU, PBB, GPS dan BEBAS yang dilantik menjadi Pengerusi GLC.
“Peliknya, waktu MP-MP DAP dari Cheras, Bentong, Klang, Kota Kinabalu, Ipoh Timur dan Lanang dilantik menjadi Pengerusi GLC waktu DAP berkuasa dulu tidak pula Ronnie Liu mencelakakan mereka.
“Saya tidak boleh komen di Facebook Ronnie Liu, jadi saya pohon mereka yang boleh komen menegur sedikit kelancangan mulutnya ini,” ujar beliau.
Untuk rekod kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini turut memberikan lantikan politik kepada para pemimpin DAP bagi menerajui GLC sepanjang 22 bulan menerajui kerajaan.
Antaranya, Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Who yang dilantik sebagai Pengerusi Sustainable Energy Development Authority (SEDA) dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng dilantik sebagai Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).
Turut dilantik ialah Ahli Parlimen Klang Charles Santiago sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Ahli Parlimen Bentong Wong Tack yang mengisi jawatan Pengerusi Malaysian Timber Industry Board (MTIB).
Sementara Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai pula dilantik sebagai Duta Khas berstatus menteri ke China serta Ahli CEC DAP, AJK DAP Sarawak, Dr. John Brian Anthony yang menduduki Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Bintulu.
Selain itu, Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) dan Mantan Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang Jeffrey Chew Gim Eam yang menduduki kerusi Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Teluk Ewa.
Tidak ketinggakan Timbalan Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA).

2 comments:

Anonymous said...

RBA dan pemimpin-pemimpin parti kafir Harbi DA-Pigs dan khadam liberal mereka mahu bercakap tentang mandat rakyat tetapi mereka sebenarnya tidak layak bercakap tentang mandat rakyat kerana mereka sendiri kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll.

Bahkan mereka cuba menghalalkan penipuan mereka ke atas rakyat dengan membuat fart-wa konon manifesto mereka bukan kitab suci.

Ini membuktikan RBA dan tuan kafir Harbi mereka adalah pembohong yang sangat menjijikkan.

Anonymous said...

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu yang menghadiri perhimpunan bekas kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) mengakui penglibatan keluarga beliau seperti datuk dan abangnya dalam PKM sebelum ini.

Bagaimanapun, kepimpinan tertinggi DAP khuatir dengan kehadiran beliau dan tidak mahu sesiapa salah tafsir tentang kehadirannya pada perjumpaan yang berlangsung sehari sebelum ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails