Pencapaian paling tinggi PAS dalam sejarah
Penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan PAS merupakan salah satu daripada parti di dalamnya, adalah pencapaian tertinggi parti gerakan Islam itu.
Bukanlah PAS tidak pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan, parti itu pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974.
Tetapi kali ini, parti itu mempunyai anggota Kabinet yang lebih banyak daripada semasa BN dahulu. Bukan itu saja, kalau pada tahun 1974, mereka hanya mempunyai kerajaan negeri Kelantan, kali ini mereka juga memimpin Terengganu dan Kedah.
Itu belum dikira jawatan lain berbanding tahun 1974, walaupun perlu dikira bahawa terdapat jauh lebih banyak jawatan untuk dinikmati oleh ahli politik sekarang berbanding 50 tahun dahulu.
Juga apabila dikirakan bahawa PAS dapat menyertai kerajaan PN di atas kekuatannya dalam pilihan raya umum ke-14 yang ditandingi secara bersendirian, iaitu berbanding tahun 1974 apabila ia meletak calon bagi mewakili BN.
Pihak yang juga merupakan sebahagian daripada gerakan Islam, bertanding melalui Pakatan Harapan (PH) dan berjaya menjadi sebahagian kerajaan sebelum ini adalah Parti Amanah Negara (AMANAH).
Walaupun hanya dapat bertahan 22 bulan tetapi kejayaan Amanah adalah juga merupakan suatu pencapaian tinggi gerakan Islam,
Pencapaian yang tidak dapat diperoleh PAS dalam semua pilihan raya selepas tahun 1974.
Jika pencapaian PRU ke-14 yang diperoleh PAS dan Amanah digabungkan, maka ia merupakan satu kejayaan besar walaupun kedua-dua parti itu menjadi lemah kerana perpecahan.
Tetapi kebanyakan ahli Amanah adalah bekas anggota PAS. Dari segi aspirasi sebagai gerakan Islam, mereka adalah sama. Tetapi apabila berpecah, dapat dilihat perbezaan sudut pemikiran dan pandangan serta strategi parti-parti itu.
PAS bersedia bekerjasama dengan Umno, tetapi menolak DAP. Sementara Amanah tiada masalah bekerjasama dengan DAP, tetapi menolak Umno.
Hakikatnya, penggal PRU-14 ini menyaksikan kedua-dua parti itu mengecapi kuasa walapun hanya pada waktu pendek. Amanah dapat merasainya melalui PH. Kini giliran PAS pula melalui PN.
PAS, Amanah dan gerakan Islam
Istilah “gerakan Islam” boleh merujuk pada semua pertubuhan yang berjuang untuk melaksanakan Islam, sama ada berbentuk parti politik atau dakwah.
Dalam takrifan ini, tentulah ia merangkumi PAS dan Amanah, walaupun tafsiran terhadap politik Islam adalah berbeza antara mereka.
Badan dakwah seperti ABIM, Tabligh, Ikram, ISMA dan IRF juga dikira sebahagian daripada gerakan Islam.
Konsep “gerakan Islam” mula terbentuk pada lewat 1970-an dan awal 1980-an ketika apa yang disebut sebagai “Era Kebangkitan Islam”. Peristiwa besar yang berlaku pada tahun-tahun itu ialah tentunya Revolusi Islam Iran pimpinan Ayatullah Khomeini. Itulah tahun beliau mengisytiharkan hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadah sebagai Hari Al-Quds.
Di Malaysia, pada tahun 1979, tokoh utama gerakan Islam tentulah Presiden ABIM, Anwar Ibrahim. Pada sekitar tahun awal 1980-an, apabila disebut gerakan Islam, ia merujuk pada ABIM, PAS, Tabligh dan Arqam.
Selain itu terdapat kumpulan kecil lain seperti IRC (Islamic Represetative Council) yang disertai bekas pelajar Malaysia di United Kingdom. Ciri penting gerakan Islam adalah pesertanya terdiri daripada anak-anak muda yang penuh dengan idealisme.
Tetapi pada tahun 1979, PAS masih merupakan “parti orang tua” diketuai oleh Asri Muda, sementara anak muda lebih cenderung untuk menyertai gerakan Islam bukan politik seperti ABIM, Tabligh dan Arqam.
PAS merupakan parti bersejarah yang ditubuhkan ketika negara belum Merdeka lagi. Pastinya konsep “gerakan islam” ketika itu belum wujud.
Namun apabila konsep itu timbul pada tahun 1980, ia dihujahkan sebagai meliputi pertubuhan Islam selepas penghapusan Kekhalifahan Uthmaniah.
Maka gerakan Islam ini dilihat dipelopori oleh pertubuhan seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Jamaati Islam di Pakistan, Masyumi di Indonesia dan PAS.
Tetapi pada tahun 1980-an, pertubuhan Islam perlu diperbaharui oleh anak-anak muda dengan semangat dan pemikiran baru. Maka perkara itulah yang berlaku pada PAS pada tahun 1982 dengan ia melalui perubahan yang dikenali sebagai gagasan “Kepimpinan Ulama”.
Ekoran itu, PAS telah menarik minat anak-anak muda yang bukan berlatar belakang pendidikan agama.
Kini keadaan sudah berubah. Mereka yang dahulunya merupakan anak muda sudah menjadi tua, matang dengan pemikiran politik mereka juga berubah. Suasana masyarakat juga sudah berubah.
Islamisasi masyarakat tidak menjadi progresif seperti yang diharapkan sebahagian aktivis tahun 1980-an. Malah ia menjadi konservatif, dan apa yang dimaksud dengan radikal pula kini adalah fanatisme dan ekstremisme. Sedangkan dahulu, radikalisme bermaksud progresif.
Anak-anak muda dengan latar belakang agama pula sudah banyak dan mereka pula menjadi lebih konservatif dan populis.
Perpecahan PAS-Amanah tidak dapat dielak
Perpecahan dalam PAS yang menghasilkan Amanah kelihatan sebagai sesuatu yang pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan.
Kini banyak orang tidak lagi menyebut atau teruja dengan gerakan Islam walaupun pendukungnya meningkat hingga dapat meraih banyak kerusi dalam pilihan raya. Tetapi sebenarnya sebahagian besar daripada mereka menjadi lebih konservatif, populis, nasionalis malah rasis.
Sebab itu, walaupun PAS kini menjadi sebahagian daripada kerajaan, mereka yang pernah mendukung gerakan Islam pada tahun 1980-an tidak teruja dengan pencapaian besar itu.
Adalah dirasakan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan keadaan Islam di negara ini, serta kedudukan gerakan Islam itu juga, kerana ia tidak mencerminkan perjuangan Islam yang mereka dukung pada tahun 1980-an.
Anwar yang memimpin PKR kini tidak lagi dilihat sebagai tokoh gerakan Islam. Sebaliknya beliau hanya dilihat sebagai “Muslim Democrat”. Tidak ada siapa yang melihat PKR sebagai sebahagian daripada gerakan Islam.
Dari sudut lain, konsep gerakan Islam itu sendiri mungkin sudah tidak relevan. Walaupun mempunyai sejarah dan tradisi Islami, tetapi PAS dan Amanah lebih mudah dilihat hanya sebagai parti politik yang berusaha untuk mendapatkan kuasa.
Ketika mana pendokong PAS dan Amanah terus bertelagah, namun kedua-duanya tidak boleh berdiri sendiri. Mereka perlu berpakat dengan parti lain yang lebih besar. PAS dengan Umno dalam PN dan Amanah dengan PKR dalam PH.
Kedudukan mereka dalam politik negara juga tidak akan menjadi dominan dalam pakatan masing-masing. Parti yang boleh menjadi ketua adalah sentiasa Umno atau bekas Umno, iaitu PPBM. Paling kuat pun PAS dan Amanah hanya mampu menjadi “king maker”.
Zaman aktivis veteran tahun 1980-an sedang berlalu. Generasi baru sedang mengambil alih. Mereka pasti berlainan daripada apa yang terdahulu. Bagi mereka hujah lama itu sudah tidak relevan.
Sebab itu apabila ada aktivis Amanah memetik ucapan lama pemimpin PAS sebagai hujah untuk mengkritik pendirian parti itu, maka sememangnya wajar untuk dijawab bahawa orang sekarang tidak bertanggungjawab pada polisi atau pemikiran orang dahulu walaupun daripada parti sama.
Konsep gerakan Islam, Kepimpinan Ulama dan Era Kebangkitan Islam akan akhirnya hanya tinggal kenangan untuk dijadikan catatan dalam sejarah.
Mungkin ada aktivis gerakan Islam tahun 1980-an yang melihat masa lalu sebagai nostalgia. Tetapi mungkin ada juga yang merasakan bahawa perjuangan mereka dahulu adalah sia-sia kerana dasar parti sekarang telah berubah hingga bercanggah dengan pegangan mereka.
4 comments:
Parti Islam PAS dan sekutunya berpotensi untuk mengalahkan pakatan kafir harbi-liberal secara total jika berlaku PRU baharu.
Maka kita tidak terkejut melihat RBA ternakan parti kafir harbi DA-Pigs meroyan histeria dan menyalak setiap hari untuk menfitnah parti Islam dan sekutunya setiap hari.
PRU baharu? koonun!!! Sidang Parlimen pon 1/4hari je tak sampai, PRU kunon, mung mme kaki berangan,
teruskan berangan sapa mapoh beragang
mung geng takdok batu play, ngaku jah
Wah RBA ternakan parti kafir Harbi DA-Pigs menyalak dan meroyan histeria sejak DA-Pigs dan khadam liberalnya tumbang tanah. Tidak cukup dedakkah ? Pergi beratur di banglo terlajak diskaun untuk menerima dedak cap roket yg menjadi kegemaran babi ternakan gian end.
Kah kah kah kah kah kah
Susulan sesi sidang sehari Dewan Rakyat semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim beranggapan bahawa kerajaan sekarang tidak mungkin mampu bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Biarpun gabungan pembangkang tidak memiliki majoriti di Parlimen, Anwar menyifatkan kerajaan ketika ini masih ‘bimbang’ dengan kemungkinan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya.
Beliau turut mempersoalkan keabsahan (legitimacy) tampuk kepimpinan dipegang kerajaan.
“Sekiranya pemerintah sekarang benar-benar memiliki kepercayaan, mereka akan menjalankan urusan Parlimen dengan cara yang biasa.
“Secara jelas mereka bimbang akan kemungkinan berjaya dari usul undi tidak percaya yang dikemukakan. Maka, masalah keabsahan pemerintah ini yang perlu dipersoalkan sekarang,” kata Anwar menerusi satu wawancara oleh Bloomberg Television.
Post a Comment