Komen Pembaca Weblog IH
Anonymous said...
KISAH inspirasi ini berlaku di negara England, seorang cikgu yang sanggup berjalan kaki sejauh 5 batu untuk sampai ke rumah anak muridnya, dengan membawa puluhan bekas makanan untuk diberikan percuma.
Beliau dikenali sebagai Zane Powles, Zane membawah bekas makanan seberat 18kg seorang diri dan menghantarnya ke rumah 78 pelajar dan di sebuah Sekolah Rendah Western yang terletak di Grimsby, Lincolnshire. Anda boleh saksikan rakaman video Zane di akhir post ini.
Makanan yang disediakan berupa makanan ringan seperti sandwic, keropok, biskut, epal dan lain-lain. Zane akan berikan kepada pelajar yang memerlukan dan pelajar yang ibubapanya berkerja di hospital.
Menurut guru besar Puan Kim Leach, beberapa guru lain akan bertukar giliran dan menambah 25 bekal makanan lagi dan dihantar kepada keluarga yang tinggal jauh dengan menggunakan kereta.
Kenapa guru Zane Powles tidak menggunakan kereta? Sebenarnya Zane boleh menggunakan keretanya, tetapi Zane memilih untuk berjalan kaki. Dengan alasannya berjalan kaki boleh menyihatkan badan dan sekali gus dapat berjumpa dengan orang lain.
Puan Kim Leach menyatakan, ramai ibubapa pada masa ini mengalami masalah terutamanya bekalan makanan kepada anak-anak mereka disebabkan kewangan yang tidak mencukupi.
Dengan bantuan bekalan makanan ini, secara tidak langsung guru boleh memeriksa keadaan anak murid mereka terutamanya ketika wabak yang sedang melanda di seluruh dunia ketika ini.
Sambutan dari ibubapa juga amat memberangsangkan, malah mereka juga mengikut arahan kerajaan dengan menjaga jarak, semasa guru memberikan mereka bekalan makanan.
Kisah ini dikongsikan oleh Zane semenjak Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengumumkan sekolah ditutup pada 20 Mac. Untuk pengetahuan anda, Zane Powles pernah mendapat anugerah Inspirational School Teacher pada tahun 2019. -Sumber
Sekian.
Ini Kisah Ibu Bapa Memeluk Islam Sebab Sikap Anak Berubah
Sikap anak yang berubah menjadi seorang muslim yang baik setelah memeluk Islam pada tahun 2013, menjadi penyebab ibu bapanya memeluk agama Islam. Kisah ini menjadi tular di laman sosial baru-baru ini membuatkan ramai orang berasa kagum dengan sikap anaknya.
Bapanya yang dikenali sebagai Michael Choo Hock Eng berusia 69 tahun, dan isterinya Verginia Pacolba Gaco Choo berusia 61 tahun. Telah melafazkan dua kalimah syahadah selepas solat Jumaat di Majlis Agama Islam Selangor (Mais), pada 2 Ogos yang lalu.
Anak kepada pasangan itu, Vincent Choo yang memeluk Islam pada 2013 memberitahu tidak dapat menahan air mata saat ibu bapanya 'dilahirkan' semula sebagai seorang Muslim. Terlebih dahulu yang memeluk Islam pada tahun 2011 kakak Vincent yang dikenali sebagai Mitchelle Nur Alya yang berusia 28 tahun.
Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika mereka melafazkan dua kalimah syahadah namun yang pasti saya sangat lega kerana ibu bapa akhirnya terbuka hati menerima Islam.
Menurut Vincent, selepas memeluk Islam pada usia 17 tahun dia sentiasa berusaha melakukan dakwah kepada ibu bapanya dengan menunjukkan akhlak dan tauladan yang baik.
Walaupun pada awalnya mereka menentang keputusannya menukar agama, namun dia tidak pernah sesekali cuba menjauhkan diri malah memastikan hubungan mereka bertambah akrab selepas penghijrahannya itu.
Semasa saya beritahu mahu memeluk Islam, mereka tidak bersetuju malah saya mengambil masa setahun untuk menyakinkan mereka memandangkan saya perlukan kebenaran mereka kerana masih di bawah umur ketika itu.
Semasa di rumah saya akan solat dan mengaji di ruang tamu agar mereka dapat lihat dan lama-lama mereka menunjukkan minat serta banyak bertanya tentang Islam.
Perubahan sikap ibu bapanya juga ketara apabila kakaknya membawa ibu bapanya mendengar ceramah yang disampaikan oleh tabligh dari China bagi memahami lebih tentang Islam.
Sejak itu mereka sering bercakap tentang Islam sehinggalah pada minggu lalu ibunya memberitahu ingin 'bersama' anak-anaknya.
Pada mulanya saya tidak faham tetapi pada suatu hari ketika hendak pergi kerja mereka menyatakan kesungguhan untuk memeluk Islam dan bertanya bila mereka boleh berbuat demikian?
Menurut Vincent juga meskipun tanggung jawabnya kini besar namun dia bersyukur dan teruja apabila dapat belajar dan melakukan aktiviti keagamaan dengan mereka.
Bercerita tentang penghijrahannya,
Vincent yang pernah beragama Buddha dan Kristian berkata, dia sendiri tidak pernah terfikir untuk menukar pegangannya kepada agama Islam. Bagaimanapun katanya, sejak dia di bangku sekolah lagi, dia sentiasa mencari 'dirinya' sehinggakan lebih tertarik untuk menyertai kelas Pendidikan Islam berbanding Pendidikan Moral ketika di sekolah.
Saya selalu kata pada diri sendiri, bila agaknya dapat jadi macam mereka.
No comments:
Post a Comment